Kuda Trojan Akhirnya Tewas

Hari ini merupakan hari ke-5 kenaikan bahan bakar, tetapi nampaknya makin terus marak api kemarahan, ntahlah bila agaknya akan padam. Walaupun Kuda Trojan saya telah berusaha menerangkan tujuan murni kerajaan menaikkan harga minyak nampaknya meleset. Memang betullah rakyat kita dah ketagih subsidi minyak ditahap kritikal sebagaimana yang dinyatakan oleh Senator Datuk Gooi Hoe Hin semalam.

Mengikut keterangan Kuda Trojan saya, setelah beliau menyelami luahan dan keluhan rakyat melalui komen yang dihantar kepada blog2, nampaknya rakyat mula bersatu. Ini yang membuatkan Kuda Trojan saya risau, harap-harap janganlah kita semua keluar ke jalan raya untuk mengikuti perhimpunan haram. Nanti kalau kena tahan dek polis, makin susah lagi, ingatlah anak bini kita semua.

Kalau rasa tak boleh tahan marah tu, cepat-cepatlah ambil wudhuk dan sembahyang dan minta pertolongan dari Allah. Anggaplah semua ini sebagai takdir.

Dalam banyak-banyak luahan perasaan yang ditulis, Kuda Trojan amat tersentuh dan bersimpati dengan seorang peladang yang boleh dikategorikan peladang contoh dan berwawasan. Berikut adalah luahan beliau:

Saya adalah peladang secara kecil-kecilan.

Kenaikan harga minyak yang sebegitu "rakus" membuat saya termenung.
Ladang saya nun jauh di pendalaman dan tidak punya bekalan air paip mahupun bekalan letrik.

Setiap minggu saya harus berada di ladang untuk memastikan kebajikan pekerja terjaga dan kerja-kerja yang ditugaskan lancar.

Saya menggajikan anak-anak tempatan yang dulunya hanya menoreh atau lepak-lepak saja di kampung. Kalau mereka balik kampung setiap raya mereka kata dapatlah beli daging dan pakaian baru untuk ibu bapa mereka.

Bila harga minyak naik begitu mendadak, saya jadi buntu. Kalau dulu kos pergi balik saya seminggu adalah RM100. Skarang ni dah jadi RM140. Kalau dulu kos petrol untuk menjana semua mesin saya sebulan RM200, skarang dah naik jadi RM280. Selain gaji saya sediakan beras, gula dll yang dah pun mahal macam nak beli emas.

Permintaan hasil ladang mulai mengurang kerana orang ramai dah mula berjimat dalam berbelanja. Pendapatan saya semakin ciput. Kos saya semakin meningkat. Saya buntu.

Kalau saya cerita mengenai kenaikan harga barang pada pekerja saya mereka hanya senyum sinis. Mereka kata mereka tak faham atau sengaja tak mahu faham. Apa-apa pun saya fahami apa maksud mereka. Saya akur kebajikan mereka mesti dipentingkan.

Nak ambik pekerja asing lebih mahal kosnya. Upah pekerja asing sekarang ni pun sangat tinggi. Jadi lebih baik saya gajikan anak tempatan yang sudi bekerja dengan saya.

Kos yang tinggi sangat mendesak. Baja naik. Petrol naik. Kos-kos bersangkutan naik. Kalau Ogos nanti kos ini masih naik terpaksa lah saya kembali kepada zaman batu untuk berladang. Potong rumput dengan sabit. Keluarkan hasil menggunakan kereta lembu. Pekerja dan saya makan ubi saja. Dan kalau tiba hari raya tahun ni setakat solat sunat hari raya saja. Tak dapatlah balik kampung kerana melibatkan kos yang tinggi. Mak saya akan rasa sedih dan akan rasa terpinggir kerana anak-anak tak dapat balik kerana dah tak mampu. Institusi keluarga mulai reput.

Secara amnya, kadar kenaikan yang dibuat memang tidak masuk akal langsung. Saya hairan sebegitu ramai ahli ekonomi di Malaysia tidakkah Kerajaan ambil pandangan dari mereka akan reaksi rantai (chain reaction) yang akan berlaku kepada keseluruhan ekonomi di Malaysia?

Tidakkah mereka tahu bahawa kenaikan harga yang begitu besar akan melibatkan keseluruhan kenaikan harga-harga lain yang berpunca dari kenaikan ini?

Tidakkah mereka tahu bahawa pengguna akan menjadi lebih "kedekut" untuk berbelanja?

Akibatnya peniaga mendapat pendapatan yang lebih kecil. Maka keuntungan akan menjadi lebih kecil dan bukankah Kerajaan yang akan rugi kerana cukai juga akan mengecil?

Bila cukai korporat mengecil barangkali Kerajaan akan menaikan semula cukai pendapatan/perkhidmatan maka rakyat juga akan rasa terhimpit.

Apakah kita rakyat yang sangat kecil pendapatannya yang dah tak tahu lagi nak "adjust" cara hidup kita sebelum semuanya naik disuruh "adjust" lagi?

Apakah pelan tindakan Kerajaan menjaga kebajikan rakyat miskin sesudah membuat keputusan yang sangat tidak prihatin ini?

Apakah mengurangkan sabsidi dan menaikan harga minyak menyatakan "our problem is solved".

Bagi saya Kerajaan sebenarnya sudah "ignites more problems". Binatang berbisa yang selalunya pasif akan menyegat bila menghadapi tekanan. "Social crimes" akan mula menular. Rasuah akan menjadi "rampant". Yang kaya akan tetap kaya tetapi yang miskin akan semakin papa.

Kenapa semua menteri yang berkenaan tiada menceritakan pelan tindakan mereka? Bukankah pelan tindakan ini harus diwar-warkan selari dengan keputusan kenaikan harga minyak?

Tidakkah mereka semua faham apa itu pengurusan risiko? (risk management). "When you create a problem u must be able to mitigate them!" Kalau takat suruh orang bersabar atau suruh orang ramai "adjust to changes", mak cik jual nasi lemak pun boleh cakap.

Saya rasa "high time for anybody" yang terasa "to take a good look at themselves and it would not hurt us if you decided to quit. We just don't want to see Malaysia plunged into deeper economic trouble. What done is done". Dengarlah rintihan rakyat. Dengarlah pendapat semua orang sebelum semua orang menganggap kita seorang "idiot".

Maaf kerana sedikit emosional.

Wassalam.

Dari isi hati
Papaithesailormantuttuttt

0 comments: