
SHAH ALAM 7 Nov. – Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini menerima permohonan habeas corpus bagi pembebasan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin daripada ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau diperintahkan dibebaskan serta merta. - Utusan

Perisian sumber terbuka jimatkan RM32 juta - Mohd Sidek
05/11/2008 9:06pm
PUTRAJAYA 5 Nov — Pelaksanaan inisiatif perisian sumber terbuka (OSS) oleh agensi dan jabatan kerajaan membolehkan kerajaan menjimatkan RM32 juta, termasuk penjimatan sebanyak RM10 juta dalam projek perintis dan pelaksanaan OSS di 15 agensi sejak 2004.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata penjimatan itu turut merangkumi RM22 juta yang meliputi penggunaan perisian “OPenOffice” ke atas 10,682 komputer dan pengunaan 174 produk Open Source Competency Center (OSCC).
Katanya peningkatan penggunaan OSS mampu meningkatkan perkhidmatan teknologi komunikasi maklumat (ICT), sekaligus membangunkan industri ICT tempatan secara keseluruhan.
“Peningkatan ini mampu menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta membantu melonjakkan negara ke status negara maju dengan lebih cepat.
“Penggunaan OSS juga merupakan penyelesaian alternatif yang lebih kompetitif, saling beroperasi dan menjimatkan perbelanjaan pelaksanaan ICT,” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perisian Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia (MyGOSSCON) 2008 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Datuk Normah Md Yusof.
Mohd Sidek berkata adalah amat penting untuk jabatan dan agensi kerajaan mencari jalan untuk melakukan penjimatan dalam apa jua perbelanjaan, selaras dengan kedudukan ekonomi global yang kurang mantap pada ketika ini.
“Adalah menjadi tanggungjawab ketua agensi untuk merancang pembangunan dan pelaksanaan semua projek termasuk ICT,” katanya.
Beliau berkata penggunaan OSS tidak hanya terhad kepada jabatan dan agensi kerajaan, bahkan ia turut mampu meningkatkan perkhidmatan ICT institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA & IPTS) menerusi kolaborasi bersama sektor awam dan swasta.
“Kolaborasi seperti ini boleh menghasilkan lebih banyak produk dan perkhidmatan berinovatif bagi memenuhi keperluan perkhidmatan awam,” katanya.
— BERNAMA
Ikhlas Dariku - Akhil Hayy
Aku bukan seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga
Jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..
Tuhan,ku mohonkan keampunan
keterlanjuranyang berulang kali
teman,kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..
Aku bukan seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga
Jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..
Tuhan,ku mohonkan keampunan
keterlanjuranyang berulang kali
teman,kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..
Labels: nasyid
Anak-anak masa depan...
Penuh pengharapan
Tak cukup ruang..
Melentur buluh
Tiada kekuasaan melainkan kekuasaan Engkau
Masya Allah...
Sayap kiri perjuangan.....
Putih itu suci...
Bukakanlah pintu hati mereka ya ALLAH..
Hanya Engkau tempat ku bermohon Ya Allah..
Titisan pengharapan..
Kami amat berterima kasih kepada kerajaan kerana begitu bermurah hati untuk tidak menurunkan harga minyak melebihi 15sen. Kerajaan begitu memahami keadaan yang dilalui oleh kami sekiranya penurunan tersebut menjangkau 20-30sen secara sederap.
Ini adalah kerana terdapat beberapa lagi tangki minyak yang masih penuh dan tidak dapat dijual pada harga 2.30sen. Kami telah membeli stok minyak tersebut dengan harga yang tinggi dan adalah menjadi satu bebanan untuk menjual kembali pada harga yang rendah.
Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kami dibebani dengan banyak masalah kewangan sekiranya kerajaan menurunkan harga minyak dengan mendadak. Antara masalah yang dihadapi ialah;
1. Kami terpaksa membatalkan percutian hujung tahun keluarga kami ke Greece atau sekurang-kurangnya menukar haluan percutian kami hanya ke Kepulauan Maldives sahaja.
2. Kami tidak dapat mengirimkan wang lebih kepada anak-anak kami yang menyambung pelajaran di Oxford. Mungkin Anak-anak kami di sana tidak dapat menonton wayang di waktu lapang.
3. Kami juga tidak dapat membayar OT kepada pekerja bangladesh yang bekerja separuh mati.
4. Kami terpaksa menukar hadiah untuk anak bongsu kami daripada sebuah Toyota Caldina kepada hanya Toyota Vios sempena lesen P yang baru diperolehi.
5. Langganan Astro MAX juga terpaksa kami potong demi mengurangkan kos sarahidup.
Dengan ini, kami sangat-sangat berterima kasih kepada kerajaan yang begitu prihatin terhadap masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh kebanyakkan pengusaha seperti kami.
Kami bersyukur kerana akhirnya dapat juga kami sekeluarga bercuti ke Greece dan bersantai di lautan mediteranian. Jika tidak, kami terpaksa bercuti hanya ke kepulauan Maldives dan untuk pengetahuan pihak kerajaan juga, percutian kami di Gold Coast tahun lepas tidaklah begitu memberangsangkan, sebab itu adalah penting bagi percutian kami pada hujung tahun ini.
Berkenaan kenaikkan harga minyak 78sen pada bulan Jun yang lalu, kami langsung tidak menutup tangki untuk dijual kepada pengguna. Kalau tak percaya, boleh tanya bangla yang tinggi-tinggi tu, nama dia Sudalama.
Terima kasih Kerajaan Malaysia.
Pengusaha Stesen Minyak
Cawangan Jalan Maarof
dan cawangan Hentian Rehat Seremban
(Kami cuma ada dua stesen sahaja)
Labels: minyak

Sila renungkan berita tersebut....
Petrol mungkin kembali RM1.92 seliter
JOHOR BAHRU 10 Okt. – Dengan harga minyak dunia kini turun kepada AS$82 (RM287) setong, kerajaan membayangkan harga petrol di negara ini dapat kembali dijual pada harga RM1.92 seliter seperti dua tahun lepas jika harga minyak global jatuh di bawah AS$72 (RM252) setong.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, fenomena itu dijangka berlaku jika permintaan minyak mentah di pasaran dunia menurun dan tercetus kemelesetan ekonomi dunia.
“Kalau kita mahu menikmati semula harga petrol RM1.92 seliter, maka harga minyak dunia perlu turun mencecah AS$72 setong.
“Harga minyak dunia semakin menurun dan penurunan harga boleh berlaku sekiranya kurang permintaan di negara maju seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat (AS),” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan penaiktarafan kilang zip, YKK (M) Sdn. Bhd., yang bernilai RM6.4 juta di Larkin di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan YKK, Sakato Nagasaki.
Penurunan kali terakhir harga petrol dan diesel di negara ini ialah pada 24 September lalu dengan harga minyak petrol jenis RON 97 turun kepada RM2.45 seliter, RON 92 kepada RM2.30 seliter, manakala diesel kepada RM2.40 seliter.
Sebelum itu, harga petrol ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.
Menurut Shahrir, penurunan harga minyak oleh kerajaan dibuat berpandukan fakta mengikut kadar pertukaran ringgit dengan dolar AS.
Jelasnya, jika nilai ringgit meningkat berbanding dolar maka harga minyak akan dapat diturunkan ke paras yang lebih rendah.
Katanya, keputusan mengenai penurunan harga minyak akan diketahui pada mesyuarat kabinet akhir bulan ini.
Sementara itu, Shahrir memberitahu, bukan kesemua barang keperluan di negara ini dapat dikawal harganya kerana ketiadaan mekanisme harga.
Contoh, terbaik, katanya, ialah santan kelapa.
“Santan tidak boleh dikawal kerana kita tidak tahu sukatan kepekatannya. Ada permintaan santan pekat dan santan cair, ini perkara logik yang harus difahami pengguna,” katanya.
Bagaimanapun, jelas beliau, kerajaan mengawal harga kelapa parut yang termasuk dalam 17 barangan kawalan pada musim perayaan.
Menurutnya, sebanyak 600,000 biji kelapa dari Indonesia telah diimport menerusi FAMA pada musim Hari Raya Aidilfitri lalu bagi membantu mengawal harga santan.
Shahrir menjangkakan tiada masalah permintaan akan berlaku pada perayaan Deepavali hujung bulan ini.
Dan ini kenyataan dari menteri yang sama.
Penurunan harga minyak tak melebihi 15 sen
JOHOR BAHRU: Penurunan harga minyak runcit tempatan yang dijangka berlaku akhir bulan ini tidak akan melebihi 15 sen.
Perkara itu dinyatakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, di sini, hari ini.
Ni kenyataan tentang harga minyak semasa
Petrol turun 15 sen lagi?
KUALA LUMPUR 25 Okt. – Ekoran harga minyak mentah global turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini, kerajaan membayangkan akan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel pada akhir bulan ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu.
Beliau yang juga Menteri Kewangan mengulas penurunan harga minyak mentah dunia sehingga AS$62 (RM221.34) setong kelmarin.
Dalam pada itu, para penganalisis meramalkan fenomena penurunan harga minyak itu akan berterusan.
Mereka menjangkakan harga minyak mentah bagi pasaran Amerika Syarikat akan turun sehingga AS$50 (RM178.50) setong tahun depan.
Harga minyak mentah dunia tiga bulan lalu ialah AS$147 (RM524.79) setong, iaitu paras tertinggi dalam sejarah
Nampak gaya nya penyakit flip-flop ni dah menular ke semua menteri. Ingatkan ketua saja yang ada penyakit ni, rupa-rupanya anak buah pun dah terkena.. Macam aku cakap la, terjun dalam politik sama macam terjun dalam lubang taik! apa yang diorang cakap semua tak boleh percaya.
Aku bukanlah penyokong PKR yang gila isim nak jadi PM tu, konon2 utk ketuanan rakyat la, ape la.. taik jer semua tu, tak payah nak tipu la.. Korang pun sebenar nya gilakan kuasa juga. Kalau korang ada kuasa, korang akan buat perkara yang sama, jangan cakap la korang bergegar-gegar semua ni untuk membela nasib rakyat! piiiraahhh... Banyak perkara yang boleh berlaku jika DSAI jadi PM, mungkin kawan-kawan muhibbah nya yang paling gembira dengan semua ni.
Pun begitu, menyokong KERAjaan bukanlah penyelesaian yang baik, kalau di lihat sekarang pun, ada manusia yang nak menongkat langit, selagi tak mati, selagi tu lah nak duduk kat kerusi tu. Signal dah banyak dah rakyat bagi, PRU-12, P44, Peralihan kuasa, dll. tapi itu pun tak sedar. tak tau la sama ada dia tak sedar atau buat-buat tak sedar.
Melihat kepada keadaan UMNO yang semakin tenat, makin gila kuasa. La ni, trend menipu terang-terangan pula. Apa kejadah semua ni? Rakyat pilih korang semua untuk menyenangkan rakyat, bukannya nak menyusahkan rakyat!!! kalau rasa-rasa tak reti kerja, turun la mangkok!!!!
Sudahlah, Apa yang aku tau, undi aku masa PRU13 nanti aku taknak pangkah mana-mana, baik PKR ataupun UMNO/BN. conteng jer kertas undi tu lagi baik! Tu tanda protes aku. Biar sama-sama tak dapat.
kalau macam ni la, aku doakan penggal ni adalah penggal last diorang pegang kuasa, lepas ni TAKKAN dapat dah kat korang. UMNO sekarang dah tak macam UMNO dulu, tapi apa boleh buat?? diorang sendiri yang pilih jalan yang macam ni.
Labels: minyak

ADUN BN, Pas berbesan (Utusan Malaysia)
TANAH MERAH 18 Okt. - Perbezaan politik tidak menjadi halangan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Bukit Bunga, Mohd. Adhan Kechik untuk berbesan dengan ADUN Pas Sungai Abong, Johor, Dr. Sheikh Ibrahim Salleh.
Anak perempuan wakil rakyat BN itu, Ernie Muneerah, 25, disatukan dengan anak wakil rakyat Pas, Salleh, 25, dalam majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman Mohd. Adnan di sini hari ini.
Kedua-dua mempelai bertugas sebagai pegawai penyelidik Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang cuma dipisahkan oleh tempat kerja iaitu Ernie di Putrajaya manakala suaminya di Jerantut.
Bagi Mohd. Adhan, hubungan anak perempuannya dengan menantu tidak perlu dihalang hanya atas sebab perbezaan parti kedua-dua bapa, kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.
''Sebaliknya mungkin memberikan kesan buruk bila kasih sayang mereka berdua disekat. Selaku bapa, saya ingin melihat anak saya bahagia apabila ditakdirkan mereka berdua bersatu.
"Sama dengan politik, kita tidak mahu mendapat susah kerana cuba menghalang sesuatu yang baik yang akhirnya membawa kesan kepada generasi akan datang," katanya.
Sementara Sheikh Ibrahim pula berkata, atas dasar kasih sayang, agama dan bangsa, perbezaan politik dapat diketepikan jika ada keikhlasan di dalam hati untuk memastikan anak-anak bahagia.
Salleh dan Ernie Muneerah pernah bertemu sewaktu zaman persekolahan namun terpisah kerana pekerjaan keluarga.
"Tidak sangka pula kami berdua bertemu semula sewaktu belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia ketika kami mengambil jurusan yang sama, dalam kursus ijazah Biologi Molekul.
''Kami berkenalan rapat selama tiga tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin hari ini. Ibu bapa memberi sepenuh restu," ujar Salleh.
Dipetik dari MSOmelayu
Anjakan Paradigma Politik Orang Melayu
POLITIK orang Melayu sebenarnya sudah jauh berubah. Sudah berlaku anjakan paradigma. Mengapa dikatakan begitu, kerana jika orang Melayu (Kelantan) masih mengamalkan politik tahun-tahun 60-an tidak mungkin Adun Bukit Bunga, Mohd Adhan Kecik (foto) bersedia untuk berbesan dengan Adun Sungai Abong, Johor Dr Sheikh Ibrahim Salleh.
Kedua wakil rakyat berkenaan tidak menganuti ideologi politik yang sama. Mohd Adhan orang Umno totok manakala Dr Sheikh Ibrahim Salleh pula orang Pas. Mungkin Sheikh Ibrahim bukan Pas totok kerana beliau orang Johor.
Saya yakin kalau pembawaan politik orang Kelantan masih seperti 40 tahun lalu kedua anak dara dan anak bujang wakil rakyat berkenaan akan hadapi masalah besar. Tidak mudah untuk mereka membina masjid kerana orang tua masing-masing tidak sehaluan dan berbezan anutan politik.
Namun kerana telah berlaku anjakan paradigma politik orang Melayu Kelantan, kedua mereka Salleh Sheikh Ibrahim, 25 dan Ernie Muneerah Mohd Adhan, 25 dengan selamatnya diijab kabulkan sebagai suami isteri di rumah Mohd Adhan di Tanah Merah semalam.
Pernah berlaku sebelum ini bagaimana sepasang kekasih terpaksa membatalkan niat mereka untuk bersatu disebabkan orang tua masing-masing berlainan fahaman politik. Cinta yang suci harapan yang tinggi dimusnahkan kerana politik.
Betapa kolot dan sempitnya politik orang Melayu ketika itu. Mereka begitu fanatik dan kemas berpegang kepada fahaman yang difatwakan oleh alim ulama politik. Orang Pas tidak boleh berkahwin dengan orang Umno kerana mereka dianggap kafir. Umno dituduh kafir kerana berkawan dan mengambil orang Cina sebagai pemimpin.
Ada terdapat kenduri sudah dibuat, orang sudah dijemput namun perkahwinan dibatalkan apabila diketahui salah seorang pasangan itu bukan sealiran (separti politik). Begitu juga suami isteri yang sudah berkahwin beranak pinak dan bercucu tetapi akhirnya bercerai disebabkan perbezaan politik dan saling keras untuk tidak bertolak ansur dan utuh berpegang pada kepercayaan itu.
Demikian jahat, kotor dan parahnya politik orang Melayu berberapa dekad dulu. Siapakah yang menanggung dosa atas kemusnahan dan kehancruan ini semua? Bukan sedikit 'masjid' atau 'surau' hancur dan dimusnahkan kerana kepercayaan karut itu.
Alhamdulilah kini sudah berubah. Kesedaran atas kekhilafan itu sudah pun berlalu. Kini tidak ada lagi isu kafir mengkafir, fasik memafizikkan antara satu sama lain.
Orang Pas sudah boleh duduk bersama, berbincang bahkan untuk kebaikan bersama. Orang Pas bukan saja menolak keyakinan melibatkan akiqah tetapi juga sudah perlahan-lahan meninggalkan dan mengambil apa yang menjadi kepercayaan politik (dalam tektik dan strategi) yang diamalkan oleh Umno yang dianggap sebagai kufur sebelum ini.
Bahkan kini Pas bukan saja menafikan fatwa tahun 60-an itu tetapi telah mengeluarkan fatwa baru bahawa orang kafir bukan saja boleh setakat menjadi penyokong, tetapi untuk menjadi ahli atau anggota parti pun dibenarkan. Kitab-kitab baru yang selama ini terselit di rak ditemui oleh pemimpin muda Pas yang progresis dan dinamik.
Baguslah. Kepada Adhan dan Sheikh Ibrahim diucapkan syabas dan tahniah kerana berbesan semoga mereka dikurniakan cucu yang soleh dan solehah dan kedua anak mereka akan terus menjadi duta di kedua buah negeri berkenaan merapatkan hubungan Kelantan - Johor. Selepas ini hendaknya ada lagi perbesanan antara orang Pas dengan orang Umno yang berstatus pemimpin. [wm.kl 8:30 am 19/10/08]