Kuda Trojan Mula Pening!

Dulu :

Kerajaan hari ini mengumumkan penunggang motosikal dilarang menggunakan Lebuh Raya KL-Putrajaya berkuat kuasa serta merta bagi tujuan keselamatan. ``Kita telah meneliti segala aspek sebelum membuat keputusan untuk melarang penunggang motosikal menggunakan lebuh raya ini,’’ katanya (Datuk Seri S. Samy Vellu) pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kini :

Penunggang motosikal kini dibenarkan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya berkuatkuasa hari ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed. Mohd Zin turut berkata tindakan ini secara tidak langsung dapat menggalakkan pengguna menggunakan motosikal ekoran kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan semalam.

Kuda Trojan sekadar bertanya, adakah kita boleh berkompromi tentang keselamatan, dan apakah pendirian sebenar pihak kerajaan?

Berikut adalah petikan berita dari Utusan Online berhubung dengan penggunaan Lebuhraya KL-Putraja oleh penunggang motorsikal.


Penunggang motosikal dibenar guna lebuhraya KL-Putrajaya
05/06/2008 6:24pm
KUALA LUMPUR 5 Jun — Penunggang motosikal kini dibenarkan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya berkuatkuasa hari ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed.

Dalam kenyataannya di sini, beliau berkata keputusan ini diambil setelah mengambil kira kepentingan pengguna lebuh raya terutama para penunggang motosikal.

Mohd Zin turut berkata tindakan ini secara tidak langsung dapat menggalakkan pengguna menggunakan motosikal ekoran kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan semalam.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer menghubungkan ibu negara ke Putrajaya, Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang dan dibuka secara rasmi pada 13 Dis 2007.

Kerajaan larang motosikal guna Lebuh Raya KL- Putrajaya

31/01/2008 7:48pm

SUNGAI BULOH 31 Jan. _ Kerajaan hari ini mengumumkan penunggang motosikal dilarang menggunakan Lebuh Raya KL-Putrajaya berkuat kuasa serta merta bagi tujuan keselamatan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, ini kerana lebuh raya sepanjang 26 kilometer itu melalui kawasan perumahan dan sukar untuk membina lorong khas motosikal.

Menurut beliau, bahu jalan lebuh raya itu juga hanya di antara 1 meter hingga 1.5 meter dan keadaan itu tidak selamat untuk penunggang motosikal.

``Kita telah meneliti segala aspek sebelum membuat keputusan untuk melarang penunggang motosikal menggunakan lebuh raya ini,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.- Utusan

3 comments:

KUDA TROJAN berkata...

Diperhatikan dunia kita semakin kalot dan kelam kelibut. Justeru itu, kembalilah kepada Islam. Amin

melayuangkat berkata...

Salam kuda-trojan,

WALAU di lebuhraya mana pun Mak Cik amat berharap semua pengguna jalan raya, lebih lebih lagi Penunggang motosikal akan berhati hati.

Statistik menunjukkan bahawa penunggang motosikal adalah yang terbanyak terlibat dalam kemalangan jalan raya yang membawa kepada kecederaan serious dan maut.

Memang ajal maut ditangan Allah swt tetapi kita mesti juga berikhtiar sedaya boleh dan mengambil langkah langkah yang boleh menggelakkan kita daripada terlibat dengan kemalangan jenis apa pun.

Jadi berhati hatilah pada semua pengguna jalan raya terutama yang muda belia. Kamu semua harapan bangsa masa hadapan. Kami kerugian besar jika kehilangan kamu dan ingatlah pada harapan keluarga pada kamu semua.

Kuda-trojan,

Dunia kita memang kalut dan kelam kelibut sejak beribu tahun dahulu sebab itu Allah swt mengutus Nur, Cahaya yang menerangi kita semua, Rasulullah saw.

Kalau kita semua berpegang pada kitab suci yang dibawanya Al Quran dan segala sunnah dan hadisnya, InsyaAllah, kita akan sentiasa mendapat cahayanya. WaAllahuAlam.

KUDA TROJAN berkata...

Betul tu Melayuangkat, marilah kita sama-sama kembali Islam.