Temubual Bersama Kuda Trojan

Ini satu ketetapan keras dari seorang yang dahulu idolanya Anwar Ibrahim. Persoalannya bukan mengenai personaliti Kuda Trojan saya itu sendiri. Soalnya kenapa, orang yang pernah di tahan di bawah ISA dan OSA,membongkar kepincangan Kerajaan Barisan Nasional dan antara yang menggerakkan reformasi kini menentang Anwar Ibrahim.

Ini persoalannya. Kalau kerana wang, kenapa selepas pilihan raya? Lebih dari itu kenapa menyertai UMNO dalam keadaan UMNO lemah dan kehilangan sokongan. Ini adalah beberapa persoalan yang perlu kita jawab sebelum kini terus mendefinisikan Kuda Trojan saya. Kalau wang menjadi penentu mungkin dalam keadaan Pakatan Rakyat memerintah, wang boleh diagihkan kepada Kuda Trojan saya. Bukan tidak ada mereka yang mewakili Anwar Ibrahim menghubungi Kuda Trojan saya.

Mungkin ada asas, Kuda Trojan saya melihat PKR menyimpang dari landasan asal perjuangan. Sungguhpun begitu kenapa tidak menyertai PAS? Mungkin PAS juga turut dilihat oleh Kuda Trojan saya sebagai tunduk kepada Anwar Ibrahim dan ini seorang individu yang nampak mengerumus ke arah pembentukan nama “Mahazalim” sama seperti Mahazalim yang dahulu yang disebut para reformasi. Bezanya cuma mungkin ini – “in the making” dan yang dahulu adalah “full blown” - Mahazalim.

Kuda Trojan saya hari ini telah bersumpah untuk tidak sama sekali membenarkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Begitu kuat ketetapan yang Kuda Trojan saya buat. Sungguhpun begitu Kuda Trojan saya masih belum mahu merungkai kenapa dan apa yang membuat Kuda Trojan saya benar-benar bangkit untuk menolak Anwar Ibrahim.

Sama-samalah kita layan...... temubual ini. Tak lupa juga, jutaan terima kasih diucapkan kepada The Star Online di atas penat lelah anda dalam menjayakan temubual eklusif bersama Kuda Trojan saya.

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Part 5

4 comments:

awang samiun berkata...

Ezam dah hilang kredibiliti. Mana dakwaan rasuahnya yang berlonggok longgok? Dia sekarang tengah sujud supaya pemimpin UMNo yang dicacinya dulu menerimanya balik. Orang seperti ezam ini bahaya. Bila bila masa dia boleh pusing 180 degree. Saya fikir orang UMNo pun dah tak percaya dia lagi. Kalau Annuar dia boleh jual inikan pula orang UMNO. Saham dia sekarang pun dah merudum jatuh.

Tanpa Nama berkata...

Salam KUDA TROJAN,

Post ni memang menarik perhatian aku. Si Kuda Trojan yang gi hantar ke UMNO ni ntah mcam mana sering menjadi perhatian aku. apa je berita berkaitan dengan diani macam aku rasa ade je yang aku tak puas hati dengan budak ni.

akupun tengah dok fikir2 nak tulis cerita kat post aku ni. tapi tak ape aku tinjau kat Kuda Trojan ni dulu. Dulu sebenarnya dianilah menjadi inspirasi aku. Tengok gaya dan semangatnya memang ada persamaan dengan DSAI iaitu idola aku suatu masa dulu.

sekarang ntahlah rasanya perjuangan mereka ada sedikit aku keliru. tak macam dulu. bersemangat untuk memperjuangkan kronisme, rasuah dan sebagainya. tapi kali ini nampak berbeza. bila aku lihat mereka2 ni macam 2xlima pun ada. iaitu serupa tapi tak sama. masing-masing semuanya nak menegakkan benang yang basah.

tapi bagi siKudaTrojan ni dah banyak sangat berubah. Bagaimana boleh berubah, itu yang menarik untuk kita sama-sama rungkaikan. Tungguuuu...!!!!

kulatlapok berkata...

Salam Kuda Trojan,

Aku lupa nak beritahu kau Kuda Trojan yang ini kalau kau baca perlembagaan UMNO di bawah ni, dia memang tak ada nama dalam UMNO. Tapi kalau dah nak sangat kan budak ni, undang2pun boleh pinda pasal itu undang2 kita yang buat, apa ada hal, ya tak??

"20.10 Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya"

PS*Kalu betul fasal 0.10 ni, Kat mana nak letak budak ni..??

Man In Black berkata...

Cendawan Malaya,

Tidak ada kawan dalam politik; malah musuh hari ini boleh jadi kawan malam ini juga..

Jika kita lihat peruntukan itu, ia mengatakan bahawa seorg ahli parti yang bertanding atas tiket bebas atau pembangkang akan dipecat dan tidak diterima balik masuk parti..

Ezam sudah kena pecat atau dia sendiri berhenti drpd UMNO (ini Che not clear) dan masuk pembangkang.. Jadi waktu dia bertanding, dia bukan lagi ahli UMNO. Jadi seharunsya, mengikut interpretasi ini, dia hanyalah ahli pembangkang yang masuk balik ke UMNO..

Beza boleh dilihat. Kuli, keluar UMNO dan buka Semangat. Bertanding sebagai pembangkang; setelah itu masuk balik ke UMNO. Ibrahim Ali, ahli UMNO; tanding sebagai bebas, dipecat dari parti..

Che: Kembali ke standingbymalaysia.blogspot.com