Di sini saya amat tertarik dengan salah seorang hamba Allah (zul_car_9) yang mengulas ttg politik berasaskan kaum dan politik perkauman akan berkubur. Inilah masalahnya jika kita memisahkan politik dengan agama (politik suku, agama suku). Berikut adalah komem beliau di dalam Blog Dr Khir.

saya mulakan hujah dengan penghayatan perjuangan rasulullah... perjuangan tanpa membataskan perkauman, kabilah, pangkat dan darjat telah ternyata membawa islam keseluruh pelosok dunia... alhamdulillah.. pada hari ni juga kita dikabarkan dengan pengislaman michael jackson atau nama islamnye mikaeel...

hujah saudara yang menyebelahi kepada kekuatan bangsa semata-mata pada hemat saya masih bukan yang terbaik. Mungkin latar belakang dan asal usul kehidupan saudara membuatkan saudara berkeyakinan bahawa perjuangan umno itu sahaja yang terbaik.. sedih dan terlampau sedih.. memikirkan hal ini...

saya pernah membaca artikel mengenai saudara yang tidak mahu dilabelkan sebagai pengecut.. memang saudara punyai sifat kejantanan.. tapi kenapa masih meletakkan batasan ataupun boundary..kenapa perlu disempitkan laluan perjuangan..kenapa masih pengecut untuk merubah haluan.. kenapa begitu taksub pada penjajahan umno? lihatlah kebinasaan bertahun yang mereka cipta.. adakah umno solid? nilai2 lah...buatlah solat istikharah..

sedia maklum, malaysia negara pelbagai kaum.. pemisahan kepada politik perkauman hanya akan meranapkan pembinaan negara bangsa dan melemahkan perpaduan... memang benar ada isu yang perlu dilakukan dengan kebijaksanaan seperti ekonomi dan hal-hal sulit.. tapi pemisahan akan lebih membawa kepada kerenganan semata-mata.. kita tidak kuat.. kita masih bersikap racist.. dan terlampau taksub dengan perkara ini.. sedarilah politik masa hadapan akan menguatamakan kualiti dan bukan majoriti semata-mata.. anjakan untuk menghindarkan politik perkauman yang memualkan dan membataskan ini perlu dilakukan secepat mungkin..

Saya cukup bertuah, ibu diberikan hidayah untuk memeluk islam.. dan kami dapat berkongsi pandangan dan pendapat.. malaysia hanya akan lebih baik jika pemimpinnya sedia berubah dan menjauhi isu perkauman.
kami tidak nampak kemajuan didalam politik umno... tetapi politik pembangkang jauh kehadapan... kami bukan menilai dari isu remeh. tetapi dari visi, misi, agenda dan keinginan rakyat untuk kehidupan lebih baik...

perlu diingat, malaysia bumi bertuah, hujan melimpah ruah, gali tanah ada hasilnya, pokok tumbuh segar, perlabuhan utama.. laluan perdagangan sini sana, perkilangan bersepah, hasil bumi pun tak terkira..
tetapi apakan daya.. pemimpin kelas kedua,
rakyat malaysia berhak untuk kehidupan lebih baik...

0 comments: