
Dipetik dari blog Melayubuntu
Selepas 3 tahun dibangunkan, OpenOffice.org kini mencapai angka kematangan "3" dan sedia untuk didownload secara percuma dari laman web rasminya. OpenOffice.org merupakan perisian altenatif kepada Microsoft Office. Tidak kiralah anda pengguna windows, mac osx mahupun linux, anda boleh memasang openoffice.org dan menggunakannya secara percuma tanpa perlu membayar walau 1 sen.
OpenOffice.org kini menunjukkan sambutan yang sangat menggalakkan di Malaysia dan digunakan secara rasmi di pejabat kerajaan negeri seperti Terengganu, Kedah, Pahang, Melaka dan bakal digunakan secara beransur-ansur oleh pelajar sekolah mulai tahun hadapan.
Saya secara peribadi telah mencuba OpenOffice.org 3.0 versi beta dan telah review berkenaan fungsi terbaru perisian ini disini.
OpenOffice.org 3.0 kini mampu membuka kesemua fail yang dihasilkan oleh Microsoft Office 2003 - doc etc., mahupun Microsoft Office 2007 - docx etc.
OpenOffice.org 3.0 akan terdapat dalam Ubuntu Intrepid Ibex 8.10 yang bakal terbit pada 30hb 10 ini. Semoga segalanya berlaku seperti dirancang dan semoga versi 8.10 ini akan jauh lebih baik dan stabil dari versi-versi sebelumnya.

Dipetik dari Blog Kulatlapok
Boleh dikatakan kebanyakan blog yang aku terokai pagi ini semua mengisahkan kemurahan kerajaan negeri Melaka menganugerahkan 'Datuk' kepada pelakon bolywood terkenal. Dahulu isu penganugerahan ini menjadi topik panas bilamana Melaka merupakan negeri yang melambakan anugerah Datuk paling banyak selepas Datuk Ali dipilih menjadi Naib Presiden UMNO. Kali ini seperti ada 'udang disebalik batu' apabila anugerah kepada pelakon tersebut ada kaitannya dengan jawatan yang bakal ditandinginya pada pemilihan UMNO Mac depan.
Alasan pengiktirafan tersebut, menurut kenyataan Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, En. Saadun Basirun (Akhbar Sinar Harian - 11 oktober - N13) : "IALAH KERANA KEMASYHURAN NAMA DAN POPULARITINYA DI KALANGAN PEMINAT DI NEGARA INI DAN USAHA KOMITEDNYA MEMARTABATKAN SENI DI MATA DUNIA"
Sila baca kenyataan dari SUKJ di bawah ini mungkin ada kebenaranya:
Alasan yang diberikan oleh pemerintah kerajaan negeri Melaka diatas penganugerahan Datuk ini tentunya berbeza dengan persepsi rakyat kebanyakan. Manakala bagi seorang 'Blogger 3rd Class' seperti saya ini sudah tentu mempunyai penilaian dan persepsi yang lebih kehadapan dari rakyat biasa. Persepsi dan penilaian saya adalah seperti berikut:
1) Melaka memang telah dikenali sebagai negeri 'pemurah dan pemudah' untuk anugerah Datuk. Ini kerana Gabnornya terdiri dari pemimpin-pemimpin UMNO.
2) Walaupun Shah Rukh dikurniakan Datuk tetapi beliau tidak hadir pada hari ini. Ini bermakna sudah tentu satu tarikh khas dan satu majlis khas akan diatur untuk anugerah kepada Shah Rukh Khan. Bila agaknya..?
3) Bila agaknya mungkin Datuk Ali Rustam lebih tahu tarikh tersebut.
4) Tidak dinafikan Datin Seri Rosmah Mansor isteri Najib memang minat sangat dengan pelakon-pelakon Hindi yang terkenal.
5) Jadi kehadiran Shah Rukh memang dirancang khas dimana akan ada majlis khas tertentu yang akan dihadiri oleh Datin Seri Rosmah Mansor.
6) Kesimpulannya, jika pemimpin dan bekas pemimpin UMNO di Melaka mahu 'membodek' Datuk Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri, maka UMNO Melaka perlulah menjaga hati Datin Seri Rosmah Mansor.
Kulat: Sependapat dengan SUKJ. Kita lihat dimana rasionalnya anugerah ini diberikan kepada pelakon bolywood ini. Apa jasa-jasanya yang telah dicurahkan untuk pembangunan dan kemajuan negeri Melaka? Apa cabang seni yang telah dia 'martabatkan'? Dondang sayang? Nazam? Joget? Ghazal? Adalah lebih baik ianya diberikan kepada artis2 di negara kita yang telah berjasa dan menaikan imej negara. Apapun kita tunggu dan lihat apa kenyataan dari pemimpin2 UMNO. Kalau di Melaka sudah tentu menyokong tanpa berbelah bagi.
Sejak akhir-akhir didapati banyak betul duit orang PAS, lihatlah banner di atas sana, berapa agaknya kos pencetakan tersebut. Tujuan banner tersebut hanyalah utk menyampaikan maklumat kepada orang ramai ttg ceramah yg bakal diadakan, lepas tu dah tak pakai lagi. Alangkah baiknya sekiranya orang PAS hanya menggunakan poster sahaja (berlatarbelakang putih, wording warna hijau), bukankah ianya lebih menjimatkan. Kuda Trojan saya berpendapat ianya satu pembaziran. Alangkah baiknya sekiranya kos pencetakan banner tersebut digunakan utk mencetak banner berunsurkan dakwah seperti 'Terima Kasih Kerana Menuntut Aurat', 'Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan' dan banyak lagi yang lebih berfaedah daripada tersebut.

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. – Utusan.
Dulu
Kini
Al-quran merupakan pegangan hidupnya, setiap kali persidangan kitab suci Al-Quran akan diletakkan dihadapan beliau.
Dan ini pula laporan Utusan Malaysia,
Teresa kurang sopan pakai skirt di masjid
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa menegur Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim kerana tidak berpakaian sopan ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.
Beliau berkata, pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid.
Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian.
"Memang nampak kurang manis kerana dia seharusnya memakai pakaian yang elok sedikit dan perlu menghormati masjid. Mungkin juga pembantunya terlepas pandang.
"Mungkin juga Teresa baru balik dari majlis lain dan singgah sebentar ke masjid itu untuk memenuhi jemputan berbuka,'' katanya kepada Mingguan Malaysia ketika majlis khatam al-Quran dan penyampaian sumbangan hari raya di Masjid Al-Imam Al-Tirmizi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai gambar Teresa dalam laman blognya yang memaparkan beliau hanya memakai skirt dan tidak menutup aurat semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.
Tambah Zakariah, pihak pengurusan masjid tu juga seharusnya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap pengunjung bukan Islam.
Katanya, jubah seharusnya disediakan untuk mengelakkan pengunjung bukan Islam masuk ke dalam masjid dalam keadaan tidak sopan.

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Drama tebusan membabitkan kapal tangki Malaysia, Bunga Melati 5 berakhir apabila kapal berkenaan dibebaskan oleh kumpulan lanun yang menahannya sejak dua minggu lalu.
Pengarah Program Bantuan Pelaut Afrika Timur (EASAP), Andrew Mwangura berkata, kapal tersebut dibebaskan bersama semua anak kapal selepas sejumlah wang tebusan dibayar.
“Wang tebusan itu dihantar oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berada di kawasan berkenaan kepada lanun-lanun tersebut,” katanya seperti yang dipetik oleh agensi berita Reuters.
Mereka dibebaskan semalam pada pukul 6.25 petang waktu tempatan.
Sementara itu, sumber-sumber Kementerian Pertahanan memberitahu, kesemua anak kapal Bunga Melati 5 selamat dan telah mendapat bekalan makanan.
Dalam pada itu, sumber tersebut memberitahu, usaha sedang giat dijalankan bagi membebaskan sebuah lagi kapal tangki, Bunga Melati 2 yang masih ditahan.
Menurutnya, ketika ini kapal tersebut masih di perairan Teluk Aden untuk menunggu pembebasan kapal Bunga Melati 2 dengan 39 anak kapal termasuk 29 rakyat Malaysia.
“Kapal Melati 5 akan ke Pelabuhan Djibouti atau Pelabuhan Aden untuk mengisi minyak dan mendapatkan bekalan.
“Waktunya belum ditentukan lagi kerana masih menunggu pembebasan Bunga Melati 2. Tetapi kalau lama sangat nak dibebaskan, Kapal Melati 5 akan meneruskan perjalanan ke pelabuhan itu dulu,’’ katanya.
Pada 19 Ogos lalu, sebuah kapal MISC iaitu kapal MT Bunga Melati 2 dengan 29 anak kapal rakyat Malaysia dan 10 warga Filipina dirampas oleh lanun di perairan tersebut menyebabkan seorang anak kapal dari Filipina terbunuh terkena peluru sesat.
Sepuluh hari kemudian, kapal MISC, Bunga Melati 5 dengan 36 anak kapal rakyat Malaysia dan lima warga Filipina turut dirampas di perairan sama ketika dalam pelayaran dari Yanbu, Arab Saudi ke Singapura.
Setelah sekian lama kita merindui suara dan komen Raja Sesumpah Ezam Mohd Noor, kini beliau muncul kembali tanpa rasa segan dan silu. Semenjak berakhirnya Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi dengan majoriti besar oleh DS Anwar, kita tidak mendengar lagi suara Raja Sesumpah ini dan dikatakan membawa diri ke luar negara. Ezam Mohd Noor sebenarnya telah gagal di dalam misi beliau di Permatang Pauh sekaligus membuktikan kepada ahli-ahli UMNO bahawa kemasukannya ke dalam UMNO ibarat `ada tidak menambah, tiada tidak mengurang'.
Siapakah ahli atau pemimpin UMNO yang percaya dengan Ezam ini? Beliau diterima masuk ke dalam UMNO bukan kerana kepercayaan pimpinan UMNO kepadanya jauh sekali kerana ketokohannya, tetapi adalah kerana untuk melihat sendiri bagaimana `pencak silat' Ezam ini apabila berhadapan dengan gurunya DS Anwar Ibrahim.
Ternyata di Permatang Pauh, pencak silat Ezam tidak keruan lakunya dan teramat sumbang gayanya. Usahkan untuk berhadapan dengan DS Anwar, jika begitulah persembahan pencak silat Ezam untuk berhadapan dengan Chekgu Bard (Badrulhisham) pun belum layak.
Akibat dari tari silat yang sumbang di Permatang Pauh, Ezam telah dimalukan sehinggakan membuat beliau terkedu sekian lama. Beliau cuma berharap kepada regu silatnya iaitu Nallakarupan, tetapi siapa lah Dato Nalla yang mahu diajak oleh Ezam berpencak berdepan dengan DS Anwar?
Tiba-tiba Raja Sesumpah ini muncul kembali, mungkin di dalam misi yang lain iaitu untuk menyelamatkan Pak Lah yang kini `nazak' dalam kerjaya politiknya. Tanpa rasa serik, malu dan segan, Ezam terus menjadikan DS Anwar sasarannya. Beliau terlupa atau buat-buat lupa bahawa ketika beliau sibuk menghentam DS Anwar, indeks rasuah negara ini semakin meningkat.
Bukankah Ezam ini sinonim dengan isu rasuah, tetapi terkedu sekarang dari membicarakan soal itu kerana musuh beliau sekarang cuma satu iaitu DS Anwar. Di dalam akhbar baru-baru ini beliau menyuarakan rasa syukurnya kerana Pak Lah tidak melayan `gertakan' DS Anwar untuk berjumpa.
Betul kah Pak Lah tidak melayan? Kenapa mesti ada rombongan sertamerta MP Parlimen ke Taiwan menjelang 16 Sept? Bukankah Ezam selalu berkata, berani kerana benar, tetapi kenapa Pak Lah tidak berani berjumpa DS Anwar dan tidak berani memanggil sidang Parlimen? Sepatutnya Ezam menasihatkan Pak Lah, "LAWAN TETAP LAWAN". Dan katakan lagi pada Pak Lah, "JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN KALAU TAKUT HADAPI RISIKO".
Atau, Ezam boleh menasihati Pak Lah untuk mengadakan `Sumpah' pula mengatakan DS Anwar berbohong.
Mungkin ramai di antara kita sendiri sebenarnya tidak tahu benar atau tidak DS Anwar berjaya mendapatkan sokongan MP Parlimen untuk menyertai Pakatan Rakyat. Sebab itulah kita berharap Pak Lah berani bersua muka dengan DS Anwar untuk mengetahui kebenaran dakwaan DS Anwar. Pada kita, sasaran mesti ada tetapi jika melampau sasaran tarikh yang ditetapkan bukan bererti kita berhenti setakat itu. Sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin memuncak sekarang berikutan tingkah laku Pak Lah sekarang. Semua yang dilakukan oleh Pak Lah sekarang serba tidak kena dan huru hara, maka terbentuklah kaedah `suka sama suka' di dalam menukar jawatan kabinet baru-baru ini. Memang benar kata orang, di zaman Pak Lah menjadi PM, banyak yang pelik-pelik berlaku. Apa pun yang Pak Lah akan kata dan lakukan, sudah tentu Ezam akan mengangguk bagaikan burung belatuk.
Bersamalah kita lihat selepas ini, apakah misi Ezam akan berjaya setelah misi beliau di Permatang Pauh kecundang. Janji Ezam untuk menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak menjelang 31 Ogos juga kecundang. Misi beliau masih banyak, mungkin di antaranya menentukan Khairy memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO yang bakal ditandingi nanti. Soal rasuah, lupakan sahaja wahai Ezam.
WFAUZDIN NS