HUDUD: HATI-HATI MENITIP BICARA

Di petik dari blog http://khairulnizambakeri.wordpress.com

Masalah paling klise di Malaysia ialah hampir semua perkara perlu jadi politik sensasi.

Termasuklah hudud.

Khairy Jamaluddin umpan Husam Musa dalam dialog tentang hudud. Dia tanya PAS mahu laksana hudud atau tidak jika Pakatan Rakyat jadi kerajaan.

Tentulah Husam jawab ya. Dialog itu pun buat di Kelantan. And he is one of PAS veeps.

Tentulah media panjangkan soalan itu pada DAP. Parti yang jelas pendirian mereka tentang hudud. In Karpal’s words - over my dead body.

Tentulah Guan Eng melenting. Katanya mahu adu pada Sheikh Anwar.

Tentulah media arus perdana jadi tukang laga. “DAP sanggah keras”. “Tarian PR semakin sumbang”. “Krisis PR semakin serius”.

Tentulah Najib tukang tambah. Katanya hudud hanya slogan. Kalau benar mahu buat - laksanakan di Kelantan terlebih dahulu.

Tapi ini bukan soal pelan tenaga. Bukan pelan kesihatan. Atau RM5 billion dari KWSP ke Valuecap.

Ini hudud. Bak kata Nik Aziz, ini hukum Allah. Bukan hukum PAS. Bukan PAS yang suruh buat hudud.

Maka, adalah janggal dan hodoh apabila sesama Muslim saling cabar-mencabar tentang pelaksanaan hukum Allah.

Lebih sayu apabila pihak bukan Muslim menentang secara semberono tanpa pemahaman jelas tentang konsep hudud sebenar.

PIHAK 1: PAS
Orang-orang PAS jangan cepat melatah. Takkan kena cucuk dengan KJ sudah naik berang?

Apabila sudah sebumbung dengan DAP, maka ambillah peluang ini untuk menerangkan tentang konsep hudud. Jelaskan posisi masyarakat bukan Islam dalam hal ini.

Nik Aziz selalu buat perkara ini di Kelantan. Mengapa tidak lebarkan dengan rakan politik lain?

PIHAK 2: DAP
Hormati struktur agama lain sepertimana kalian mahu agama kalian dihormati. Tidak kiralah sama ada Buddha, Kristian, Hindu atau lain-lain agama.

Kenyataan hudud tidak sesuai dilaksanakan sememangnya mengguris hati orang Islam, tambahan pula regu kalian - PAS, yang jelas menjadikan Islam sebagai teras perjuangan.

Benda dalam kelambu, kalau sudah dibongkar selak - malunya sukar dielak.

PIHAK 3: UMNO
Jangan biadap dengan hukum Tuhan.

Walau apapun beza UMNO dengan PAS - jangan samakan hudud dengan slogan. That is an insult, Pak Jib.

Sekalipun PAS ingin menjadikan hukum Allah menjadi slogan atau teras perjuangan, maka di manakah salahnya?

Lebih hina apabila mencabar rakan seagama menjalankan hudud di negeri mereka terlebih dahulu.

Habis kalian ini agama apa? Berbezakah Islam yang kalian anuti? Tidak ada hudud? Hanya Hadhari?

Panjang sikit aku membebel. Hehe. Terima kasih pada yang baca hingga barisan ini.

Apa Kecoh2 Pasal Hudud!

Menurut laporan Utusan Online bahawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membantah rancangan PAS untuk melaksanakan hudud. Apa nak kecoh-kecoh sangat, parti UMNO kan ada. Bawa aje usul ini ke parlimen, kita boleh tengok siapa yang membantah pelaksanaan hudud ini. Setakat pandai bercakap sahaja, semua orang pandai bercakap. Kita tengok siapa yang berpura-pura.

Wan Farid diumum calon BN di KT



Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Salleh dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Terengganu petang ini.

kuala terengganu by election wan farid bn candidate 031208Najib yang pengarah pilihanraya kecil tersebut membuat pengumuman sewaktu berucap di majlis pengumuman calon BN sebenar tadi.

Wan Farid, 45 - bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London itu - merupakan anak jati Kuala Terengganu itu.

Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.

Di dalam politik, beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu pada 1995 sebelum menjadi Ketua Pemuda bahagian pada 1998 dan menjadi menjadi exco

Pemuda Umno Malaysia dari 1999 hingga 2004.

Pada tahun 2001, beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu sebelum dilantik menjadi setiausaha politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31

Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.

Blog UMNO memang tak de umphh!

Saya amat tertarik dengan penulisan rakan blogger Nobisha tentang komen terhadap blog UMNO yang tak ada umphh. Sili rujuk di sini.

Pada pendapat saya, UMNO tak perlu blog, sebab UMNO merupakan parti yang kaya. UMNO kata (bukan saya kata ) Org miskin ja main blog percuma ini seperti pembangkang.UMNO ada Utusan Malaysia, ada RTM ada Media Prima. Tak payah susah susah dan pening kepala, kalau boleh UMNO perlu 'fully utilise' media yang ada,

KudaTrojan calon UMNO di Kuala Terengganu?

Raja Sesumpah, Sdr Ezam Mohd Noor belum habis lagi dendam kesumat beliau terhadap DS Anwar. Beliau juga masih belum ada tanda-tanda untuk menjadi seorang yang bermoral dan berani atas dasar prinsip. Baru-baru ini beliau bersuara memuji memuja Pak Lah kerana kononnya berani membentangkan Akta Rasuah di Parlimen, dan dalam masa yang sama seperti biasa Ahli UMNO seumur hidup ini memburukkan DS Anwar.

Beliau masih tidak puas hati dengan PKR walaupun di Permatang Pauh sebelum ini kesemua perkara telah beliau dedahkan tentang keburukan parti ini bahkan beliau seperti `orang gila' mengomel di sana sini menceritakan keburukan peribadi DS Anwar sekeluarga.

Namun, yang benar tetap benar, rakyat di Permatang Pauh telah memalukan Raja Sesumpah ini sehingga selepas itu beliau kembali `bertapa' ke Indonesia.

DS Anwar sedikit pun tidak melayani budak yang telah hilang arah ini kerana bagi DS Anwar, Sdr Ezam bukanlah musuh utamanya. DS Anwar seorang yang mengenang budi, walau seburuk atau sebusuk mana pun orang itu, ada juga jasanya pada dia. Kalau lah tidak jasa Sdr Ezam yang membela DS Anwar di era reformasi dahulu, sekurang-kurangnya jasa Sdr Ezam terbesar adalah `membantu' meningkatkan lagi majoriti DS Anwar di Permatang Pauh dalam Pilihanraya Kecil yang lalu. Di Permatang Pauh ketika itu, peranan Sdr Ezam, Khairi (KJ) dan Sumpah Laknat oleh budak Saifol memainkan peranan besar membantu kemenangan DS Anwar sehinggakan menenggelamkan Sumpah Najib di sana.

Kita boleh perhatikan semenjak Sdr Ezam keluar dari PKR dan memasuki UMNO, beliau hanya bangkit bersuara secara terbuka dan mencari publisiti ketika terdapatnya pilihanraya. Sewaktu Permatang Pauh diumumkan untuk Pilihanraya Kecil, maka terpacullah Sdr Ezam di akhbar dan TV sehinggakan tiada rasa segan menawarkan diri untuk bertanding di sana. Malangnya, UMNO sendiri tidak percaya kepada Sdr Ezam dan UMNO hanya terima Sdr Ezam untuk menjadi tukang `salak' di Permatang Pauh. Kini, diumumkan pula Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, nah! muncul lagi Raja Sesumpah ini untuk bersuara. Suara pertama yang zahir dari mulut Sdr Ezam adalah puji-pujian bagi Pak Lah dan tentunya disertakan dengan memburukkan bekas bosnya DS Anwar. Ini memang telah dijangka dan saya sendiri pernah bertaruh dan berkata pada kawan-kawan, kita tunggu dan lihat, pasti Raja Sesumpah ini akan menjelma. Tepat sangkaan saya.

Atas dasar simpati sebagaimana dahulu juga saya bersimpati apabila saya pernah mengesyorkan kepada UMNO untuk mencalonkan Sdr Ezam bertanding di Permatang Pauh, kali ini juga saya masih simpati dan memohon agar UMNO menerima untuk kali terakhir agar Sdr Ezam dibenarkan menjadi calon di Kuala Terengganu. Masakan UMNO langsung tidak menghargai `pengorbanan' besar Sdr Ezam yang sanggup melupakan `kotak-kotak dan fail-fail' rasuah yang ada padanya ? Tidakkah `kotak-kotak' itu banyak mempunyai cerita-cerita dan skandal rasuah ? Bukan mudah untuk melupakan cerita-cerita kotak ini. Tapi, Sdr Ezam telah lakukan dan wajarlah UMNO menghargainya.

Di Permatang Pauh, Sdr Ezam menyanyikan lagu `Ketuanan Melayu' dan `Asas Bangsa' walaupun nyanyiannya itu agak sumbang bila turut dinyanyikan oleh Dato Nalla sahabat karibnya yang baru. Tetapi, di Kuala Terengganu ini nanti apakah lagu tersebut sesuai untuk diperdengarkan ? Calon Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu adalah dari PAS yang sinonim dengan `Ketuanan Islam'. Maka, pada saya lagu lama dari Sdr Ezam kurang sesuai dimainkan di Kuala Terengganu. Beliau mesti berfikir untuk membawa lagu dan rentak yang lain pula jika ingin terus berada di pentas UMNO di Kuala Terengganu nanti. Kita masih teringat kata-kata Sdr Ezam yang menyatakan adalah lebih baik PAS memerintah di Selangor jika dibandingkan dengan PKR. Ini bererti Sdr Ezam yakin dengan PAS untuk memimpin. Oleh yang demikian, atas dasar prinsip jika Sdr Ezam ada prinsip, adalah lebih baik Sdr Ezam berkempen untuk PAS di Kuala Terengganu nanti.

Itu adalah teori dan rasional pada pandangan saya sahaja. Mungkin agak mustahil Sdr Ezam akan membantu PAS di Kuala Terengganu. Cuma saya sarankan agar Sdr Ezam datang lah menjenguk di Kuala Terengganu nanti kalau pun tidak dicalonkan dalam Pilihanraya itu nanti. Mungkin ramai dikalangan rakyat Terengganu masih rindu pada `Sumpah Keramat'nya itu walaupun kempunan untuk mendengar kisah-kisah misteri 6 kotak yang popular suatu ketika dahulu. Untuk lebih menarik lagi, sewaktu berkempen bawalah kumpulan `Reformis' beserta `Raja Bogel'nya sekali sebagai pertunjukan selingan semasa berceramah.

Kempen PRK Kuala Terengganu Sudah Bermula


Wacana Perdana

Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali keenam ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Katanya, keputusan untuk menurunkan lagi harga minyak dibuat ekoran harga minyak dunia yang turun secara ketara akhir-akhir ini.

Perdana menteri berkata, Kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya.

Kali ini kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen seliter berbanding 15 sen sebelum ini.