Terkini, Kuda Trojan saya bersedia untuk bertanding dalam pilihanraya kecil di Bandar Tun Razak sekiranya diberi peluang oleh pucuk pimpinan BN.

PETALING JAYA 28 Julai - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor bersedia bertanding melawan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Bandar Tun Razak.

Ezam berkata, beliau tidak gentar untuk menghadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekiranya dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi BN untuk bertanding. - Utusan

Ceramah Kuda Trojan

Kuda Trojan : Infalasi Meningkat Hampir 8%

Salam Rakan Bloger Semua,

Mari kita layan dulu video, baik punyaaaa......

Video Credit to Hanief

Salam Rakan Bloger Semua,

Minggu ini kita dihidangkan dengan isu muzakarah di antara UMNO dan PAS, tetapi Kuda Trojan saya malas mengulas ttg isu ini kerana boleh dianggap sebagai sudah lapok.

Walaubagaimana pun Kuda Trojan saya amat tertarik dengan keberanian Menteri Penerangan berdebat dengan DSAI pada mingu lepas. Sungguhpun beliau mendapat kritikan yg hebat oleh kebanyakan bloger, namun Kuda Trojan saya tetap memuji perubahan yang dilakukan oleh beliau, ianya merupakan satu detik sejarah dalam demokrasi negara kita.

Program debat ini sepatutnya diteruskan dari masa ke semasa, ianya sebagai hidangan kepada rakyat dan biarlah rakyat menilai sendiri berdasarkan hujah-hujah yang diberikan.

Untuk debat yang akan datang, Kuda Trojan saya mencadangkan debat di antara PM dengan MB Kelantan, cadangan tajuk debat adalah Islam vs Sekular atau mana-mana tajuk yang sesuai dengan mereka. Bagi merealisasikan debat ini, Kuda Trojan saya menyeru rakan bloger semua agar mendesak Menteri Penerangan mengadakan debat ini dengan cara membuat posting berhubung debat tersebut dalam blog masing-masing. Macam mana, setuju tak?


Koleksi Ulasan Debat Pilihan Kuda Trojan

Part 1


Part 2


Part 3


Dipetik dari blog eyesdotcom

Assalamualaikum dan salam perjuangan kepada semua.

Sejak awal hari ini saya menanti dengan penuh debaran, menunggu dengan sabar detik 9 malam bagi menyaksikan secara langsung debat di antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Shabery Chek yang bertajuk “Hari ini bentuk kerajaan, besok harga minyak turun”.

Sebagai Menteri Penerangan, Shabery mewakili kerajaan demi menerangkan kepada rakyat “Mengapa harga minyak dinaikkan” manakala Anwar Ibrahim sebagai wakil daripada rakyat bagi membahaskan “Kenaikkan harga minyak boleh dielakkan”.

Seperti semua sedia maklum, kita sering mendengar ucapan-ucapan Anwar yang menyentuh soal harga minyak malah kita sudah hampir khatam mengenai hal minyak ini dari pembelajaran yang dibawa oleh beliau serta rakan-rakan Pakatan Rakyat dari PAS dan DAP.

Kali ini, saya begitu bersemangat sekali kerana berpeluang mendengar hujah-hujah dari pihak kerajaan yang seolah-oleh tidak mempedulikan nasib rakyat dengan keputusan menaikkan harga minyak secara mendadak. Saya ingin dengar, jika benar kenaikkan harga minyak itu tidak dapat dielakkan, apakah hujah-hujahnya? Boleh diterima pakai atau tidak?

Dengan harapan yang menggunung, kita semua berharap mendapat sesuatu yang benar-benar meyakinkan dari pihak kerajaan bahawasanya harga minyak itu adalah muktamad tidak boleh dikekalkan atau diturunkan. Mudah! Hanya jelaskan sebabnya tetapi biarlah dalilnya konkrit.

Anwar Ibrahim memulakan pidatonya dengan tenang, dengan emosi yang cukup terkawal di mana dalam keadaan ini, segala ungkapan yang lahir dari pidatonya cukup rasional, padat, proaktif dan mudah diterima oleh penonton. Tetapi Shabery dengan begitu angkuh menyentuh kembali peristiwa Anwar sewaktu beliau menjadi mahasiswa pada 1970 lalu. Siapakah Shabery pada 1970? Mengapa menyetuh perihal lampau?

Dari awal lagi Shabery menggunakan medan debat ini hanya untuk menghentam Anwar sedangkan beliau lupa bahawa dalam perdebatan yang singkat itu sepatutnya digunakan sebaik mungkin bagi menjelaskan kepada rakyat “Mengapa harga minyak dinaikkan”. Shabery perlu sedar, ini adalah peluang yang sangat baik dari pihak kerajaan untuk menerangkan secara terperinci perihal kenaikkan harga minyak. Bukan medan untuk membuat provokasi murahan supaya tumpuan berdebat itu lusuh.

Saya bersyukur kerana Anwar pada malam ini sangat tenang. Ketenangan yang mencerminkan ketepatan berhujah dengan isi yang kukuh serta fakta yang jelas. Dengan mudah Shahery terperangkap dengan kelicikan Anwar dalam berdebat.

Ungkapan penurunan harga minyak 50sen telah disalah tafsir oleh Shabery dengan mempersoalkan bahawa Anwar sepatutnya menurunkan harga minyak sekitar sebelum kenaikkan 70sen iaitu dari harga RM1.92. Dengan ikhlas Anwar menerangkan penurunan 50sen kepada RM2.20 adalah langkah awal untuk mengawal anjakkan ekonomi yang tidak menentu.

Kemudian Shabery bertanya adakah turun 50sen sahaja yang mampu dilakukan jika Anwar memerintah? Adakah dalam keadaan harga minyak dunia yang semakin naik, tetapi scenario yang berlaku di negara ini sekiranya Anwar memerintah adalah menurunkan harga minyak?

Walaupun Anwar tidak sempat menjawab persoalan itu kerna telah dijelaskan bahwa penurunan 50sen sebagai langkah awal, Ingin saya tambah di sini, arakian Pakatan Rakyat memerintah kelak. Harga minyak domestic akan dikurangkan sedikit demi sedikit, secara berperingkat. Ini boleh dilakukan mengikut maksud Anwar.

Jika Pakatan Rakyat memerintah hari ini, besok harga minyak akan turun 50sen sebagai langkah awal, kemudian apabila segala ketirisan dapat dibendung, apabila sistem kewangan negara yang telah rosak itu dibaikpulih, sudah tentu harga minyak diturunkan lagi di atas fahaman, segala ketirisan yang berlaku selama ini merosakkan kekuatan ekonomi Malaysia. Jadi apabila rasuah dibendung, ekonomi kembali kuat. Harus diingat, naiknya harga minyak global, negara kita mendapat hasil yang lumayan dan rakyat mendapat manfaat.

Shabery mengatakan Petronas tidak harus diganggu. Anwar kata kami respek dengan kesungguhan Petronas, tetapi yang menjadi persoalan pokok di sini ialah pemberian Petronas kepada kerajaan itu sepatutnya diagihkan dengan baik. Shaberi terkebil.

Shabery sekali lagi mengatakan adakah titik peluh warga Petronas yang membuat keuntungan amat besar itu wajar digunakan untuk seluruh rakyat? Jangan kata Anwar sahaja yang boleh jawab, saya pun boleh jawab. Mereka yang berusaha hingga Petronas untung beratus bilion itu telah dibayar gajinya dengan berpatutan sekali. Bonus dua kali setahun sebanyak lebih kurang 6 bulan gaji adalah setimpal dengan keringatnya berbanding pesawah-pesawah yang membanting tulang memerah keringat untuk mencukupkan bekalan beras negara.

Jadi ingin saya nyatakan di sini, Petronas itu adalah khazanah negara. Untungnya dari dalam dan luar negara tidak kiralah walau sekadar 26% sekalipun hasil dalam negara adalah untuk kerajaan yang memerintah. Dari mana datangnya keuntungan luar negara Petronas? Dari mana datangnya modal Petronas dagangan? Sudah tentu ianya adalah pelaburan kerajaan yakni wang rakyat dan sebagai galang ganti, tidak salah jika saya katakana segala keuntungan Petronas wajar diagihkan kepada seluruh rakyat. Itu saya kata, Anwar hanya kata jumlah pemberian Petronas kepada kerajaan perlu dikemaskini dan perlu diperhalusi demi menjaga kestabilan ekonomi negara.

Anwar begitu jelas menyatakan kesungguhan dalam meringankan beban rakyat. Anwar begitu ikhlas. Ini bukan soal Pakatan Rakyat, ini bukan soal siapa yang nak jadi Perdana Menteri. Ini adalah soal rakyat. Rakyat yang terbeban dengan kemelesetan ekonomi akibat daripada tindak-tanduk kejam kerajaan yang sedia ada ini.

Shabery cuba membandingkan harga minyak tanpa subsidi seperti yang berlaku di eropah, tetapi tidak menyatakan perihal kuasa membeli rakyat di sana. Anwar menyebut pendapatan per kapita mereka di eropah berkaliganda lebih tinggi dari rakyat negara ini. Itu adalah fakta dan shabery terkebil lagi.

Apabila Shabery membezakan kadar inflasi di negara minyak murah seperti venuzuela dan negara arab. Itu tidak dinafikan oleh Anwar. Namun secara spontan Anwar mengatakan bahawa negara yang dimaksudkan oleh shabery itu mempunyai kadar inflasi yang tinggi dengan harga minyak yang rendah manakala negara kita sebagai net exporter ini mempunyai harga minyak yang tinggi dan inflasinya juga tinggi malah semakin meninggi dalam masa beberapa bulan lagi dengan kadar pengangguran yang sangat besar. Shabery sekali lagi terkebil dan kali ini mengelap buih-buih yang membuak di celah bibirnya.

Akhir sekali, Shabery menyentuh dalil yang mengatakan negara ini akan menjadi net importer pada 2015 dan persoalan yang dibawa ialah apakah kerajaan Anwar akan terus menaikkan harga minyak pada kadar harga global tanpa subsidi?

Dengan akal Anwar menjawab, biarlah fakta kehabisan isi telaga minyak itu disebut dengan penuh iaitu, “Jika sekiranya carigali minyak itu atau pencarian minyak itu berhenti sekarang, ianya akan bertahan sehingga 2015”. Itu jika Petronas berhenti mencari minyak.

Adakah Petronas akan berhenti meneroka pada saat ini? Anwar menjelaskan, 10 tahun dulu telah dinyatakan minyak di negara ini akan habis pada tahun 2005 tetapi pada hari ini ianya bertambah selaras dengan penerokaan minyak yang baik dari Petronas. Kesimpulanya, fakta Petronas sendiri menunjukkan bahawa setiap 1 liter minyak yang disedut, maka penemuan baru adalah sebanyak 1.8liter. Kita berhujah dengan fakta !

Akhir kata, sekali lagi saya mendefinasikan bahawa, Shabery telah gagal meyakinkan rakyat terbanyak perihal “Mengapa harga minyak sedemikian rupa” malah beliau banyak menggunakan masa debat yang diperuntukkan hanya untuk membidas kenangan lampau DSAI semata-mata. Tiada fakta melainkan retorik semata-mata.

Saya sudahi artikel pendek ini dengan ucapan jutaan tahniah kepada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana begitu bersungguh-sunggu mempertahankan hak rakyat. Tidak lupa juga saya ucapkan tahniah kepada agenda daily kerana memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia bagi mendengar pidato Anwar.

Kepada rakyat yang berada diceruk kampung sana, yang tidak terdedah kepada sumber berita yang benar-benar sahih, gunakanlah peluang ini untuk berfikir dengan lebih mendalam. Apa yang diperjuangkan oleh Anwar dan rakan Pakatan Rakyat adalah untuk anda semua. Bangkitlah, Kita Wajar Memiliki Malaysia Yang Lebih Hebat ! We Deserve a Better Malaysia.

REFORMASI !

Takbir !!

EDYES
15 Julai 2008, 11.57p

Dipetik dari blog Faisal Tehrani

Pasca debat, premis dan hujah Pakatan Rakyat jelas lebih kukuh dan munasabah. Pengurusan ekonomi negara dalam tanda tanya. Tahniah kepada pasukan Pakatan Rakyat. Wakil debat kerajaan ternyata 'kaput'. Serangan peribadi begitu menjengkelkan. Topik perbincangan cacau dan gagal difokus. Dengan premis Pakatan Rakyat mulai hari ini, orang awam menanti penurunan harga minyak.

Dipetik dari blog Pemuda Pelapis

Sepertimana dijanjikan pada tarikh Selasa, 15 Julai 2008, maka seluruh negara telah dihidangkan acara debat yang dinanti-nantikan di antara saudara Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) dengan saudara Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Penerangan) yang diadakan di DBP telah pun berjaya disiarkan secara langsung tepat jam 9.00 malam tadi melalui saluran TV9, Astro Awani (saluran 501) dan TV Bernama (saluran 502) yang berakhir sejam kemudiannya pada pukul 10.00 malam.

Saya percaya akan pasti timbul pelbagai persepsi daripada semua peringkat pemimpin dan rakyat seluruhnya, baik para penyokong di pihak pembangkang mahupun di pihak kerajaan. Masing-masing ada pandangan sendiri untuk dibuat ulasan hasil daripada acara debat berkenaan.

Namun apa yang pasti dengan tajuknya yang menarik itu, "Hari Ini Berjaya Memerintah, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita AgendaDaily itu hanyalah indah khabar dari rupa dan hasilnya tetap harga minyak tidak akan turun pada hari esok. Cuma sekadar mampu menjadi halua mata dan halua telinga sahaja.

Datuk Ahmad Shabery Cheek telah mewakili pihak kerajaan manakala Dato' Seri Anwar Ibrahim pula mewakili pihak pembangkang telah menampilkan hujah masing-masing serta menjawab beberapa soalan yang diajukan kepada mereka.

Apa yang menarik perhatian saya adalah berkaitan 2 soalan penting yang telah diajukan kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek oleh wakil Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang dana subsidi pengangkutan awam serta soalan daripada Dato' Seri Anwar sendiri yang panjang kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek iaitu kenapa kerajaan BN menaikkan juga harga minyak selepas beberapa bulan pilihanraya umum ke-12 berlalu sedangkan jelas memungkiri janji untuk tidak menaikkannya sepertimana dinyatakan dalam manifesto pilihanraya oleh BN.

Soalan mengenai dana subsidi pengangkutan awam telah tidak berjaya dijawab dengan baik oleh Datuk Ahmad Shabery kerana hujah beliau telah jauh melencong ke lain menyentuh soal-soal peribadi Dato' Seri Anwar di masa lampau ketika beliau berada di dalam kerajaan. Pada pendapat saya, hujah itu tidak menepati kehendak soalan yang diajukan malahan langsung tidak berjawab dengan baik sepertimana yang diharapkan sehinggalah loceng masa penamat sessi itu dibunyikan.

Menyentuh soalan kedua pula, sekali lagi Datuk Ahmad Shabery gagal mengemukakan hujah jawapan yang tepat kepada soalan yang diajukan oleh Dato' Seri Anwar. Apa yang jelas keterangan yang diberikan oleh Menteri Penerangan itu tidak langsung mempertahankan kenapa kerajaan BN terpaksa menaikkan harga minyak selepas PRU12 walaupun setelah berjanji di dalam manifestonya tidak akan menaikkan harga minyak. Di penghujung penggulungan juga mempamerkan kelemahan Datuk Ahmad Shabery yang begitu ketara kerana tidak memanfaatkan masa satu setengah minit terakhir dengan sebaik-baiknya sebagai penutup perdebatan.

Sementara Dato' Seri Anwar yang sememangnya dikenali ramai begitu petah berpidato sudah tentulah ada banyak kelebihannya tersendiri. Secara jujurnya, di dalam perdebatan yang berlangsung itu, Dato' Seri Anwar telah berjaya mematahkan hujah-hujah Datuk Ahmad Shabery dengan begitu mudah sekali berlandaskan fakta-fakta beliau yang lebih arif di sudut ekonomi.

Di sini saya melihat Dato' Seri Anwar lebih profesional jika dibandingkan dengan Menteri Penerangan yang mewakili kerajaan. Beliau tidak mahu melayan atau mengendahkan serangan peribadi ke atasnya yang dibuat oleh Datuk Ahmad Shabery tetapi memanfaatkan masa yang diberikan itu hanya untuk menghujahkan isu-isu berkaitan harga minyak sahaja.

Sebagai rumusan saya yang tulus dan jujur (dengan mengenepikan ideologi politik), saudara Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah dilihat lebih menyerlah di dalam hujah-hujah beliau yang begitu bersahaja serta berlandaskan fakta-fakta sedangkan Datuk Ahmad Shabery Cheek dinilai sebagai menghampakan dan tidak sebagaimana yang diharapkan oleh pihak penyokong kerajaan BN khususnya ahli-ahli Umno di semua peringkat. Kredibiliti Datuk Ahmad Shabery kini mula diberi perhatian untuk dinilai rakyat samada diterima baik atau pun sebaliknya.

Jika mengikut mukaddimah yang disampaikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau tetap menyahut perdebatan itu meskipun kehendaknya untuk berhadapan samada dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Dato' Seri Mohd Najib Razak tidak dipenuhi. Mengikut kata beliau, dia tetap menyertai debat berkenaan atas dasar tanggungjawab terhadap rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga minyak dan inflasi di samping turut mahu berkongsi idea bagaimana beliau mampu menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen seliter di peringkat awal sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah kerajaan persekutuan.

Apa pun sessi perdebatan telah berlangsung dan sudah pun berakhir. Sebenarnya daripada awal lagi rakyat juga turut mengharapkan samada Perdana Menteri atau pun Timbalan Perdana Menteri adalah orang yang selayaknya berhujah dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Setidak-tidaknya diberikan laluan itu kepada Menteri Kewangan Kedua, Dato' Seri Mohamed Nor Yaakob.

Kesimpulan di sudut kewibawaan kedua-dua pemidato itu dan pemberian markahnya pula, Dato' Seri Anwar Ibrahim layak menerima 7/10 markah manakala Datuk Ahmad Shabery Cheek hanya sekadar mampu meraih 4/10 markah sahaja. Itu berdasarkan penilaian peribadi saya tetapi lain individu sudah pasti lain penilaiannya.

Realiti hasil perdebatan itu tidak lain hanyalah sekadar rakyat dihidangkan untuk menilai siapakah yang lebih berketrampilan dengan hujah-hujah yang bernas. Ia juga untuk mengukur kepetahan dan kewibawaan kedua-dua pendebat itu di dalam berhujah serta menangkis hujah lawan dengan baik. Rasionalnya, apakah idea dan saranan yang dibawa oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim itu sedia diterimapakai oleh kerajaan yang memerintah ke arah mengurangkan bebanan rakyat? Itu sahaja persoalannya.

Dipetik dari blog kickdefella

Job well done oleh Presiden Kelab Sejarah, ooops tersasol pulak, sebenarnya Shabery adalah Menteri Penerangan Malaysia. Menteri Penerangan Malaysia telah berjaya di dalam debat berhubung sejarah peribadi ahli politik negara, eh, tersilap lagi.

Sebenarnya debat malam tadi pasal Minyak atau pasal sejarah peribadi Anwar Ibrahim. Kalau pasal Minyak, rasanya Shabery telah terpesong jauh dari tajuk. Kalau pasal sejarah peribadi Anwar pulak, ummm, rasanya Shabery belum berapa matang lagi.

Bagaimanapun, secara keseluruhan Shabery telah berjaya mengangkat Kerajaan Barisan Nasional ke satu era baru. Era apa saya pun tak tahu.

Secara keseluruhan, saya berpendapat, Anwar Ibrahim masih di gear satu. Ataupun baru bagi 20% sahaja dari kemampuan sebenarnya. Anwar masih boleh beri jauh lebih baik tetapi berdasarkan prestasi lawannya, Anwar tak perlulah membazir minyak nak pergi jauh-jauh.

Hakikatnya, semalam adalah malam Anwar. Setelah sepuluh tahun disisih dari siaran televisyen arus perdana, semalam Anwar mendapat 1 jam untuk bersama rakyat Malaysia dikaca TV. Anwar walaupun masih belum memberi yang terbaik, tetapi ternyata prestasinya semalam adalah yang terbaik dari seorang ahli politik di Televisyen Malaysia semenjak Amanat terakhir Tun Dr. Mahathir di persidangan agung UMNO sebelum beliau bersara pada tahun 2003. Malangnya, apa yang kita saksikan semalam, mungkin kali terakhir dapat kita tatap wajah Anwar kerana mungkin esok, kerajaan lebih suka memenjarakan Anwar sebagai hadiah kepada Menteri Penerangannya yang hebat itu.

Kalau sebelum Mac 2008, Malaysia memiliki tokoh wartawan yang setiap kali ingatkan pilihanraya akan pasti teringatkan erection sebagai Menteri Penerangan, kali ini nampaknya tahta raja badut itu sudah diwarisi oleh tokoh sejarah yang tak empuk direbus.

Berdasarkan prestasi Shabery didalam debat itu, adalah wajar bagi Abdullah mengekalkannya sebagai Menteri Penerangan Malaysia. Bahkan saya mencadangkan agar ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat supaya mengesyorkan satu usul Percaya di Parlimen sebagai tanda terima kasih kepada Menteri Sejarah, ooops, Menteri Penerangan Malaysia itu.

Ternyata Shabery telah berjaya menandingi kehebatan lawak Menteri-Menteri Penerangan sebelumnya, seperti Mat Bulat, Kadir BowTie dan Zam Erection. Syabas.


Dipetik dari blog SuaraSUKJ

Datuk A.Shabery Cheek:

1) Sebelum debat bermula, ramai pihak terutama dikalangan Pemimpin-pemimpin UMNO meramalkan DS Anwar Ibrahim akan mengambil kesempatan debat ini untuk berhujah diluar tajuk dan tersasar dari matlamat sebenar debat ini diadakan.

2) Rupa-rupanya ia terbalik? Datuk Shabery Cheek yang sentiasa terkeluar tajuk malah sentiasa menyerang peribadi DSAI. Sering membangkitkan kisah-kisah lama dan tidak kena mengena dengan isu harga minyak?

3) Cara Shabery Cheek bercakap atau cara beliau berhujah dengan ilmu ekonomi yang agak cetek, jelas menggambarkan 'Tipical Pemimpin UMNO' yang dangkal ilmu tetapi masih gemar mahu temberang.

4) Lain ditanya....lain dijawab. Lebih-lebih lagi soalan daripada Zulkifli Sulung? Beliau tidak menyelesaikan isu tetapi mencetuskan isu.

5) Apa pun tahniah kepada Datuk Shabery Cheek kerana berani berdebat secara terbuka dengan DSAI. Mungkin Shabery Cheek lebih baik dan 'gentle man' jika dibandingkan dengan Menteri lain dalam UMNO.

Datuk Seri Anwar Ibrahim:

1) Tidak dinafikan segala fakta-fakta yang dinyatakan oleh DSAI ada kebenarannya.

2) Soalan-soalan yang diajukan kepada beliau telah dapat dijawab dengan jelas dan meyakinkan.

3) Beliau masih membuktikan bahawa dirinya masih lagi merupakan 'Tokoh' yang berwibawa, layak dan mampu menjadi Pemimpin negara pada masa ini.

4) UMNO masih kelihatan tidak mempunyai tokoh yang setanding dan berwibawa untuk mencabar kewibawaan DSAI.

Malah satu perkara yang agak kita kesal ialah bilamana kita dapat melihat kemunculan seorang 'Naib Chanselor' yang dangkal ilmunya...? Bagaimana orang seperti ini boleh dilantik oleh kerajaan untuk menjadi seorang Naib Chanselor? Bagaimana dangkalnya ilmu beliau jika tidak tahu bahawa 'IPP' itu ada hubung kait dengan minyak dan gas !

Kini rakyat boleh melihat dan menilai sendiri antara keupayaan dipihak kerajaan dan keupayaan dipihak pembangkang. Jika apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang itu benar, maka kerajaan perlu menerimanya dengan hati terbuka untuk dilaksanakan demi faedah kesejahteraan rakyat negara ini. Perkara yang baik kita ambil dan perkara tidak baik kita tinggalkan.

Ditulis oleh ulitmayang dipetik dari tranungkite

Sudah terang lagi bersuluh, rasanya dan seharusnya, Menteri Penerangan YB Dato’ Ahmad Shabery Chik, meletak jawatan dengan megemukakan surat perletakan jawatan, dalam masa 24 jam ini.

Anda telah tewas KO, Knock Out.

Sudah dikhabarkan sejak awal – awal lagi, DSAI bukanlah lawan, regu dan saingannya.

Tidak lah diketahui, siapakah yang menghasut beliau supaya menyahut cabaran debat, anjuran Agenda Daily tersebut.

Seluruh pimpinan Kerajaan UMNO/BN menanggung aib dan malu yang besar di atas KEKALAHAN dan KEGAGALAN beliau dalam berdebat, berhujah dan mengemukakan fakta, bukti dan angka.

Sebaliknya, apa yang terjadi beliau hanya menyerang peribadi DSAI sahaja.

Secara prinsip dan moralnya, tanpa perlu didesak untuk meletak jawatan, beliau secara tegas dan tetap dengan pendirian, mesti meninggalkan pejabatnya di Bangunan Angkasapuri, dalam masa 24 jam.

Tidak perlulah beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri, untuk mempertimbangkannya, samada menerima atau menolak perletakan jawatan tersebut.

Selepas dariapda ini, rakyat tidak mahu beliau memberikan sebarang alasan, dalih, hujjah, komen dan sebab, bagi tidak meletak jawatan.

Alasan apakah lagi yang beliau cari selepas ini ? Sama – sama kita tunggu dan lihat.


RUMUSAN, hujah DSAI

* Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih.
* Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya.
* Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
* Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta
* RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kimia
* RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion.
* Maka selesailah masaalah

LAIN – LAIN HAL

* Pengerusi TNB, tahun 90-an, Tan Sri Dr Ani Arof, meletak jawatan kerana TIDAK BERSETUJU dengan syarat dan terma perjanjian diantara IPP dengan TNB yang berat sebelah, yang merugikan TNB.
* Kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang dumumkan baru – baru ini mirip ‚PRISKRIPSI’ IMF.
* Adakah kerajaan UMNO/BN telah mengambil nasihat IMF, bagi menghukum rakyat Malaysia yang telah menolak UMNO/BN ?
* Malaysia akan menjadi NET IMPORTER pada tahun 2015, sekiranya pengeluaran Petronas adalah pada tahap sekarang, dan tidak ada telaga baru ditemui.

AHMAD SHABERY

* Maaf tidak ada fakta dikemukakan dan sepanjang perdebatan tersebut tidak ada angka – angka diperolehi, serta hujah dan ulasan yang diberikan tidak bersangkutan dengan tajuk iaitu „ HARI INI MEMERINTAH, ESOK HARGA MINYAK DITURUNKAN“
* Hanya serangan peribadi yang diutarakan, seperti fitnah tentang demostrasi baling, melawan Tun Razak, Melawan TDM,
* Semua jawapan yang dikemukakan oleh beliau adalah tidak menepati soalan yang dikemukakan

TAMBAHAN SIKIT

* Panel Tan Sri Dr Nordin Kardi

Soalan yang dikemukakan agak janggal, iaitu cuba untuk TIDAK mengaitkan IPP dengan tajuk debat. Tangkas dipancung oleh DSAI. Ini memalukan taraf seorang Naib Canselor bagi sebuah universiti yang ternama di negara ini.


Ada tuduhan sedikit masa dulu, katanya adaNaib Canselor sebuah universiti di Malaysia yang menciplak tajuk presentasi ilmiah. Siapakah dia itu ?

* Zukifli Sulong

Soalan yang ditanya sangat bernas, iaitu soal penjimatan minyak hasil kenaikan tahun 2006 sebanyak R0.30 sebanyak RM4.13 Billion, hanya dibelanjakan sekitar RM700 juta sahaja. Bakinya ke mana pergi ?Begitu juga kewarasan kerajaan untuk membelanjakan sebanyak RM13 Billion, yang bakal dijimatkan, hasil kerajaan UMNO/BN menaikkan minyak sebanyak RM0.78 baru – baru ini. Ke manakah wang sebanyak itu akan dibelanjakan ?

NOTA

* DSAI akan bertanding dalam pilihanraya kecil, dalam masa se singkat – singkatnya
* Adakah di Permatang Pauh ?

Dipetik dari blog MSOmelayu

TEPAT seperti mana kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang debat antara Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Ahmad Shaberry Chik tidak sepadan. Kata Abdul Hadi semasa saya meziarahinya di IJN pagi tadi Anwar sepatutnya tidak layan Shaberry, beliau sepatutnya berdebat dengan Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, baru padan kata Abdul Hadi.

Sepanjang kira-kira 50 minit perdebatan antara kedua mereka tadi ternyata tidak membawa penyelesaian kepada masalah ekonomi negara hari ini. Ia tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat atau memberi tip untuk melegakan rakyat ekoran kenaikan harga minyak tertinggi di dunia. Debat itu walaupun nampak ilmiah tetapi ia lebih kepada hiburan dalam sitkom Senerio.

Formula yang diharap akan dibentangkan Anwar untuk menurunkan harga minyak dan diharap akan digunapakai oleh kerajaan juga kabur. Anwar tidak memperincikan formulanya. Mungkin itu adalah rahsianya yang akan dikemukakan selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan 16 September depan.

Bagaimana pun perdebatan itu memberi keuntungan kepada kedua tokoh berkenaan. Ia mempopularkan mereka. Anwar yang sudah popular menjadi semakin popular dan penampilan tadi juga menaikkan saham dirinya yang agak mendung sehari dua ini. Dengan bersedia memenuhi janjinya (hadir berdebat) walaupun dalam keadaan dirinya ditimpa musibah menjadikan orang yakin kepadanya.

Seperti dikatakan tadi walaupun ia tidak memberi banyak faedah, tetapi perdebatan tadi menyeronokkan. Pastinya ia lebih bermanfaat dari rancangan Akademi Fantasi atau pun Jom Heboh. Bagi Shaberry dapat berganding dengan Anwar atas pentas satu tuah sepertilah orang kampung dapat bergambar dengan artis yang hadir di tempat kenduri. Kesempatan itu diambil sebaik mungkin untuk Shaberry meletakkan dirinya sebagai hebat dan akan dijaja kepada orang kampungnya di Kemaman, Terengganu.

Begitu juga, saya percaya penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat yang rindu untuk menatap wajah Anwar di skrin televisyen terubat. Sejak dipecat dari Umno 10 tahun lalu itulah tempoh terlama Anwar muncul di kaca tv dan secara langsung.

Jelas sekali pada semua pusingan Shaberry tewas dalam perdebatan tadi. Ada kalanya beliau terpaksa mengungkitkan soal peribadi Anwar yang terkeluar daripada mauduk perbahasan untuk menyelamatkan dirinya. Apabila beliau membangkitkan soal peribadi Anwar, menyebabkan beliau menerima tepukan daripada penyokongnya dan menjadikan beliau seolah-olah setanding dengan Anwar yang terus mendapat tepukan, termasuk dari penyokong Shaberry sendiri.

Bagaimana pun sekalung tahniah perlu dihulurkan kepada Shaberry. Walaupun sampai berbueh mulutnya untuk mematahkan hujah Anwar dan mempertahkan tindakan Perdana Menteri dan bosnya Abdullah Ahmad Badawi yang menaikkan harga minyak, namun beliau mampu juga memberanikan dirinya. Kesanggupan itu satu kehebatan Shaberry sebenarnya.

Ternyata baik dari segi umur, pengalaman, hubungan kemanusiaan dan cara berhujah Anwar jauh lebih matang dan bijak berbanding dengan Shabrry. Anwar tidak menjawab hal peribadi yang dilemparkan Shaberry berkali-kali kepadanya. Dan Anwar juga menunjukkan semangat profesional dan bukan emosi berbanding Shaberry yang nampak ego dan besar diri kerana jawatannya itu.

Shaberry merujuk Anwar sebagai sdr, sebaliknya Anwar merendahkan diri dengan memanggil Shaberry Datuk Shaberry. Di akhir perdebatan Anwar yang melangkah berjabat salam dengan Shaberry yang terkaku di rostrumnya kerana masih teruja dengan apa yang berlaku. Dari segi bintang perdebatan tadi Anwar bolehlah diberi enam bintang (******) manakala Shaberry hanya dua (**) saja.

Dipetik dari blog Cina Islam

Debat antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim baru berakhir di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, yang bermula jam 9 malamberakhir sejam kemudian.

Debat bertajuk “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”, diadakan untuk kedua-dua pihak menyampaikan hujah-hujah dan fakta dalam isu berkaitan.

Menariknya untuk sekiankalinya Debat selama sejam itu disiarkan secara langsung oleh TV9 dan Bernama TV menerusi saluran 502. Tajuknya “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" itu anjuran portal berita Agenda Daily itu membabitkan moderator, Datuk Johan Jaafar yang juga Pengerusi DBP.
Kedua-dua pendebat melantik dua wakil untuk bertanya soalan tambahan.Tan Sri Nordin Kardi mewakil Shabery dan Zulkifli Sulung mewakili anwar.
Saya berpandangan, DS Anwar Ibrahim mendahului debat dengan fakta dan penguasaan materi debat secara matang dan konkrit.

Sebaliknya Shabery nampaknya mengulang-ulang serangan peribadi dan sering terkeluar dari topik perbahasan sebenar. Antaranya seingat saya dia mengulangi mengenai Anwar demo dibaling sebanyak 2 kali, selain itu mengaitkan Anwar dengan IMF dan kejatuhan ekonomi tahun 1998.

Hujah-hujah Anwar sangat bernas berbanding dengan Shabery yang tersasar kepada serangan peribadi. Satu masa dia menyebut mengenai "minyak urut", yang menampakkan hujah yang kebudak-budakan.

Formula menurunkan harga minyak oleh Anwar nampaknya berasas berbanding dengan penjelasan Shabery alasan kenaikan harga minyak yang rapuh.
Namun kita mengucapkan tahniah kepada Menteri penerangan UMNO itu dengan keberanian mewakili parti dan kerajaan BN dan bersedia untuk berdebat dalam keadaan orang lain yang nampak "penakut".

Kuda Trojan : Isu Minyak akan lebih panas sekiranya .......




Pada pandangan Kuda Trojan saya, isu kenaikan harga minyak sebenarnya dah mulai reda pada hari ini, walaubagaimana pun isu kenaikan harga minyak ini akan kembali hangat diperkatakan semula sekiranya Menteri Penerangan gagal dalam menerangkan strategi kerajaan menaikan harga minyak dalam debat malam ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Menteri Penerangan kerana berani dan ikhlas dalam memperjuangkan strategi jangka panjang kerajaan dalam menangani isu tersebut. Walaubagaimana pun, Kuda Trojan saya juga terharu dengan kesanggupan Menteri Penerangan menyerahkan kepada PM tentang kedudukan jawatan beliau sekiranya beliau gagal pada malam ini. Kuda Trojan saya juga mencadangkan kepada Menteri Penerangan supaya beliau meletak jawatan saja sekiranya gagal. Maka peluang Kuda Trojan saya untuk dilantik sebagai senator dan seterusnya memegang jawatan Menteri Penerangan.

Walau apa pun, syabas diucapkan kepada Menteri Penerangan kerana membuka lembaran baru ke arah negara demokrasi yang lebih telus. Sama-samalah kita mengikuti rancangan debat pada malam ini.

Kuda Trojan : Jangan Lupa Malam Ini

Video Credit to Hanief

Kuda Trojan : PR akan tumbang di Perak

Sama-samalah kita layan dulu pidato dari Kuda Trojan saya.

Surat Buat Kuda Trojan

Dipetik dari blog CheguBard

Semalam ketika pulang dari sesi taklimat khas isu semasa bersama kepimpinan Bahagian keADILan Jempol dan ceramah umum, cheGuBard agak terkejut. Dari Palong ke Kuala Lumpur tidak kurang dari 9 sekatan jalan raya terpaksa ditempuhi. Malah sekatan yang agak luar biasa di adakan di Sungai Besi. sms dari teman - teman pula (belum dalam dipastikan kebenaranya) menyatakan parlimen sudah dikepong polis dan bangunan penyiaran seperti Angkasapuri dikawal tentera.

Mungkinkah ini sebagai bukti menunjukkan kebenaran kenyataan menteri - menteri Umno yang menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan proses perubahan fasa 2 (selepas perubahan tsunami politik 8 Mac) yang akan dimulakan Isnin ini dengan usul tidak percaya kepada Pm di Parlimen. Nampaknya perkembangan sehingga terpaksa menggerakkan tentera membuktikan penguasa korup mula panik dengan ketakutan.

Pengumuman Abdullah bahawa dia akan berundur 2 tahun lagi sebenarnya adalah untuk mengendurkan tekanan yang wujud. Pertama tekanan yang diberikan kerana kelemahan dirinya dan kedua tekanan dari kem Najib/Mahathir yang sudah tidak mahu menunggu kerana bagi mereka kelemahan Abdullah akan diperguna PAKATAN untuk mengambil alih kerajaan. Abdullah dilihat bukan sahaja tidak mampu menghentikan proses 'lompat' tetapi memperlahankan proses itu juga tidak mampu.

Ada satu teori pula mengatakan pengumuman Abdullah hanya tindakan membeli masa yang gagal. Jelas kem Mahathir/Najib amat tidak selesa dengan pengumuman 2 tahun itu. Kemungkinan apa yang berlaku ialah modus operandi Tun Razak mengambil alih kuasa dari Tengku Abdul Rahman mungkin tidak boleh dielakkan. Dalam teori ini Anwar dan 'tenteranya' mungkin terpaksa ditahan. tetapi amaran buat Regim Najib nanti jika ini benar berlaku bukan sedikit celaka diundang dalam negara. Kebangkitan kali ini bukan setakat kerana Anwar semata tetapi Anwar dijadikan ikon gerakan rakyat tertindas. Rakyat pasti akan bangkit melawan penderitaan sendiri.

Menyentuh soal Ezam pula seminggu dua ini che'GuBard menerima terlalu banyak sms, komen blog dan email yang mempertikaikan che'GuBard kerana berdiam diri dan tidak komen pasal Ezam. Ada yang memetik semula kenyataan che'GuBard dalam Malaysia today yang menyatakan 'Ezam tetap teman saya tetapi jika dia menyerang parti selaku MPT saya wajib mempertahankan parti...'

Benar kini Ezam telah mula menyerang, tetapi itu bukan bermaksud tumpuan kita harus kepadanya kerana itu yang diharapkan. Dia baru memasuki Umno, jangkaan beliau jalanya senang kerana borangnya diterima presiden Umno sendiri tetapi semuanya berubah selepas itu. Dia hampir tidak diterima keahlianya, dalam mesyuarat MKT umno memutuskan dia hanya dibenar menjadi ahli tetapi tidak dibenar pegang jawatan atau bertanding. Ini anti klimaks bagi penyokongnya.

Sekarang dia dalam proses menyakinkan kepimpinan Umno betapa dia penting dan mampu menjadi meriam strategik untuk menyelamatkan Umno dari serangan kebangkitan rakyat. Dia cuba membuktikan bahawa dia setia malah lebih setia dari orang Umno yang tidak pernah keluar Umno. Dia sedang memancing untuk dijadikan objek serangan PAKATAN ...dia cuba menunjukkan keikhlasan dengan menadah dada untuk di tembak agar memancing simpati dan keyakinan pimpinan Umno. Untuk itu sudah tentu dia memerlukan hujan peluru yang lebat dan kuat agar menimbulkan lebih simpati dan keyakinan.

Dan hari ini mungkin dia sedikit berjaya ketika dia mula ditembak. Mengenai sumpah dan bongkar, apa nak dihairankan ia terlalu sinonim dengan Ezam.

Namun untuk puaskan hati kawan - kawan di bawah ini saya siarkan petikan surat dari Zul, Bayan Baru dan gambar 'kononya' rumah Ezam makin besar semenjak masuk Umno.

Cuma pesanan ikhlas cheGuBard tuduhan abang terlibat dalam konspirasi adalah punca mulut teman yang rapat dengan kamu juga. Budak - budak kamu sendiri yang pecahkan 'lobang' sebelum laporan polis dibuat kamu bertemu Saiful..? Sebelum laporan polis di buat abang sudah umumkan 'akan ada letupan kes liwat terbaru Anwar ? Dalam satu pertemuan tertutup (lebih 3 bulan lepas) di pejabat GERAK abang sudah umumkan cerita skrip liwat terbaru Anwar dan kali ini ia benar terjadi cuma watak berbeza dulu namanya R_sh_d tetapi cerita yang sama cuma namanya Saiful ? Bagaimana ini boleh berlaku ? Jika abang bukan perancang mungkin abang punya ilmu tilikan yang cukup tinggi untuk mengetahui masa depan atau mungkin benar cerita Shamsul, ketika menjadi peguam masa abang di bawah ISA bahawa abang berzikir malam sehingga abang mampu terapung .... wallAllahuallam....

(surat dari Bayan Baru) Salam sejahtera kepada semua teman-teman seperjuangan.Terpanggil saya menulis adalah untuk rasa hati yang memberontak kesan tuduhan serta lemparan kata nista serta cerca daripada AHLI UMNO CAWANGAN DI BAHAGIAN PETALING JAYA,Ezam Md Nor satu-satunya anak Pak Md Nor yang bernama Ezam.

Kehairanan saya timbul kerana setiap hari batang tubuh yang bernama Ezam makin menjadi-jadi cabarannya umpama kata orang tua-tua Bagai Murai Tercabut Ekor.Mengelabah,Meracau,Merapu & Melalut seperti orang yang mabuk.Kenapa yang dia sibuk setiap kali mengajukan cabaran seperti dalam Buletin 1.30 TV3 suku sebentar tadi?Kenapa dia mahu menjadi jaguh tatkala semasa dalam PKR dahulu maki hamun kepada UMNO terutama kepada insan-insan yang menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang peliwat.Teringat taklimat semalam bersama seluruh kepimpinan PKR Bahagian & AJK Perhubungan & AMK Negeri Pulau Pinang apabila Dr Mansor Othman MPT keadilan pusat yang menjawab soalan salah seorang hadirin dalam taklimat.Jawapan Dr Mansor cukup ringkas,”saya tak mahu komen biarlah anda semua nilai sendiri sebab kalau ceramah ezam di pentas keadilan,saya pun tak gamak nak kata macam dia dok ceramah,kasar betul”

Bila di siarkan sebentar tadi dalam buletin 1.30 Ezam kata jangan sampai dia bersumpah mendedahkan siapa Anwar Ibrahim jika dia di hina mendapat jutaan ringgit kerana menyertai UMNO keluar dari mulut Anwar atau pun Wan Azizah.Terfikir sejenak,aku keliru,bab sumpah ni bagi manusia yang bernama Ezam sudah menjadi kebiasaan.Keluarkanlah CD Ceramah Ezam dulu-dulu,bukan takat Sumpah Keramat atau Sumpah Seranah lain tapi menyumpah dengan UMNO sampai satu tahap kepada AHLI UMNO kena tanyala kepada Ezam.Jangan tanya Ezam ‘Apa Yang U Maki Umno’ tapi tanya dia ‘Apa Lagi Yang U Tak Kata Kat UMNO’ masa dalam PKR.Habis sumpah seranah & ucapan yang keluar dari mulut Ezam hingga waktu itu anak muda menjadikan dia sebagai ikon keberanian menentang kezaliman pemerintah.

Kenapa nak tunggu keluar dalam mulut Anwar atau Wan Azizah?Untuk pengetahuan Ezam,saya sempat berjumpa dengan teman seperjuangan anda dulu dari pulau pinang sekarang ini mereka ialah Exco Angkatan Muda Malaysia iaitu saudara Amizudin Ahmat & saudara Zulkifli Ibrahim bagaimana respon Dato’ Seri Anwar berkenaan isu Ezam sibuk nak cabar Anwar.Jawapan Anwar cukup untuk menjawab cabaran daripada Ezam,Anwar maklumkan ‘Biar la,dia nak belajar macam mana politik.Banyak lagi agenda kita kepada rakyat’.Terfikir pula saya,jika Ezam mengatakan bahawa nak tunggu keluar dari mulut Anwar nak sentuh berkenaan nama EZAM.Buang masa Ezam nak tunggu,bukan Anwar sahaja bahkan ramai kalangan pimpinan pusat termasuklah din & zul yang Ezam kenal cukup rapat dengan mereka ini pun tak pernah nak usik atau menghina Ezam.

Saya juga mendapat tahu bahawa AMK Pusat pernah membangkitkan isu berkenaan cabaran & keceluparan saudara.Sekali lagi saudara di selamatkan oleh saudara Amizudin,Zulkifli,Abd Rahman & beberapa lagi teman Exco untuk tidak membincangkan mengenai Ezam sehingga mereka telah membuat keputusan abaikan dari melayan karenah kebudak-budakan Ezam dengan menumpu kepada misi pembangunan membawa agenda rakyat serta memperkasakan parti.Saya rasakan ada dua kemungkinan tindakan itu dibuat,sama ada Exco AMK Pusat masih sayangkan Ezam sebab itu mereka tidak mahu pukul habis-habisan Ezam dalam pentas politik ataupun Exco AMK Pusat tidak pernah menganggap kewujudan Ezam di pentas politik.

Andaikan anggappan kedua betul,Ezam perlu rasa malu & sedar bahawa tindakan Ezam cuba mencari publisiti glamour atau cubaan menjadi jaguh dengan menonjolkan diri dalam media-media bak kata pepatah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.sedarkah Ezam,bukan sahaja AHLI UMNO yang meluat dengan tingkah laku Ezam bahkan saya sempat dihubungi teman lama yang saya cukup yakin tidak mengikuti perkembangan politik dari dekat tiba-tiba menghubungi saya & memaki hamun kepada manusia yang bernama EZAM MD NOR.

Saya cukup berpuas hati sikap kematangan politik AMK Pusat yang ‘Ignore’ saja segala tohmahan serta cabaran EZAM,tetapi yang paling penting Anwar tidak memberi respon kepada EZAM membuatkan dia tidak setaraf dengan Pimpinan parti di semua peringkat di pusat.layak saya samakan taraf EZAM dengan AJK WANITA KeADILan BAHAGIAN.Nasihat saya kepada Ahli UMNO yang sahaja,pada EZAM tak guna nasihat sebab dia Ego,penting diri,menipu,hipokrit,tak malu dan banyak lagi.Tanyakan kepada EZAM

1.Mana dia 6 kotak rasuah pemimpin UMNO yang ada ditangan anda?
A.J.E:Saya cakap sebab Anwar cakap ada pada dia,jadi tanyala Anwar.

2.Kami tahu skandal Rafidah berkaitan saham & AP,kenapa EZAM masuk UMNO?
A.J.E:Saya yakin kepimpinan DS Abdullah & DS Najib yang menunjukkan komitmen menanggani rasuah yang tidak pernah di lakukan mana-mana pemimpin negara.

3.Dato Seri Anwar Ibrahim masa jadi pemangku dia terus pinda akta rasuah itu bukan saja komitmen tapi pelaksanaan membenteras rasuah?
A.J.E:Itu dulu,dia pun bukan bersih,saya tahu siapa Anwar saya tak nak aibkan

4.Jawab soalan saya,klau nk ikut komitmen lawan rasuah,Anwar dah tunjukkan.Kenapa masih pilih UMNO?
A.J.E:Macam saya kata tadi la,saya yakin dengan perubahan DS Abdullah

Kuda Trojan dimakan sumpah

Setiap hari media massa khasnya TV3 akan menyiarkan kenyataan dan sedutan ucapan Ezam Mohd Noor. Seolah-olah Ezam berjawatan penting dalam UMNO atau memegang jawatan dalam kabinet kerajaan maka setiap yang keluar dari mulutnya akan ditonjolkan.

Bagi saya tak usahlah percaya lagi temberang si Ezam ini. Semasa dalam keAdilan dulu dia sudah temberang semua orang kononnya ada 6 kotak bukti rasuah dan penyelewengan pemimpin UMNO/BN. Tapi sampai dia masuk semula UMNO isi kandungan kotak langsung tidak didedahkan.

Bukankah itu temberang namanya?

Kalau benarlah dia seorang yang mengagungkan integriti tentu sahaja selepas keluar PKR dan bergerak cergas dalam GERAK sepatutnya dia berjuang habis-habisan untuk mendedahkan 6 kotak bukti rasuah dan penyelewengan pemimpin UMNO/BN. Barulah anak jantan namanya apabila seorang demi seorang pemimpin UMNO/BN dibawa ke muka pengadilan. Alih-alih dia pulak terjun semula ke dalam tong taik UMNO dan bergomol-gomolan semula dengan semua pemimpin UMNO/BN yang beliau tuduh sebagai penyeleweng dan kaki rasuah itu.

Bukankah itu temberang namanya?

Sekarang dia nak buka temberang baru kononnya ada rahsia besar tentang PKR yang akan didedahkan jika sekiranya beliau terus-terusan ”diserang” akibat kemasukannya semula ke dalam UMNO. Sebenarnya dia kepanasan kerana tidak menyangka bahawa terlalu banyak tekanan yang dihadapinya bukan sahaja daripada rakyat malah tentangan dari dalam UMNO/BN sendiri khasnya daripada parti bukan Melayu kerana Ezam membawa semula slogan ketuanan Melayu. Sedangkan situasi politik sekarang sudah menolak dasar politik perkauman. Maka MCA, MIC dan Gerakan semakin menjauhkan diri daripada UMNO sebab kalau politik perkauman terus ditiupkan oleh Ezam, peluang UMNO/BN untuk meraih semula sokongan rakyat akan hanya tinggal mimpi. Dulu bukankah dia juga yang memperjuangkan politik pelbagai kaum maka sering beriringan dengan Tian Chua dan Gobalakrishnan.

Bukankah itu temberang namanya?

Kalaulah benar ada rahsia besar PKR, apa ditunggu lagi. Dedahkanlah sekarang supaya dengan pendedahan itu akan terus menutup mulut DSAI. Bukankah itu misi utama dia masuk semula ke dalam UMNO iaitu untuk menghalang DSAI menjadi Perdana Menteri dan menumbangkan kerajaan PR terutama sekali Selangor.

Bukankah itu temberang namanya?

Ezam kata dia akan dedahkan rahsia besar itu apabila keluar dari mulut DSAI atau Wan Azizah sendiri yang mengatakan bahawa beliaulah punca konspirasi liwat yang terbaru. Kenapa dia berkata begitU? Sebab rahsia itu sebenarnya tak wujud. Ini kerana dia tahu bahawa DSAI dan Wan Azizah bukan sahaja belum malah tidak akan menuduh bahawa dialah punca konspirasi. Maka dengan ini tak perlulah dia mendedahkan apa-apa rahsia kerana DSAI dan Wan Azizah tidak menuduh dia.

Bukankah itu temberang namanya?

Oleh itu, mulai saat ini janganlah kita semua percaya akan kata-kata Ezam munafik ini. Hidup dia sekarang sangat tertekan kerana sumpah keramat yang dilafazkan dulu sedang memakan dirinya sendiri. Kononnya bersumpah untuk mendedahkan rasuah dan penyelewengan pemimpin UMNO/BN tetapi sekarang dia pula yang bersekongkol dengan UMNO/BN. Adakah anda semua melihat walaupun seorang pemimpin UMNO/BN yang didakwa ke mahkamah hasil pendedahan 6 kotak rahsia milik Ezam? Tak ada kan?.

Bukankah itu temberang namanya?

Termasuklah laporannnya yang terakhir tentang menteri kanan yang menyeleweng kononnnya dia ada bukti dan telahpun menyerahkan bukti itu kepada PM. Adakah anda semua masih ingat lagi tempoh yang Ezam berikan kepada PM untuk mengambil tindakan terhadap Menteri terbabit. Bukankah 2 minggu? Selepas 2 minggu jika PM tidak ambil tindakan, Ezam sendiri akan dedahkan nama Menteri tersebut. Selepas 2 minggu apabila PM tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Menteri terbabit adakah Ezam umumkan nama Menteri tersebut. Tidak, bukan?

Bukankah itu temberang namanya?

Yang sudah tu sudahlah. Tak usahlah dilayan si Ezam tu. Sebelum ini saya begitu kagum dengan semangat dia menentang kezaliman UMNO/BN. Saya begitu menyanjungi beliau kerana sanggup masuk penjara demi menentang rasuah dan penyelewengan. Apa dah jadi sekarang? Rafidah Aziz sihat walafiat tak kena apa-apa pun tindakan sebaliknya Ezam melutut semula ke kaki Rafidah kerana Rafidah adalah Ketua Wanita UMNO Malaysia, statusnya lebih tinggi daripada Ezam yang bertaraf barua dan sekarang menjadi kutu berahak serta sanggup bersengkang mata setiap malam untuk mengagungkan semula parti UMNO yang penuh dengan pemimpin yang rasuah dan menyeleweng. Jadi, apa pendapat anda tentang Ezam sekarang? Boleh percaya ke tidak?

Bukankah itu temberang namanya?

Siapa yang temberang = EZAM MOHD. NOOR.

E ngkau gadai maruah diri
Z alimi pemimpin yang pernah engkau sanjungi
A gongkan semula parti yang rakyat benci
M asa menentukan sumpahmu memakan diri

Berhati-hatilah Ezam bahawa Allah sedang melihat perbuatanmu.

Dipetik dari TranungKiteOnline

Amaran Kuda Trojan pada DSAI

Dipetik dari Malaysiakini

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor berkata beliau akan membongkar apa yang diketahuinya mengenai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dikaitkan dengan dakwaan konspirasi politik untuk menjatuhkan mantan timbalan perdana menteri itu menerusi tuduhan liwat.

"Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar," katanya di dalam satu ceramah mengenai isu-isu semasa anjuran Umno bahagian Shah Alam dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan "Alam Free Speech" di Seksyen 19 malam tadi.

ezam mohd noor 220507Menurut laporan Bernama, Mohamad Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata beliau akan membongkar segala apa yang beliau tahu mengenai pemimpin PKR itu walaupun ia akan mengaibkan anak-anak dan keluarga Anwar.

Katanya, beliau tidak berniat untuk mendedahkan apa yang diketahuinya tentang Anwar tetapi jika maruahnya terus dicabar kononnya beliau dibawa masuk ke dalam Umno dan di beri habuan berjuta-juta ringgit, beliau terpaksa bertindak.

Mohamad Ezam berkata beliau telah berjumpa dengan dua ulama muktabar untuk mendapatkan pandangan mereka dan diberitahu adalah wajib bagi beliau untuk mempertahankan maruahnya.

Beliau juga berkata, ahli-ahli Umno juga perlu bangkit dan berjuang mempertahankan parti dan pemimpin-pemimpinnya yang kini diasak oleh Anwar.

Mohamad Ezam berkata dakwaan Anwar terdapat konspirasi politik ke atasnya setelah pembantu khas beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 membuat laporan polis bahawa Anwar telah meliwatnya bulan lalu, sepatutnya berkisar sebagai masalah peribadi Anwar dan pemuda itu sahaja.

Katanya, perkara itu tidak perlu diperbesar-besarkan sehingga mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu.

Salam Rakan Bloger Semua,

Semalam Kuda Trojan saya telah menyaksikan siaran langsung persidangan Dewan Rakyat (8 Jul 2008), tiba-tiba Kuda Trojan saya terkedu apabila melihat aksi lucah salah seorang anggota parlimen. Saya percaya ramai dikalangan rakan bloger tidak dapat melihat aksi lucah ini. Kuda Trojan saya tidak akan memberi komen apa-apa, tepuklah dada tanyalah selera.


Video Credit hanief.blogspot.com

Kuda Trojan : Bloger Jangan Buat Fitnah




Di sini Kuda Trojan saya terpanggil untuk menyeru semua rakan bloger semua agar tidak terjebak dalam bentuk penulisan yang berunsur fitnah. Namun, Kuda Trojan saya juga percaya ramai rakan bloger telah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai bloger yang profesional. Ingat, selagi kita tidak memisahkan agama dan blog, Insya Allah kita akan diberkati oleh Allah S.W.T.

Cuba kita lihat hari ini, ramai orang memperkatakan politik itu kotor, itulah akibatnya apabila kita memisahkan politik dengan agama (politik suku, agama suku). Kuda Trojan saya yakin, sekiranya agama dan politik tidak dipisahkan situasi pada hari ini tidak akan berlaku.

Kuda Trojan Dicabar

Dipetik dari Harakahdaily.net

PULAU PINANG, 5 Julai (Hrkh) - Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Bahagian Kepala Batas, Amirzudin Ahmat mencabar bekas Ketua AMK, Ezzam Mohd Noor membuka kesemua enam koak hitam yang dikatakan mempunyai kes membabitkan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

Dulu beliau sanggup merengkuk dalam penjaja ekoran mendedahkan dua nama iaitu Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

"Saya cabar Ezzam untuk dedahkan enam kotak hitam yang dikatakan 'kotak rasuah' kepimpinan Umno. Dulu dia merasa bimbang ditahan tapi sekarang dedahlah," ujarnya kepada media sejurus selepas membuat laporan polis berhubung akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam terhadap Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang semalam.

Tegas Amirzudin lagi, sekarang ini apa yang Ezzam hendak bimbangkan kerana beliau kini bersama jentera serta bekerja untuk menangkan BN.

Ezzam sepatutnya, mengambil peluang ketika berada dalam BN mendedahkan kotak hitam yang dimaksudkan, baru tindakannya selari dengan hasrat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu membanteras rasuah sehingga ke akar umbi, katanya.

Tetapi, beliau nampak gayanya seolah-olah mengetepikan kotak hitam yang diperkatakan ketika dalam kepimpinan KeAdiLan dan sekali gus menampakkan sikapnya yang tidak jujur dalam perjuangan, tambahnya.

"Sebenarnya kita tahu siapa Ezzam dari dalam hingga luarnya. Beliau hanya pekerja biasa dalam Umno sedangkan beliau merupakan aset penting untuk menghentam Kerajaan Pakatan Rakyat yang memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum lepas," katanya yang pernah menjawat Ketua AMK Negeri ketika Ezzam ketua AMK Pusat.

Tambahnya, dari dulu Ezzam hidup atas tanggungan orang lain bukan beliau berdikari sebagaimana kepimpinan lain.

Semua keperluanya ditaja oleh individu kaya termasuk keluarga, kenderaan dan ke mana sahaja beliau pergi ke pelusuk tanah air untuk berceramah.

Sekarang ini jelasnya, individu terbabit telah menarik balik segala kos tanggungan yang diberikan berikutan tindakan Ezzam Mohd Noor menyertai Umno semula.

"Perbandingan kita dengan Ezzam ialah beliau pekerja yang dibayar gaji untuk melaksanakan tugasan parti tetapi kita adalah jentera sebenar yang sanggup habis wang ringgit demi melihat parti dipertingkatkan. Sampai kini saya tahu siapa yang bayar," kata beliau.

Bersama membuat laporan polis ialah Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Ahmad Azrizal Tahir.

Laporan itu dibuat di hadapan pegawai polis, Amrita Kaur a/p Hernek Singh pada pukul 2.42 petang.

Semalam laporan itu dibuat serentak di seluruh Malaysia lanjutan akuan bersumpah P. Balasubramaniam di Kuala Lumpur. - mns _

Apa kata Kuda Trojan

Dipetik dari Utusan Online,

SUBANG 4 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memfitnah dan menyerang peribadi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pemimpin nombor dua negara itu merupakan penghalang besar untuk Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, Anwar menggunakan taktik tersebut dengan matlamat mencemarkan imej dan maruah Najib bagi mengelakkan Najib menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

Menurut Ezam, semasa masih berkuasa dalam kerajaan dan UMNO, Anwar pernah mengakui bahawa Najib merupakan seorang pemimpin yang pintar, cerdik dan berwibawa.

“Anwar pernah menceritakan beberapa kali kepada saya mengenai kepintaran dan kecerdikan Najib sebagai seorang ahli politik.

“Bagi saya, inilah puncanya Anwar bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Najib lebih-lebih lagi dalam keadaan Anwar semakin terdesak sekarang,” kata Ezam kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menambah: “Semasa Anwar menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada awal 1980-an, beliau mengakui tahap kebijaksanaan Najib yang ketika itu merupakan salah seorang Exco Pemuda yang jauh lebih bijak jika dibandingkan dengan exco-exco yang lain.”

Mengulas siri tindakan Anwar yang kini berhadapan dengan krisis peribadi ekoran laporan liwat yang dibuat oleh pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan baru-baru ini, Ezam berkata: “Anwar sememangnya mengakui kehebatan yang ada pada Najib.’’

Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda PKR memberitahu, serangan yang dilakukan oleh Anwar terhadap Najib terutama berkaitan isu Altantuya Shaariibuu telah lama bermula sejak sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu tetapi ia tidak seagresif sekarang.

“Kedudukan Najib pada masa ini cukup selesa iaitu hanya menunggu proses peralihan kuasa berlaku dan haluan perjalanan politik Najib berbeza dengan Anwar.

“Anwar sekarang berada dalam keadaan buntu dan terdesak. Dia kata sebanyak 30 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) akan lompat parti sedangkan dakwaan itu tidak berlaku.

“Bulan September semakin hampir dan peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kini semakin samar kerana strateginya untuk menarik ahli Parlimen BN menyertai pembangkang tidak menjadi,’’ katanya.

Berdasarkan maklumat yang diterimanya, Ezam mendedahkan tidak sampai sepuluh orang ahli Parlimen BN ‘mungkin’ akan lompat parti.

Jumlah itu tidak cukup untuk membolehkan pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar membentuk kerajaan kerana pada masa ini BN mempunyai 140 ahli Parlimen manakala pakatan pembangkang hanya memiliki 82 orang wakil rakyat.

“Saya guna istilah ‘mungkin’ kerana kemungkinan ia berlaku mungkin ya dan mungkin tidak. Pas sendiri menekan Anwar iaitu Pas mahu memastikan mereka yang lompat parti adalah orang Melayu. Masalah ini juga merunsingkan Anwar,’’ ujarnya.

Sehubungan itu, Ezam berkata, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menggunakan taktik serangan peribadi terhadap Najib berhubung isu Altantuya walaupun faktanya terlalu longgar.

Beliau berkata, semua pihak dalam UMNO harus bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mempertahankan kewibawaan dan imej UMNO.

“Jangan biarkan UMNO terus diserang dengan tuduhan yang bukan-bukan.

“Yang diserang sekarang ialah pemimpin nombor dua negara dan parti. Jangan biarkan Anwar menyerang pemimpin dan parti kita dengan sewenang-wenangnya. Kita wajib mempertahankan maruah pemimpin dan parti kita,’’ tegasnya.

Beliau berkata, umum mengetahui Anwar seorang ahli politik yang licik

“Anwar bijak membentuk persepsi yang mana dengan persepsi ini beliau mampu mempengaruhi rakyat. Sebagai pemimpin parti, kita tidak boleh membiarkan persepsi itu berleluasa.

“Pemimpin UMNO wajib bangun berikan penjelasan bahawa persepsi itu tidak betul. Najib tiada kaitan langsung dengan Altantuya. Apa yang dibangkitkan oleh Anwar itu adalah satu rekaan semata-mata,’’ katanya.

Tahniah Kuda Trojan

Tahniah diucapkan kepada Kuda Trojan saya yang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan membuat laporan kepada BPR tentang penyalahgunaan kuasa membabitkan Pejabat Menteri Besar (Sila rujuk Utusan Online). Teruskan menunaikan tanggungjawabmu dalam membasmi rasuah atau penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan yang ada pada hari ini, tak kira kerajaan negeri atau pun pusat.

Kita semua sentiasa bersama-sama dengan perjuanganmu (Kuda Trojan) dan sentiasa sabar menunggu bila agaknya 6 kotak rahsia akan didedahkan. Semoga Allah S.W.T memberkati perjuangan kita, Amin.