Apa nak jadi dengan Kuda Trojan ku....

PAS Menang!




KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - PAS telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Abdul Wahid Endut, 51 dalam pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.

Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.

Ini bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini.

PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.

Perkara itu diumumkan oleh Pengurus Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Pengumuman kemenangan itu disambut gembira dengan laungan takbir dan sorakan oleh ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berada di pekarangan stadiaum terbabit.

Abdul Wahid, 51 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun selama lima penggal dan anngota Exco Kerajaan Negeri Terengganu sepanjang tempoh 1999-2004.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)

DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Burok (Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Allahyarham Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008 lalu Razali menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos. - azm _

Selamat Mengundi Parlimen Kuala Terengganu


Bayaran tol Kesas maksimum RM15 sehala 2021

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Pemandu kenderaan kelas pertama di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) bakal membayar tol maksimum RM15 sehala atau RM5 di setiap plaza tol lebuh raya itu menjelang dua tahun terakhir tempoh konsesi yang akan tamat pada 2022.

Dalam perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat konsesi lebuh raya itu, Kesas Sdn. Bhd. yang dimeterai pada 19 November 1993, kadar bayaran tol yang dipersetujui meningkat setiap dua tahun dari RM1 pada 1997 kepada RM5 pada 2021.

Dokumen perjanjian asal itu turut disertakan dengan perjanjian tambahan yang ditandatangani pada 14 April 1995 yang menyatakan bahawa kerajaan menyediakan pinjaman sokongan sebanyak RM80 juta kepada Kesas bagi membolehkan syarikat itu mempercepatkan pembinaan Pakej B lebuh raya itu.

Perjanjian konsesi tersebut adalah antara 22 perjanjian yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan dikelaskan semula mengikut Seksyen 2C akta berkenaan yang membolehkan ia didedahkan kepada umum.

Di dalam jadual kadar tol yang dipersetujui, pada tahun ini, Kesas sepatutnya menaikkan kadar tol semasa RM2.20 kepada RM2.50 mulai 1 Januari lalu dan terus meningkat kepada RM2.80 pada 2011-2012 dan seterusnya RM3.10, RM3.50, RM4, RM4.50 dan akhirnya RM5.

Perjanjian itu menyatakan kerajaan boleh memutuskan bayaran tol yang lebih tinggi atau rendah daripada kadar yang dipersetujui dengan memberi notis kepada Kesas dua bulan sebelum pengisytiharan bayaran tol itu.

Bagaimanapun, setiap pengumuman kadar tol yang lebih rendah, kerajaan perlu membayar pampasan pengurangan kutipan tol bagi tahun konsesi berkenaan dengan mengambil kira kadar pertumbuhan dan jumlah kenderaan di lebuh raya itu.

Namun, Klausa 16.3 perjanjian itu menyatakan bahawa syarikat pemegang konsesi boleh mengurangkan kadar tol secara sukarela atas sebarang sebab atau bagi tempoh tertentu tanpa memerlukan kerajaan membayar ganti rugi.

Dokumen perjanjian konsesi tersebut setebal 68 muka surat tidak termasuk 16 lampiran, enam jadual dan dua perangkaan menggariskan butiran pelaksanaan pembinaan dan penyelenggaraan projek Lebuh Raya Shah Alam.

Perjanjian konsesi lebuh raya itu ditandatangani bagi melaksanakan hasrat kerajaan membina, menyenggara, mengendali dan mengurus Lebuh Raya Shah Alam secara penswastaan dengan semua kos ditanggung oleh syarikat konsesi.

Lebuh raya berkenaan dibina dalam dua pakej iaitu Pakej A sepanjang 19 kilometer bermula dari Sri Petaling Timur ke Subang Barat dan Pakej B sepanjang 16 kilometer dari Subang Barat ke persimpangan Jalan Langat, Klang.

Kesas Sdn. Bhd. diwujudkan khusus bagi tujuan berkenaan oleh sebuah konsortium yang diberi tender melaksanakan projek itu.

Konsortium tersebut terdiri daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Gamuda Berhad, Percon Corporation Sdn. Bhd. dan Arab-Malaysian Development Berhad.

Pada 18 November tahun lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, semua syarikat konsesi lebuh raya kecuali Maju Expressway yang mengendalikan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya, bersetuju mendedahkan kepada umum perjanjian konsesi antara kerajaan dengan syarikat terbabit kepada umum.

Dokumen perjanjian tersebut boleh disemak mulai 1 Januari lalu di Perpustakaan Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin di sini.

Kuda Trojan bakal 'isytihar perang' terhadap PAS

" Pilihanraya kecil P36 sekali lagi menjadi medan kepada Ezam Md Noor menunjukkan kesetiaan beliau kepada UMNO. Beliau dilihat tiada pilihan melainkan terpaksa juga menjadi 'budak suruhan' UMNO semata-mata untuk memastikan kemenangan UMNO/BN.

Ust Nik Abduh pernah menulis tentang Ezam di dalam blog beliau dan menggelarkan Ezam sebagai 'Ezam budak baik yang tersesat lagi'

(rujuk:http://nikabduh.wordpress.com/2008/05/29/azam-baru-ezam/).

Ezam sebenarnya masih mempunyai peluang untuk menunjukkan semangat setia kawan beliau terhadap PAS walaupun telah menyertai UMNO. Ezam bukan bermasalah dengan PAS secara langsung, malah penulis merasakan masih ramai sahabat-sahabat beliau di dalam PAS. Sebahagiannya mungkin masih menaruh harapan agar beliau keluar dari UMNO atau sekurang-kurangnya tidak menunjukan penentangan terhadap PAS.

Namun harapan ini bakal dimusnahkan oleh beliau sekiranya P36 menjadi medan kepada beliau untuk berkempen bagi memenangkan UMNO/BN dalam misi mengalahkan calon PAS. Maka penulis memilih tajuk untuk post kali ini "Ezam bakal 'istihar perang' terhadap PAS".

Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor - yang terkenal dengan “enam kotak dokumen rasuah” melibatkan pimpinan Umno dan BN - mendakwa bukti-bukti itu tidak ada pada beliau, sebaliknya berada di tangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

khairy jamaluddin nalakaruppan ezam md noor ceramah 230808 07“Kalau ada pada saya, sudah tentu saya tunjukkan. Saya konsisten dengan perjuangan membenteras rasuah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mohamad Ezam berkata, ketika masih bersama PKR, beliau pernah menyuarakan kepada Anwar supaya pemimpin nombor satu parti itu mendedahkan kandungan kotak-kotak itu, tetapi Anwar meminta beliau supaya “tunggu untuk (faedah) politik”.

“Saya tidak setuju. Itu antara sebabnya saya keluar PKR,” katanya, ketika diminta gesaan Pemuda PKR Terengganu supaya beliau mendedahkan kandungan kotak rasuah itu sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu bulan depan.

Semalam, Ketuanya, Fariz Musa berkata, seluruh rakyat Malaysia pernah dimaklumkan Ezam - sewaktu menjadi ketua Pemuda PKR dahulu - bahawa beliau mempunyai enam kotak bukti rasuah dan penyelewangan Umno/BN.

Oleh itu, tegasnya, Kuala Terengganu merupakan medan terbaik bagi Ezam membuat pendedahan itu.

Fariz mendakwa perkara itu masih menjadi “rahsia yang masih ditutup oleh Ezam”.

Bagaimanapun, Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, beliau telahpun tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh Ogos lalu.

'Perjuangan konsisten'

Bagaimanapun, tambah Ezam, perkara itu tidak dijawab mantan bosnya, Anwar.

“Anwar sendiri yang tidak bongkarkan,” kata Ezam.

Menurutnya lagi, pada tahun 1999, ketika dipanggil memberikan keterangan berhubung dokumen dalam
kotak-kotak itu yang tergolong dalam kategori rahsia rasmi, perkara yang sama telah dijelaskan kepada polis bahawa “ianya disimpan oleh Anwar Ibrahim”.

Ezam berkata, perjuangan beliau menentang rasuah adalah konsistesten.

Tegasnya, jika mempunyai bukti, beliau akan tampil membuat pendedahan seperti dalam kes melibatkan dua tokoh terkenal Umno Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rahim Tamby Chik suatu ketika dahulu, sehingga beliau merengkok dalam penjara.

Mengulas gesaan Fariz semalam, Ezam berkata: “Sebaiknya beliau (Fariz) tutup mulut kalau tidak tahu hal sebenar.”

“Jangan cabar. Kalau saya jawab, kesannya akan langsung kena kepada Ketua Umum (Anwar).”

Ezam kini berada di Jakarta untuk menguruskan Yayasan Nusantara yang ditubuhkannya dan akan pulang berkempen dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu selepas penamaan calon 6 Januari depan.