Tahniah diucapkan kepada Lee Chong Wei kerana berjaya mara kepertandingan akhir badminton perseorangan Sukan Olimpik. Sama-samalah kita mendoakan beliau untuk membawa balik pingat emas pertama Malaysia sempena ulangtahun kemerdekaan ke-51.

Tahniah juga kepada Saiful kerana berani bersumpah, walaubagaimana pun rasa sikit terkilan kerana tidak menjawab pertanyaan media, jawapan yang diberikan "Saya akan memberi keterangan di mahkamah". Kalau tak nak jawab pertayaan media, lain kali tak payahlah buat sidang media.

2 comments:

melayuangkat berkata...

Salam Kuda Trojan,

Mak Cik terharu bila lihat Chong Wei cium bendera Malaysia di T shirtnya dan berlari menerpa memeluk Misbun Sidek!!

Harapan kita dia akan terus berjaya.

Mengenai Saiful, Mak Cik berdoa semoga orang Melayu tidak lagi bertambah berpecah setelah dia bersumpah.

Semoga juga sempena Nisfu Syaaban ini Allah swt akan mencatatkan Keselamatan untuk kita semua dan Negara Khasnya, InsyaAllah.

kulatlapok berkata...

SALAM BERO...

SIDANG MEDIAPUN BACA PAKAI TEKS YANG DAH DISEDIAKAN...BUKAN APATU..TAKUT TERSASUL DAH DSAI DAPAT POINTNYA.... TAK APA SAYA AKAN JAWAB DIMAHKAMAH NANTI..!!! WALLAHUALAM