
Photo Credit : msomelayu
Keputusan Rasmi
Anwar : 31,195 undi
Arif Omar : 15,524 undi
Hanafi : 92 undi
Majoriti : 15,971 undi
Tidak Rasmi (9.25 malam)
Anwar : 31,172 undi
Arif Omar : 15,045 undi
Hanafi : 89 undi
Majoriti : 15,534 undi
Salam rakan bloger semua, mungkin saudara semua tengah pening di saat ini dengan permainan politik sekarang ini, hari-hari kita disajikan berita-berita yang meloyakan. Apa kata kita rehat minda buat sementara dan hayatilah iklan baru Petronas yang ditunggu-tunggu oleh Kuda Trojan saya sempena hari kemerdekaan.
BUKIT MERTAJAM 24 Ogos - Seorang demi seorang bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima ugutan supaya berhenti mendedahkan kepincangan kepimpinan parti itu dan meninggalkan kawasan Permatang Pauh menjelang hari pengundian pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, Selasa ini.
Selain bekas rakan tenis penasihat PKR, Datuk S. Nallakaruppan, bekas Ketua Angkatan Muda parti itu, Ezam Mohd Noor juga menerima pelbagai pesanan ringkas (SMS) termasuk ugutan bunuh supaya keluar meninggalkan Permatang Pauh.
Ketika ditemui pemberita selepas majlis ceramahnya di sini malam tadi, Ezam berkata, SMS sedemikian semakin meningkat dalam tempoh sehari dua ini.
“Pelbagai ugutan mula saya terima sejak saya datang ke Permatang Pauh tetapi dalam tempoh sehari dua ini, ugutan yang lebih serius termasuk ancaman bunuh terhadap saya, ibu, anak serta isteri dihantar kepada saya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, ugutan-ugutan itu tidak diendahkannya dan ia tidak mematahkan semangatnya untuk membantu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh. - Bernama
Dipetik dari blog SUARA SUKJ,
Jika TV3 telah dirasuk syaitan, adakah kini Ezam Mohd Noor pula terkena penyakit Sawan?
Ada sesetengah orang memanggil penyakit sawan ini dengan nama penyakit 'Gila Bab...?
Seperti mana yang selalu saya sebut sebelum ini, bila berlangsungnya PRU atau PRK saya menonton TV3 bukan untuk melihat berita tetapi mahu melihat Propaganda.
Sebentar tadi dalam Buletin Utama TV3, kita dapat saksikan bagaimana bekas orang kuat PKR Saudara Ezam Mohd Noor berkempen dengan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara yang paling saya tertarik sekali ialah melihat Ezam berucap dengan penuh emosi hinggakan dirinya seolah-olah sudah terkena penyakit sawan atau gila bab...?
Saya ingin bertanya:
1) Kitab apa yang Ezam baca...nak kutuk Anwar Ibrahim tetapi pada masa yang sama cuba mengikut 100% 'style' atau gaya Anwar Ibrahim berucap?
2) Sekolah mana Ezam belajar...nak kutuk Anwar Ibrahim tetapi pada masa yang sama cuba nak ikut 100% 'intonasi' Anwar Ibrahim berucap?
3) Dimana letaknya 6 kotak yang beliau laung-laungkan sebelum ini? Adakah kota-kotak itu telah disandarkan di 'Pajak Gadai'...?
Bagi saya jika nak berucap dengan tujuan nak kutuk orang atau nak hentam orang, gunakanlah identiti sendiri kenapa pula perlu meniru gaya Anwar Ibrahim kemudian pada masa yang sama anda sendiri telah taksub 100% dengan gaya Anwar Ibrahim berucap.
Apa yang membanggakan saya ialah kebetulan selepas TV3 menyiarkan ucapan Ezam, ia disusuli pula ucapan oleh Ahli Parlimen Rembau iaitu YB Khairy Jamaluddin. Jelas kita semua dapat saksikan KJ memang ada identiti tersendiri...gaya tersendiri...serta intonasi yang tersendiri bila beliau berucap dalam kempen berkenaan.
Masihkan rakan blogger ingat kempen '18 tahun pade doh' di Kelantan pada pilihanraya umun yang lain, dan kini beliau berhasrat untuk kuburkan DSAI di Permatang Pauh.
Pesanan Kuda Trojan saya kepada beliau, jangan takbur!.

Walaupun tidak terpilih sebagai calon untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh, namun Kuda Trojan ku tak jemu untuk berkempen bagi memastikan DSAI gagal pada 26 Ogos nanti. Tahniah diucapkan kepada Kuda Trojan kerana Buletin Utama tadi banyak memaparkan ceramah Kuda Trojan saya, hampir 10 minit slot Kuda Trojan saya dimuatkan. Kuda Trojan ku masih hebat!!!!!!!!!!
