Salam Rakan Bloger Semua,

Hari ini kita telah dikejutkan dengan berita sensasi berhubung laporan polis terhadap pemimpin politik. Bagi saya berita tersebut tidaklah sensasi sangat, kerana ianya sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia. Walaubagaimana pun saya masih menunggu ulasan dari Kuda Trojan saya tentang kes tersebut. Hanya Kuda Trojan sahaja yang saya percayai ataupun 'the right person for the right job' untuk memberi ulasan tersebut. Selain dari beliau setakat dengar dan baca, bolehlah sekadar hiburan semata-mata.

Walaubagaimana pun saya bersetuju dengan ulasan SUKJ walaupun kadang-kadang saya tak sehaluan dengan beliau.

Kesimpulannya:

1) Sama ada tuduhan kali ini benar atau tidak....ia hanya sekadar memalukan lagi seluruh umat Melayu dan Islam dinegara ini sahaja.
2) Sama ada tuduhan kali ini benar atau tidak....ia hanya sekadar menjatuhkan lagi maruah dan darjat seluruh umat Melayu dan Islam dinegara ini sahaja.
3) Sama ada tuduhan kali ini benar atau tidak....ia hanya sekadar memecah belahkan lagi perpaduan umat Melayu dan Islam dinegara ini sahaja.
4) Sama ada tuduhan kali ini benar atau tidak...ia hanya sekadar untuk memburukan lagi imej 'Islam' dinegara ini sahaja.
5) Sama ada tuduhan kali ini benar atau tidak....ia hanya sekadar menambahkan lagi keadaan suasana negara yang sedang menghadapi berbagai masalah yang menghimpit rakyat dinegara ini sahaja. Akhirnya rakyat yang menjadi mangsa kerana permainan politik oleh Pemimpin-pemimpin parti politik yang hipokrit dan mementingkan diri sendiri.


Manakala rakan bloger TukulBesi menganggap kes tersebut sebagai filem hindustan yang berjudul Liwat 2.

Setelah gagal dalam penerbitan filem pertama 'LIWAT 1' arahan Aziz Syamsudin ,peminat filem hindustan tanahair bakal menyaksikan filem terbaru 'LIWAT 2' dalam masa terdekat ini.

Musa Hasan bekas pelakon tambahan dalam filem LIWAT 1 yang memegang watak sebagai pengusung tilam bakal mengarahkan filem ini.

Berdasarkan kenyataan akhbar penerbit filem tersebut semalam,pelakon baru berusia 23 tahun Saiful Bahri akan melakonkan watak utama sebagai hero dalam filem tersebut.

Seorang pelakon upahan Ezam Sesumpah dipercayai turut ditawarkan sebagai aktor tambahan berperanan sebagai Ajinomoto untuk menyedapkan filem tersebut.

Namun ramalan awal pengkritik filem tanahair menjangkakan filem terbaru ini tidak mampu menarik penonton yang ramai kerana sebahagian besar skrip yang disediakan adalah di cedok dari skrip lama filem LIWAT 2.

Apapun kita nantikan selesainya pembikinan filem tersebut.Tayangan kemuncaknya bakal disaksikan menjelang 16 September ini.Selamat menonton.

LU PIKIRLAH SENDIRI......


Nampaknya untuk berita-berita pada minggu ini dan minggu-minggu akan datang, kita akan disajikan dengan berita tersebut. Apa-apa pun saya masih menunggu ulasan KUDA TROJAN saya. Diharap kepada peminat KUDA TROJAN diharapkan bersabar.

Kuda Trojan Mula Bersuara

Tahniah diucapkan kepada Kuda Trojan saya kerana mula bersuara. Saya mengalu-alukan Kuda Trojan saya akan terus bersuara dalam memastikan kerajaan yang ada pada hari ini merealisasikan 'Good Governance' dalam pentadbiran.

Syabas diucapkan kepada Kuda Trojan saya, LAWAN TETAP LAWAN.


Video Credit to Hanief

Bas percuma untuk tonton ceramah Kuda Trojan

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) - Menurut satu laporan, Ezam Mohd Noor akan mengadakan ceramah sulungnya malam ini di Cheras semenjak bergelumang semula dalam Umno.

Namun di sebalik kehebatannya suatu ketika dahulu yang berjaya menarik dan memukau ribuan orang ramai mendengar retoriknya, kali ini perkhidmatan bas percuma terpaksa diguna-pakai bagi memastikan kegemilangan lampau beliau terus menyerlah.

Malah semenjak semalam poster dan risalah ceramah telah diedarkan dari rumah ke rumah untuk mengajak orang ramai hadir bagi mengetahui mengapa Ezam memasuki Umno atau kemungkinan tentang cerita kotak-kotak rasuah kepimpinan Umno, Sumpah Keramat dan perjuangan untuk bangsa dan negaranya.

Kata seorang penulis W.Fauzdin NS di laman web Tranung Kite bahawa 'bas percuma' adalah sejarah terbaru buat Ezam.

"Saya jangkakan kehadiran peminat-peminat 'Badut' malam ini pasti ramai kerana bas percuma dan tempat duduk disediakan. Saya tidak pasti ada atau tidak nasi bungkus," katanya

Beliau mengganggap Ezam sudah pasti tidak akan bercerita tentang isu minyak yang membuat rakyat derita sekarang dan selebihnya akan menunjukkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Umno di samping memburuk-burukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. - mns _

Dipetik dari HarakahDaily.net

Temubual Bersama Kuda Trojan

Ini satu ketetapan keras dari seorang yang dahulu idolanya Anwar Ibrahim. Persoalannya bukan mengenai personaliti Kuda Trojan saya itu sendiri. Soalnya kenapa, orang yang pernah di tahan di bawah ISA dan OSA,membongkar kepincangan Kerajaan Barisan Nasional dan antara yang menggerakkan reformasi kini menentang Anwar Ibrahim.

Ini persoalannya. Kalau kerana wang, kenapa selepas pilihan raya? Lebih dari itu kenapa menyertai UMNO dalam keadaan UMNO lemah dan kehilangan sokongan. Ini adalah beberapa persoalan yang perlu kita jawab sebelum kini terus mendefinisikan Kuda Trojan saya. Kalau wang menjadi penentu mungkin dalam keadaan Pakatan Rakyat memerintah, wang boleh diagihkan kepada Kuda Trojan saya. Bukan tidak ada mereka yang mewakili Anwar Ibrahim menghubungi Kuda Trojan saya.

Mungkin ada asas, Kuda Trojan saya melihat PKR menyimpang dari landasan asal perjuangan. Sungguhpun begitu kenapa tidak menyertai PAS? Mungkin PAS juga turut dilihat oleh Kuda Trojan saya sebagai tunduk kepada Anwar Ibrahim dan ini seorang individu yang nampak mengerumus ke arah pembentukan nama “Mahazalim” sama seperti Mahazalim yang dahulu yang disebut para reformasi. Bezanya cuma mungkin ini – “in the making” dan yang dahulu adalah “full blown” - Mahazalim.

Kuda Trojan saya hari ini telah bersumpah untuk tidak sama sekali membenarkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Begitu kuat ketetapan yang Kuda Trojan saya buat. Sungguhpun begitu Kuda Trojan saya masih belum mahu merungkai kenapa dan apa yang membuat Kuda Trojan saya benar-benar bangkit untuk menolak Anwar Ibrahim.

Sama-samalah kita layan...... temubual ini. Tak lupa juga, jutaan terima kasih diucapkan kepada The Star Online di atas penat lelah anda dalam menjayakan temubual eklusif bersama Kuda Trojan saya.

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Part 5

Kuda Trojan : Kedah Juara


Tahniah dan terima kasih kepada skuad Hijau Kuning di atas kejuaraan merangkul Piala FA dengan membenamkan Selangor 3-2, tak sia-sia pengorbanan penyokong Hijau Kuning memberi sokongan moral kepada Skuad Kenari walaupun dihimpitkan dengan kenaikan harga tiket sebanyak 100%, namun semua itu tidak menghalang semangat penyokong Hijau Kuning untuk membanjiri Stadium Shah Alam.

Ini merupakan satu bukti apa yang diperkatakan oleh Kuda Trojan saya, jika kita bebas dari rasuah kejayaan pasti milik kita. Hijau Kuning bebas dari RASUAH.

Kepada sesiapa yang mula berjinak dgn RASUAH itu, awas!!!!!! Kuda Trojan saya sentiasa memerhatikan anda.


Jumaat, 20 Jun 2008

KUALA TERENGGANU: Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor semalam bersumpah atas nama Allah SWT dan Rasul akan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri kerana ‘prinsip seorang Muslim”.

Ezam yang berceramah di sini, semalam dilaporkan berkata, beliau sedia untuk ‘all-out’ bagi menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri ‘atas sebab-sebab tertentu’.

“Saya bukan jenis orang yang suka mengaibkan orang lain, tapi jangan cabar saya,” kata Ezam di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini.

Dalam ceramah bertajuk ‘Mempertahankan Perjuangan Pengasas Bangsa’ itu, Ezam menjelaskan politik cara Anwar Ibrahim akan menghancurkan kestabilan negara dari segi keselamatan dan ekonomi.

Dalam ceramah sulung di pentas UMNO itu, Ezam yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Anwar berkata, tindakan beliau meninggalkan bekas boss nya itu semata-mata atas dasar prinsip.

Menurut beliau, biarpun ada dakwaan kononnya beliau disogok jutaan ringgit serta jawatan tertentu oleh UMNO, namun hakikat sebenarnya adalah beliau hilang kepercayaan pada perjuangan PKR.

“Dengan nama ALLAH saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun,” kata Ezam.

Jelas Ezam, sejak mengumumkan menyertai UMNO, beliau menjadi mangsa fitnah pihak tertentu.

Katanya, beliau tidak gentar sama sekali dengan fitnah-fitnah tersebut bahkan beliau memberi amaran bahawa kesabarannya ada batas.

“Saya tidak suka aibkan orang, tapi kalau terus memfitnah saya akan gempur habis-habisan,” katanya.

Turut hadir dalam ceramah tersebut adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid Wan Salleh.

http://klpos.com/v2

Kuda Trojan : Lagi Hujah Pasal Minyak

Part 1

Part 2

Part 3

Salam Rakan Bloger Semua, hari ini Kuda Trojan saya malas nak ulas pasal minyak, kita jengok Kerajaan Kelantan pula, nampak rileks sakan aje sekarang ini. Jom mari kita baca!


Di antara 5 negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat saya tengok Kelantan paling rileks sekali selepas PRU-12. Adilkan dunia ini, dulu bukan main teruk lagi kena belasah dengan media massa dan sekutu-sekutunya. Ingat lagi pada mula-mula Kerajaan Pas memerintah Kelantan bermacam-macam kritikan. Ada yang meramalkan Kerajaan Kelantan paling lama bertahan pun hanya 3 bulan sahaja, tetapi Alhamdulillah pejam celik-pejam celik dah masuk penggal ke 5 dah.


Laporan Audit Negara, salah guna harta benda kerajaan dan skandal salah laku moral hampir tidak kedengaran sama sekali di negeri yang dikenali sebagai Serambi Mekah. Malah baru-baru ini TGNA telah dianugerah AMANAH GERAK 2008 oleh Kuda Trojan saya. TGNA merupakan satu-satunya Menteri Besar paling bersih di negara ini kerana tidak terdapat sebarang laporan rasuah terhadap diri dan keluarganya. Di samping itu juga TGNA mempamerkan sikap sederhana sehingga dapat bertahan dalam tempoh 18 tahun mentadbir Kelantan, kalau tak percaya tanya Kuda Trojan saya.


Kuda Trojan saya tengok banyak langkah-langkah Kerajaan Kelantan yang menjadi ikutan oleh negeri-negeri lain. Hari ini kita boleh lihat banyak negeri-negeri yang lain memotong elaun Menteri dan Exco masing-masing. Kalau nak senaraikan di sini langkah-langkah Kerajaan Kelantan banyak sangat, justeru itu hayatilah sajak yang diklamasikan oleh saudara Dinsman.



Apa yang ingin Kuda Trojan saya bangkitkan adalah tentang perlaksanaan hudud di Kelantan. Sebagaimana kita sedia akur bahawa Hudud merupakan salah satu undang-undang “uqubah” Islam yang wajib dilaksanakan di sesuatu tempat yang dikuasai oleh umat Islam. Perlaksanaannya telah diwajibkan oleh Allah SWT dan Nabi SAW disamping dikuatkan melalui ijmak ulama.


Firman Allah;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Maksudnya;
“Dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir”

(Surah Al-Maidah : 44)

Juga firman Allah lagi;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya;
“sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim”

(Surah Al-Maidah : 45)

Juga firman Allah;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya;
“sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang fasik”

(Surah Al-Maidah : 47)


Seingat Kuda Trojan saya, semasa enekmen rang undang-undang hudud nak mula dibentangkan ramai yang menentang, sampai ada yang mempersendakan Kerajaan Kelantan dengan mengatakan Hudud PAS. Kalau nak makan sup tangan boleh lah pergi Kelantan. Itu cerita dahulu, tetapi hari ini Kuda Trojan saya merasakan masa yang sesuai adalah sekarang, apa kata TGNA? Sama-sama kita buktikan bahawa dengan Hukum Allah sahajalah, kadar jenayah dapat dikurangkan. Di samping itu, kita bolehlah menguji keikhlasan Pakatan Rakyat menerima asas perjuangan PAS.

So, bilakah agaknya Kerajaan Kelantan mahu melaksanakan rang undang-undang tersebut di negeri Serambi Mekah? Sebagaimana sedia maklum, setelah percubaan pertama perlaksanaannya dinafikan oleh pihak kerajaan pusat sewaktu zaman TDM dulu, apa kata kita buat percubaan kali kedua, Insya Allah berjaya. Hari ini dah terang lagi bersuluh bahawa parti yang memperjuangkan bangsa dah mula menggali kuburnya sendiri. Betapa hebatnya kekuasaan Allah. Kuda Trojan saya sekadar bertanya?


Diperhatikan pada hari ini, Orang Baju Merah Petak-Petak sibuk memperlekehkan negeri-negeri yang meniru Kerajaan Kelantan, apa masalahnya kalau benda elok kita ikut, eloklah dok diam-diam. Nasihat untuk Orang Baju Merah Petak-Petak, tak payah lah dok sibuk! Tolong buat homework sikit untuk dibentangkan di parlimen pada sessi yang akan datang atau pun selepas 16 Sep kot.


Apa yang Kuda Trojan saya harap, agar enekmen rang undang-undang hudud yang diimpikan oleh setiap manusia yang mengucap dua kahlimah syahadah dapat dijalankan di Kelantan sebelum TGNA menutup mata beliau, Itulah harapan TGNA yang sebenarnya.




Kuda Trojan : Minyak berakhir 11 Jun 2008

Sekadar renungan bersama di pagi Khamis bagi kenyataan berhubung dengan minyak untuk tahun ini berakhir 11 Jun 2008. Sekiranya ada lagi kenyataan tentang minyak nanti Kuda Trojan saya kemaskinikan di sini.

1 Jan 2008
Umum kenaikan harga minyak lebih awal elak spekulasi - NGO


25 Feb 2008
Harga minyak tidak naik – Najib


2 Jun 2008
Minyak naik Ogos? - Berikutan penstrukturan semula harga subsidi petrol, diesel - Datuk Shahrir Abdul Samad

4 Jun 2008
Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini


11 Jun 2008
Minyak tidak naik lagi - Bagi kurangkan beban rakyat walaupun cecah AS$200 setong – PM


Ini bermakna bermula dari sekarang kita harus bersedia dengan kenaikan pada tahun hadapan dan mungkin tahun-tahun seterusnya sampailah Hari Kiamat. INGAT lah pada HARI KIAMAT semuanya akan hancur, baik bulan, baik roket semuanya akan hancur yang tinggal hanyalah

sebagaimana pesanan dan amanat Hamba Allah ini


Fikir-fikirkanlah, Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang itu kecuali dia sendiri mengubahkannya.

Kuda Trojan : Kehebatan Umar bin Abdul Aziz


Hari ini Kuda Trojan malas nak ambil tahu dengan isu kenaikan minyak, marilah kita lupakan isu tersebut buat sementara waktu dan kita dengan Kehebatan Umar bin Abd Aziz yang telah ceritakan oleh Mufti Perlis. Sama-sama kita renungi dan ambil ikhtibar dengan apa yang berlaku pada hari ini. Kepada sesiapa yang dah jadi pemimpin tu, ingatlah akan tanggungjawab dan amanah yang kita pikul. Apa yang Kuda Trojan saya kagum dengan zaman pemerintahan beliau adalah tiada seorang pun yang layak untuk menerima zakat, kaya sangat ke kerajaannya? Padahal pada zaman tersebut, Kerajaan Umar bin Abdul Aziz bukanlah sebuah kerajaan pengeluar dan pengekspot minyak. Ya lah, pada masa itu bukannya ada kenderaan yang pakai minyak, yang ada pun unta, keldai dan kuda sahaja.

Apa apa pun, mari kita layan dulu video tentang kehebatan Umar bin Abdul Aziz. Tak lupa juga 'credit' kepada Hamba Allah yang sudi berkongsi video ini.






Kuda Trojan : Auta atau Fakta?

(Dipetik dari Blog Chedet)

Saya diminta membongkar apa yang saya tahu berkenaan salah guna wang rakyat.

Untuk permulaan saya senaraikan empat tindakan dimana Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah salahgunakan wang rakyat.

Apa yang saya tulis di sini tidak berasas kepada spekulasi, kemungkinan atau kebarangkalian. Perkara ini diketahui umum dan boleh disahkan

Saya perlu beri penjelasan terperinci. Jadi saya akan bincangkan satu persatu.

Bagaimanapun saya senaraikan empat perkara spesifik;

1. Pembatalan pembinaan jambatan menggantikan tambak Johor di sebelah Malaysia

2. Penangguhan landasan berkembar dan rel elektrik daripada Johor Baru ke Padang Besar

3. Penjualan M.V. Agusta untuk satu Euro

4. Wang Ehsan yang dibelanjakan untuk Terengganu yang mana Menteri Besar yang baru mendakwa adalah bukan Wang Ehsan tetapi daripada dana Kerajaan Persekutuan.

Pembatalan pembinaan jambatan ke Singapura

Kerajaan Singapura tidak membantah pembinaan jambatan untuk menggantikan tambak di sebelah Malaysia.

Jambatan ini akan dibina 25 meter daripada paras permukaan air untuk benar kapal-kapal kecil lalu setelah separuh tambak di sebelah Malaysia di pecah. Link Kedua juga berada di paras 25 meters daripada paras permukaan air. Jadi kapal-kapal boleh melalui Selat Tebrau tanpa terhalang oleh tambak.
Jambatan ini penting kerana jumlah trafik di Johor Baru telah meningkat dan kesesakan lalulintas merupakan perkara harian disebabkan laluan Utara-Selatan yang datang dan pergi melalui tambak dan trafik Timur-Barat di antara bahagian-bahagian Timur dan Barat Johor Baru.

Jalan bertingkat perlu dibina menyeberangi trafik Timur-Barat untuk laluan dari dan ke tambak. Jalan ini akan menyebabkan penghujung tambak di sebelah Johor tidak boleh digunakan kerana jalan bertingkat hanya boleh mendarat pada satu jarak tertentu jauh daripada tempat tambak bertemu dengan tanah besar. Jika jambatan penuh ke Singapura dibangunkan cerun boleh dilandaikan untuk memudahkan lori mendaki dan bot-bot kecil melalui di bawahnya setelah tambak dipecahkan.

Kerana Singapura tidak mahu sama-sama membina jambatan penuh untuk gantikan tambak, jambatan setinggi 25 meter untuk benarkan bot-bot lalu dibawahnya mesti mempunyai kepanjangan yang mencukupi untuk benarkan lori mendaki secara beransur.
Penyelesaiannya ialah untuk memanjangkan jambatan dengan rekabentuk melengkung (kemudiannya dipanggil jambatan bengkok). Bagi landasan keretapi pula, jambatan ayun yang boleh dibuka dan tutup untuk benarkan kapal atau keretapi lalu.

Untuk memendekkan cerita, kerja pembinaan jambatan bengkok dihentikan untuk membolehkan Kerajaan Dato Seri Abdullah menjual 1 billion meter padu pasir dan hak laluan terbang pesawat tentera Singapura melintasi Johor Baru jika Singaura bersetuju membina jambatan lurus.

Ada orang yang akan mengaut untung banyak menjual 50 juta meter padu pasir setahun selama 20 tahun untuk Singapura menambak tanah. Ini satu tawaran menarik kerana tanah yang ditambak boleh dijual antara 3,000-5,000 Dolar Singapura (kira-kira RM6,000-RM10,000) sekaki persegi. Kerajaan Singapura boleh buat banyak duit menjual tanah ini. Lalu merekapun menyetujui cadangan jambatan lurus ini.

Bahawa mengorek pasir dari dasar laut boleh sebabkan hakisan pantai, kemusnahan tempat pembiakan ikan dan kehilangan mata pencarian bagi nelayan negeri Johor tidak pun diambil prihatin oleh Kerajaan Dato Seri Abdullah.

Mujurlah rakyat Johor membantah penjualan pasir dan hak laluan pesawat terbang.

Abdullah yang kecewa kerana perancangannya terhalang menghukum rakyat Johor dengan membatal sama sekali projek jambatan. Tidak ada jambatan lurus mahupun bengkok.

Hasilnya lebih daripada RM1 billion telah dibazirkan yang dibelanjakan untuk membina kemudahan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, kerja-kerja membina stesen keretapi baru dan kerja-kerja awal untuk bina jalan menghubung kompleks KIK dan jambatan serta bayaran pampasan kepada kontraktor disebabkan pembatalan projek-projek berkenaan.

Kompleks KIK kini menjadi gajah putih, terbiar tetapi terpaksa di selenggarakan dengan memakan belanja beratus ribu Ringgit sebulan.

Jelas sekali Dato Seri Abdullah telah bazirkan duit rakyat hanya kerana beliau marah dengan rakyat Johor yang halang penjualan satu bilion meter padu pasir kepada Singapura dan keuntungan yang bakal diraih oleh pihak tertentu.

TDM

Kuda Trojan Akhirnya Tewas

Hari ini merupakan hari ke-5 kenaikan bahan bakar, tetapi nampaknya makin terus marak api kemarahan, ntahlah bila agaknya akan padam. Walaupun Kuda Trojan saya telah berusaha menerangkan tujuan murni kerajaan menaikkan harga minyak nampaknya meleset. Memang betullah rakyat kita dah ketagih subsidi minyak ditahap kritikal sebagaimana yang dinyatakan oleh Senator Datuk Gooi Hoe Hin semalam.

Mengikut keterangan Kuda Trojan saya, setelah beliau menyelami luahan dan keluhan rakyat melalui komen yang dihantar kepada blog2, nampaknya rakyat mula bersatu. Ini yang membuatkan Kuda Trojan saya risau, harap-harap janganlah kita semua keluar ke jalan raya untuk mengikuti perhimpunan haram. Nanti kalau kena tahan dek polis, makin susah lagi, ingatlah anak bini kita semua.

Kalau rasa tak boleh tahan marah tu, cepat-cepatlah ambil wudhuk dan sembahyang dan minta pertolongan dari Allah. Anggaplah semua ini sebagai takdir.

Dalam banyak-banyak luahan perasaan yang ditulis, Kuda Trojan amat tersentuh dan bersimpati dengan seorang peladang yang boleh dikategorikan peladang contoh dan berwawasan. Berikut adalah luahan beliau:

Saya adalah peladang secara kecil-kecilan.

Kenaikan harga minyak yang sebegitu "rakus" membuat saya termenung.
Ladang saya nun jauh di pendalaman dan tidak punya bekalan air paip mahupun bekalan letrik.

Setiap minggu saya harus berada di ladang untuk memastikan kebajikan pekerja terjaga dan kerja-kerja yang ditugaskan lancar.

Saya menggajikan anak-anak tempatan yang dulunya hanya menoreh atau lepak-lepak saja di kampung. Kalau mereka balik kampung setiap raya mereka kata dapatlah beli daging dan pakaian baru untuk ibu bapa mereka.

Bila harga minyak naik begitu mendadak, saya jadi buntu. Kalau dulu kos pergi balik saya seminggu adalah RM100. Skarang ni dah jadi RM140. Kalau dulu kos petrol untuk menjana semua mesin saya sebulan RM200, skarang dah naik jadi RM280. Selain gaji saya sediakan beras, gula dll yang dah pun mahal macam nak beli emas.

Permintaan hasil ladang mulai mengurang kerana orang ramai dah mula berjimat dalam berbelanja. Pendapatan saya semakin ciput. Kos saya semakin meningkat. Saya buntu.

Kalau saya cerita mengenai kenaikan harga barang pada pekerja saya mereka hanya senyum sinis. Mereka kata mereka tak faham atau sengaja tak mahu faham. Apa-apa pun saya fahami apa maksud mereka. Saya akur kebajikan mereka mesti dipentingkan.

Nak ambik pekerja asing lebih mahal kosnya. Upah pekerja asing sekarang ni pun sangat tinggi. Jadi lebih baik saya gajikan anak tempatan yang sudi bekerja dengan saya.

Kos yang tinggi sangat mendesak. Baja naik. Petrol naik. Kos-kos bersangkutan naik. Kalau Ogos nanti kos ini masih naik terpaksa lah saya kembali kepada zaman batu untuk berladang. Potong rumput dengan sabit. Keluarkan hasil menggunakan kereta lembu. Pekerja dan saya makan ubi saja. Dan kalau tiba hari raya tahun ni setakat solat sunat hari raya saja. Tak dapatlah balik kampung kerana melibatkan kos yang tinggi. Mak saya akan rasa sedih dan akan rasa terpinggir kerana anak-anak tak dapat balik kerana dah tak mampu. Institusi keluarga mulai reput.

Secara amnya, kadar kenaikan yang dibuat memang tidak masuk akal langsung. Saya hairan sebegitu ramai ahli ekonomi di Malaysia tidakkah Kerajaan ambil pandangan dari mereka akan reaksi rantai (chain reaction) yang akan berlaku kepada keseluruhan ekonomi di Malaysia?

Tidakkah mereka tahu bahawa kenaikan harga yang begitu besar akan melibatkan keseluruhan kenaikan harga-harga lain yang berpunca dari kenaikan ini?

Tidakkah mereka tahu bahawa pengguna akan menjadi lebih "kedekut" untuk berbelanja?

Akibatnya peniaga mendapat pendapatan yang lebih kecil. Maka keuntungan akan menjadi lebih kecil dan bukankah Kerajaan yang akan rugi kerana cukai juga akan mengecil?

Bila cukai korporat mengecil barangkali Kerajaan akan menaikan semula cukai pendapatan/perkhidmatan maka rakyat juga akan rasa terhimpit.

Apakah kita rakyat yang sangat kecil pendapatannya yang dah tak tahu lagi nak "adjust" cara hidup kita sebelum semuanya naik disuruh "adjust" lagi?

Apakah pelan tindakan Kerajaan menjaga kebajikan rakyat miskin sesudah membuat keputusan yang sangat tidak prihatin ini?

Apakah mengurangkan sabsidi dan menaikan harga minyak menyatakan "our problem is solved".

Bagi saya Kerajaan sebenarnya sudah "ignites more problems". Binatang berbisa yang selalunya pasif akan menyegat bila menghadapi tekanan. "Social crimes" akan mula menular. Rasuah akan menjadi "rampant". Yang kaya akan tetap kaya tetapi yang miskin akan semakin papa.

Kenapa semua menteri yang berkenaan tiada menceritakan pelan tindakan mereka? Bukankah pelan tindakan ini harus diwar-warkan selari dengan keputusan kenaikan harga minyak?

Tidakkah mereka semua faham apa itu pengurusan risiko? (risk management). "When you create a problem u must be able to mitigate them!" Kalau takat suruh orang bersabar atau suruh orang ramai "adjust to changes", mak cik jual nasi lemak pun boleh cakap.

Saya rasa "high time for anybody" yang terasa "to take a good look at themselves and it would not hurt us if you decided to quit. We just don't want to see Malaysia plunged into deeper economic trouble. What done is done". Dengarlah rintihan rakyat. Dengarlah pendapat semua orang sebelum semua orang menganggap kita seorang "idiot".

Maaf kerana sedikit emosional.

Wassalam.

Dari isi hati
Papaithesailormantuttuttt

Salam Rakan Bloger Semua,

Sedarkan anda semua bahawa pemberian subsidi minyak umpama memberi candu kepada rakyat, Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Senator Datuk Gooi Hoe Hin semalam dalam Buletin Utama (Sila Klik pada gambar Buletin Utama di atas). Patutlah rakyat Malaysia hari ini bila kerajaan tarik subsidi minyak mulalah ketagih, rupanya kita telah diberi candu oleh kerajaan rupanya. Sedarlah wahai rakyat Malaysia semua, jangan risau, ulat dalam batu boleh hidup, inikan kita manusia yang dikurniakan akal fikiran. Hidup kalau tak ada cabaran, bukannya nama hidup. Berani untuk berubah!

Minyak Tenggelamkan Kuda Trojan

Salam rakan bloger semua,

Nampaknya isu kenaikan minyak telah tenggelamkan kehebatan Kuda Trojan saya pada minggu ini. Akhirnya, Kuda Trojan saya telah menerima hakikat tentang keperluan minyak dan ianya merupakan keperluan asas masyarakat di dunia ini. Nampaknya rancangan Kuda Trojan saya untuk membuat 'Road Show' terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu. Apa yang Kuda Trojan saya risau, kebelakangan ini rakyat semakin berani keluar ke jalan raya untuk menyertai perhimpunan haram. Harap-harap kerajaan kita dapat bertahan dan tak akan dijatuhkan sebagaimana kejatuhan kerajaan Shah Iran semasa zaman revolusi di Iran. Sedarlah rakan bloger semua, dunia dah nak kiamat dan kembalilah ke jalan Allah. Tengoklah semasa malam kenaikan harga minyak baru-baru ini. Justeru itu, sama-samalah kita menghayati lagu di bawah ini.


Poster Pilihan Kuda Trojan

Berikut adalah poster yang yang akan diabadikan dalam hidup Kuda Trojan saya. Semoga ianya menjadi sejarah dan kenangan. Tarikh keramat 4 Jun 2008 tak akan dilupakan, mungkin ianya akan dijadikan sebagai 'Hari Kenaikan Minyak Malaysia'.

Photo Credit : http://hembusan.blogspot.com/























































Harga minyak petrol sepanjang zaman..

(dalam masa 18 tahun - sejak 1990)

Sebelum 1990 - RM 0.89

biru - semasa Dr. Mahadhir

Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)

merah - semasa Abdullah
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008- RM 2.70(kenaikan RM 0.78) kenaikan terkini

Kuda Trojan Masih Sedih

Nampaknya Kuda Trojan saya masih lagi bersedih di atas kenaikan minyak. Nasib baik adalah video koleksi dalam Youtube, sekarang ni Kuda Trojan saya tengah melayan video dari Youtube. Terima kasih Youtube.








Justeru itu, sama-samalah kita mengubah cara hidup kita hari ini.

Kuda Trojan Mula Pening!

Dulu :

Kerajaan hari ini mengumumkan penunggang motosikal dilarang menggunakan Lebuh Raya KL-Putrajaya berkuat kuasa serta merta bagi tujuan keselamatan. ``Kita telah meneliti segala aspek sebelum membuat keputusan untuk melarang penunggang motosikal menggunakan lebuh raya ini,’’ katanya (Datuk Seri S. Samy Vellu) pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kini :

Penunggang motosikal kini dibenarkan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya berkuatkuasa hari ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed. Mohd Zin turut berkata tindakan ini secara tidak langsung dapat menggalakkan pengguna menggunakan motosikal ekoran kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan semalam.

Kuda Trojan sekadar bertanya, adakah kita boleh berkompromi tentang keselamatan, dan apakah pendirian sebenar pihak kerajaan?

Berikut adalah petikan berita dari Utusan Online berhubung dengan penggunaan Lebuhraya KL-Putraja oleh penunggang motorsikal.


Penunggang motosikal dibenar guna lebuhraya KL-Putrajaya
05/06/2008 6:24pm
KUALA LUMPUR 5 Jun — Penunggang motosikal kini dibenarkan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya berkuatkuasa hari ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed.

Dalam kenyataannya di sini, beliau berkata keputusan ini diambil setelah mengambil kira kepentingan pengguna lebuh raya terutama para penunggang motosikal.

Mohd Zin turut berkata tindakan ini secara tidak langsung dapat menggalakkan pengguna menggunakan motosikal ekoran kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan semalam.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer menghubungkan ibu negara ke Putrajaya, Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang dan dibuka secara rasmi pada 13 Dis 2007.

Kerajaan larang motosikal guna Lebuh Raya KL- Putrajaya

31/01/2008 7:48pm

SUNGAI BULOH 31 Jan. _ Kerajaan hari ini mengumumkan penunggang motosikal dilarang menggunakan Lebuh Raya KL-Putrajaya berkuat kuasa serta merta bagi tujuan keselamatan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, ini kerana lebuh raya sepanjang 26 kilometer itu melalui kawasan perumahan dan sukar untuk membina lorong khas motosikal.

Menurut beliau, bahu jalan lebuh raya itu juga hanya di antara 1 meter hingga 1.5 meter dan keadaan itu tidak selamat untuk penunggang motosikal.

``Kita telah meneliti segala aspek sebelum membuat keputusan untuk melarang penunggang motosikal menggunakan lebuh raya ini,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.- Utusan

Kuda Trojan bersimpati dengan rintihan rakyat ekoran kenaikan minyak

Salam kepada Semua Rakan Bloger,

Ekoran dari kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa semalam, Kuda Trojan saya amat bersimpati dengan rakyat. Apa pun kita terpaksa terima dengan keputusan kerajaan yang kita pilih. Antara rintihan yang membuatkan Kuda Trojan saya mengalirkan air mata dan turut simpati dengan nasib Copetro, luahan perasaannya adalah seperti dibawah:

Corpetro said... saya yg paling terkena bila minyak naik ni....ini disebabkan saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan....itu minyak harga rm1.92 je....aku rasa klu dengan rate skrang ni rm 2.70 mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.

isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni. Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula...tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis...terima kasih kerajaan malaysia....

Untuk keluarga yg One Man income mcm saya ni, sure banyak effek...

Tariff elekrik pun akan naik tidak lama lagi, berikutan diesel naik rm 1.....ahhh...malas nak pk apa lagi yg akan naik...

Kehebatan Kuda Trojan Memang Terserlah

Salam Rakan Bloger Semua,

Berikut adalah petikan yang diambil dari laman web dan blog, kalau ikutkan banyak lagi berita-berita dan ulasan-ulasan terhadap Kuda Trojan saya. Pendek kata, kalau kita taip pada enjin pencari Google, memang banyak bacaan yang kita dapat, tetapi yang menyedihkan saya, kebanyakkan penulisan tersebut menjuruskan kepada meragui, mencaci dan menfitnah terhadap Kuda Trojan saya. Memang tak dapat dinafikan, Kuda Trojan saya memang hebat dan terserlah. Kalau tak hebat, mesti orang tak bercakap.

Saya percaya masyarakat Malaysia hari ini masih membincangkan tentang Kuda Trojan saya. Adakah salah untuk kita berhijrah ke arah kebaikan, apa yang penting adalah niat.


“Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan bagi amalnya (balasan pada amalnya) dengan apa yang diniatkan”
(Hadith Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari).

Justeru itu, saya memohon kepada rakan bloger semua, hentikanlah sangka buruk dan fitnah terhadap Kuda Trojan saya. Berilah peluang kepada Kuda Trojan saya untuk membuktikan bahawa beliau saya seorang pejuang yang ikhlas. Sama-samalah kita semua mendoakan agar Kuda Trojan saya menang dalam perjuangannya. Amin......

'Curiga alasan Ezam'

PUTRAJAYA 2 Jun - Datuk Seri Dr. Rais Yatim membangkitkan rasa hairannya dengan sikap terlalu mudah UMNO menerima kemasukan Mohamad Ezam Mohd. Noor berbanding penerimaan bekas ahli Parti Melayu Semangat 46 (S46) sebelum ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden S46 berkata, kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menimbulkan rasa curiga kerana ia berlaku secara tiba-tiba tanpa dirundingkan terlebih dahulu dengan Jawatankuasa Pengurusan parti.

''Saya dapat tahu Jawatankuasa Pengurusan parti yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak serta dibantu oleh Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak d

Kemasukan Ezam tambah kusutkan Umno
Mohd Sabri Said
Mon | Jun 02, 08 | 2:01:44 pm MYT

PULAU PINANG, 2 Jun (Hrkh) - Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Zahrin Hashim yakin kemasukan bekas Ketua Angkatan Muda KeAdiLan (AMK), Ezam Mohd Noor ke dalam Umno boleh mempercepatkan pembentukan Kerajaan Baru Malaysia tidak lama lagi.

Ezam katanya, bukan menjadi kebanggaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bahkan bakal menambah kekusutan dalam Umno apabila beliau dikatakan menjadi ayam tambatan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin untuk menyaingi atau menyekat kemaraan pengaruh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.


Ezam pernah kata 'tunjukkan saya orang yang masuk Umno itu ikhlas'
Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Jun 02, 08 | 1:57:17 pm MYT

Sekitar era reformasi pada tahun 1998-2000, Ezam Mohd Noor ketika itu seorang penceramah yang amat dikenali dengan kelantangannya menghentam kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno.

Ezam juga antara tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang dizalimi kerajaan Umno/BN ketika itu kerana kelantangannya mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.

Dalam satu ceramahnya di Ibu Negara ketika itu (tahun 1998), Ezam antara lain pernah berkata bahawa "kepala otak dia, tunjukkan saya mana satu pemimpin yang menyertai Umno kerana ikhlas".



Ezam 'budak baik' yang tersesat lagi?
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Mon | Jun 02, 08 | 12:51:22 pm MYT

Salam Kamunting, kali pertama saya menjabat tangan saudara Ezam Mohd Nor adalah di Kem Kamunting. Semasa saya melangkah keluar dari bilik khas tempat saya menziarahi kekanda saya, Ustaz Nik Adli Nik Abdul Aziz di kem neraka ciptaan Umno itu, saya terserempak dengan satu wajah yang begitu mudah dicam melalui perkenalan saya lewat akhbar dan majalah.

Beliau bersama seorang lagi tahanan yang saya agak keliru juga pada mulanya. Seorang lelaki dengan rambut yang mengurai panjang macam jenis sosialis macam Hishamudin Rais, tapi rapi dengan wajah tampak begitu bersih dan tenang macam Islamis macam budak 'usrah'.

Janganlah Menghina Kuda Trojan Saya!

video

Salam Kepada Rakan Bloger Semua,

Janganlah kita menghina, mengherdik, membuat fitnah dan perkara yang sewaktu dengannya sesama kita. Wahai saudaraku, janganlah kamu ikut membuat dosa sesama orang ISLAM. Fitnah itu adalah lebih berat dosanya dari membunuh. Saudara Ezam Mohd Nor merupakan mentor saya, berilah dia peluang untuk membuat reform dalam parti barunya, sama-samalah kita berdoa semoga Allah S.W.T memeliharanya, semoga Kuda Trojan saya tidak lupa apa yang diperjuangkannya.

Cuba saudara fikirkan, pernahkan anda semua merasai hidup dalam penjara semata-mata utk memperjuangkan kebenaran? Saya rasa ini tidak berlaku pada kita semua tetapi Kuda Trojan saya pernah mengalaminya. Saya percaya dan yakin Kuda Trojan saya akan membawa “enam kotak rahsia” untuk menawan kota Putrajaya, Insya Allah

Justeru itu, sama-samalah kita menyokong perjuangan Kuda Trojan dan memberi peluang kepadanya. Sesungguhnya Allah berpihak kepada yang benar.

"Kita akan terus lawan, tidak hari ini hari esok, tidak minggu ini minggu depan, tidak bulan ini bulan depan, tidak tahun ini tahun depan" Lawan Tetap Lawan!

Pengakuan Kuda Trojan Saya

Berikut adalah pengakuan Kuda Trojan saya yang telah diwawancarakan oleh Malaysiakini.

Pengakuan Ezam Mohd Nor Jun 1, 08 11:25am

Dalam wawancara selama hampir dua jam dengan Malaysiakini semalam, antara soalan utama yang dikemukakan kepada bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor ialah kisah sebenar yang membawa beliau kembali semula ke pangkuan Umno.

Untuk berkongsi sepenuhnya dengan para pembaca, di bawah ini kita siarkan jawapan Ezam penuh terhadap soalan tersebut.

Untuk bacaaan selanjutnya sila klik disini......

Ezam A Trojan Horse?

From Malaysia Today, Thursday, 29 May 2008.

Umno is a huge cruise ship while PKR is a speedboat. They are in a competition. The cruise is leisurely and steady, but cumbersome. Meanwhile, the speedboat is light, flexible but jerky with less load rating.

The cruise ship hits an iceberg in the dark, its navigation has been disrupted and it might sink at any moment. On the other hand, the speedboat has successfully overtaken the iceberg and it is now speeding up.

At this very moment, it is logical if someone jumps from the cruise ship into the speedboat. Or is it the other way round?

Is he a fool or has he gone mad?

Former PKR Youth leader Ezam Mohd Nor is not a fool to rejoin Umno. But what’s happening actually?

Ezam used to be an important assistant to PKR Adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim and they shared similar fates. When Anwar was in power in Umno, Ezam was a rising star. While Anwar left Umno, Ezam was as well out of luck. And when Anwar was sent to jail, Ezam was imprisoned too.

"At this moment, Umno needs Ezam and Ezam needs Umno."

During the most difficult time for Anwar and PKR, Ezam was there but when the party is about to rise, Ezam chose another path.

Outsiders find it hard to understand whether it is necessary for him to give up his sacrifices and contributions over the past 10 years just because of the breakdown of his relationship with PKR President Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Anyway, it is not surprising as Ezam is back in Umno, as there were rumours three years ago when he left PKR. However, he did not choose Umno at that time but to form a non-governmental organisation called Gerak.

At that time, he was still playing the role of criticising those in power, including submitting a 600-page report to testify against a senior minister who was allegedly involved in corruption. However, no action has been taken after the report was submitted to the government.

Years ago, there were rumours about Ezam would rejoin Umno. He personally denied it at that time and convincingly, he said: “As the leader of Gerak, I constantly report offences committed by Umno members to the police. How could Umno accept such people like me?

“Moreover, if I want to rejoin Umno, I must first fight for higher position in PKR to have a greater bargaining chip.”

We can still clearly remember his words but as the environment changed and the time has come, his stand as well “flexibly” changed. At this moment, Umno needs Ezam and Ezam needs Umno.

After the great shock of the 8 March general elections, Umno knows it very well that it's image is poor, especially in the eyes of the young generation. The party is almost a synonym for the words privileges, conservative, money and arrogance.

As Umno is now led by aging leaders and it is lack of young leaders. Ezam, whose image is healthy, can actually help the party to get close with the grassroots.

For Ezam, he has lost his stage after he left PKR. The space provided by Umno is an opportunity to him. A charismatic young leader is currently needed for Umno Youth and Selangor Umno as well needs a new strong leader. Ezam can fill in.

However, there are dissidents within Umno. Some members are worried that accepting Ezam would be like bring the “Trojan Horse” into the party. It may be Anwar's strategy to polarise Umno.

Umno Youth Chief Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein's response was very subtle. He brought up three questions: What benefit could Ezam bring to Umno? Does Ezam recognise the struggle direction of Umno? What role can Ezam play in Umno?

It is impossible for Ezam to rejoin Umno without the approval of Umno President Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak. And he may not be accepted by the majority member after he rejoins the party. Certainly, as an outsider, he would not be welcomed as the Umno Youth and Selangor Umno already have their existing teams.

Ezam has came alone into a Roman arena for gladiatorial contests of power and interests. It would be like the Prometheus in Greek mythology if he wants to perform his talents in there because it is still a question whether he can survive.

It is quite impossible that Ezam is the Trojan Horse because it is too obvious. He will be targeted even before he can reach the city.

Umno is the fiery Mount Doom in the movie The Lord of the Rings and even Hercules will turn weak in there. Moreover, Ezam is not Hercules.

(By TAY TIAN YAN/ Translated by SOONG PHUI JEE/ Sin Chew Daily)

Laluan Kuda Trojan di Umno bukan mudah

01-06-2008 09:04:58 PM (http://www.mstar.com.my/)
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor ke dalam Umno pada Rabu lalu diramal berhadapan dengan 'konflik' ekoran wujudnya pandangan berbeza di kalangan ahli-ahli Umno.

Pensyarah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, penyertaan semula Ezam secara tidak langsung bakal mencetuskan konflik dalaman dalam Umno.

Sehingga kini, jelas beliau, secara rawak tidak semua ahli Umno menerima kemasukan Ezam dengan hati terbuka.

“Bila Ezam hendak masuk semula dalam Umno, Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kata OK. Tapi lain pula reaksi yang diberikan oleh Muhyiddin (Tan Sri),” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dua situasi tersebut sebenarnya sudah cukup untuk menggambarkan wujudnya pertikaiaan mengenai kemasukan Ezam.

“Masalahnya dia (Ezam) pernah menjadi orang kuat PKR yang cukup lantang mengkritik Umno... jika ahli biasa PKR yang nak masuk Umno, saya tak fikir akan wujudnya masalah,” jelasnya.

Lebih menimbulkan keraguan ialah kaedah yang digunakan Ezam untuk masuk semula menjadi ahli Umno.

Ahmad Atory berkata kaedahnya cukup berbeza sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali menyertai Umno Baru ketika zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Presiden Umno.

“Anwar mengikut saluran dan laluan yang betul iaitu bermula dari bawah, isi borang macam ahli biasa. Ini tidak! Baru hendak masuk Umno terus dapat jumpa Pak Lah. Ini boleh mewujudkan perasaan tak senang hati di kalangan ahli lain,” katanya lagi.

Ditanya sama ada kemasukan Ezam akan memberi kesan kepada Umno atau tidak, beliau berkata, kesannya akan wujud apabila tibanya masa pertandingan dalam parti Disember ini.

Walaupun Ezam berkata beliau tidak akan bertanding merebut jawatan dalam pemilihan parti tahun ini, sedikit sebanyak kehadirannya akan membantu pihak-pihak tertentu untuk memenangi jawatan.

“Dia (Ezam) boleh dianggap sebagai aset kepada pihak tertentu untuk membantu mereka meraih undian kerana ramai lagi kawan-kawan dia dalam Umno,” kata Ahmad Atory.

Sementara itu Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Agus Yusoff berpendapat kesan kemasukan semula Ezam ke dalam Umno akan dapat dilihat jika beliau boleh membantu untuk memulihkan Umno dari dalam.

“Dia perlu buktikan bahawa dengan kemasukkannya boleh membawa perubahan positif dari dalam parti agar Umno menjadi lebih demokratik, kembali memperjuangkan hak rakyat, ubah sistem pilihan raya sedia ada yang meragukan serta menaikkan semula imej sistem kehakiman,” katanya.

Mohd. Agus berkata, mulai sekarang Ezam mempunyai cabaran yang cukup besar untuk berhadapan dengan ahli Umno dan juga rakan-rakan lamanya dalam PKR.

“Cabaran untuk Ezam ialah jika dia tak berjaya bantu bawa perubahan dalam Umno, dia akan jadi bahan ketawa semua orang sama ada PKR mahupun ahli Umno sendiri,” jelasnya.

Diminta mengulas mengenai cakap-cakap yang mengatakan kemasukan Ezam ke dalam Umno menggambarkan PKR sudah hilang kepercayaan penyokongnya, Mohd. Agus bagaimanpun menyangkal dakwaan itu.

“Saya tidak melihat PKR telah hilang kepercayaan rakyat kerana dalam politik macam-macam perkara boleh berlaku, ia akan berubah mengikut masa dan situasi.

“Kalau hari ini kita lihat Ezam masuk Umno, tak mustahil esok akan ada juga ahli Umno yang masuk PKR,” katanya.

Mengambil contoh Dr. Mahathir yang sebelum ini mendaftar sebagai ahli seumur hidup dalam Umno juga bertindak keluar pasrti, maka tidak mustahil perkara seumpama itu akan terus berlaku.

Baginya persoalan sama ada penyertaan Ezam dalam Umno adalah sebagai strategi politik, beliau berpendapat, soal itu tidak timbul.

“Perkara ini (masuk Umno) berlaku kerana dia merasakan perjuangan PKR tidak lagi sesuai untuk dia. Jadi dia pilih Umno kerana baginya melalui Umno pembaharuan untuk kepentingan rakyat dapat dilakukan,” katanya.

Ketika ditanya pandangan melalui pemerhatiannya dalam arena politik semasa yang boleh disimpulkan bahawa PKR sudah tidak lagi relevan, Mohd. Agus berkata “Tidak... saya tak katakan PKR tak relevan.”

Reaksi berbeza pula diberikan oleh Pengarah Institut Kajian Etnik, UKM, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin yang berpendapat isu Ezam kembali menyertai Umno adalah perkara biasa.

“Perkara keluar masuk parti ini bukan sesuatu yang baru, dulu pun ramai juga yang keluar Umno masuk Semangat 46. Kemudian bila dah hilang semangat, mereka masuk semula ke Umno,” katanya.

Beliau menyifatkan kembalinya Ezam menyertai Umno seolah-olah menggambarkan keadaan politik Malaysia yang boleh diibaratkan seperti "monyet yang suka melompat-lompat."

“Hari ini dia suka... dia masuk, esok dia dah tak suka dia ambil keputusan keluar parti sesuka hati. Tiada siapa boleh halang," katanya.

Jelas beliau, situasi seumpama itu secara tidak langsung dapat mensensasikan parti politik seperti Umno dan PKR yang sentiasa aktif serta tidak pernah ‘sunyi’ dari sebarang isu.

Bagaimanapun beliau beranggapan perbincangan sama ada Ezam bakal membawa perubahan atau tidak dalam Umno, sukar menemui jawapan yang tepat.

“Rasanya tak perlu kita meneka kesan atau perubahan yang mungkin terjadi bila Ezam masuk Umno. Lebih baik tunggu dan lihat sahaja kerana apa saja kemungkinan boleh berlaku dalam politik,” jelasnya.

Ezam :Kuda Kepang atau Kuda Trojan?

Oleh Al-Husseyn

Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor yang sebelum ini mendakwa menerima pelawaan beberapa parti politik, membayangkan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum akan datang.
"Ada beberapa parti yang mempelawa saya... saya sudah berbincang dengan aktivis Gerak dan mereka mahu saya terus berkecuali. Saya tidak akan bertanding di bawah mana-mana parti. Saya akan bertanding sebagai calon bebas," “Saya akan bertanding sebagai calon bebas," Demikian penegasan yang dibuat oleh Ezam. Sebelum ini Ezam ada membuat kenyataan untuk meninggalkan politik dan berjuang dengan cara lain - menubuhkan GERAK ; satu badan NGO. Tetapi kini tiba-tiba-tiba Ezam mahu bertanding dalam pilihanraya ? Adakah Ezam akan menjadikan ‘Gerak’ suatu pertubuhan NGO menjadi badan politik? Langkah yang diambil oleh Ezam ini mungkin kerana beliau terlalu yakin terhadap kemampuannya secara ‘solo’ untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.Sikap demikian menjadikan dirinya umpama siKuda Kepang -- yang hanya menjadi penglipur kepada audien yang ramai dan akhirnya longlai terkulai diakhir persembahan. Siapakah yang akan ditandinginya nanti? Kalau beliau bercadang untuk menentang Umno atau Barisan Nasional, satu pertubuhan gergasi,mampukah Ezam secara solo berhadapan dengan mereka? Ezam tentunya sedar bahawa untuk menentang satu pertubuhan gergasi seperti Umno atau BN , dia memerlukan satu pertubuhan juga. Ezam juga harus sedar bahawa selama ini aktiviti Gerak mendapat simpati dan kerjasama parti Alternatif terutamanya dari parti PAS. Adakah parti Alternatif akan memberikan laluan mudah kepada Ezam untuk bertanding secara bebas? Sedangkan sesama mereka yang bermuafakat dalam parti Alternatif pun agak liat dalam perundingan pembahagian kerusi. Ezam sudah tentunya tidak akan melobi kawasan pertandingan DAP kerana kawasan majoriti Cina. Beliau tentunya akan melobi dikawasan majoriti Melayu.Tidak ada jalan lain melainkan melobi PAS atau PKR untuk mendapatkan persetujuan mereka memberikan tempat untuknya bertanding secara solo. Dia sudah berkerat rotan berpatah arang dengan PKR. Beliau sangat marah kalau cuba dikaitkan dengan PKR. Tidak mungkin beliau sedia berunding dengan PKR. Beliau hanya ada satu sahaja pilihan – mendapat laluan daripada PAS. Apakah PAS sanggup memberi laluan kepada Ezam? Sedangkan PAS merupakan satu pertubuhan dan bergerak atas prinsip berjemaah. Kalau begitu, faktor Ezam akan menjadikan perlawanan tiga penjuru. Adakah ini akan membantu Barisan Alternatif atau BN kelak? Tidak salah kalau kita katakan bahawa Ezam merupakan ‘Kuda Trojan’?

Harap Ezam bukan 'hadiah kuda Trojan'

Dipetik dari Utusan Online (1 Jun 08)

MUAR 31 Mei - UMNO berharap tindakan beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai semula UMNO adalah ikhlas dan bukan satu perangkap seperti 'hadiah kuda Trojan'.

Naib Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun terdapat segelintir pihak yang beranggapan kemasukan semula pemimpin itu dalam UMNO sebagai menguntungkan parti namun beliau berharap mereka terbabit ikhlas apabila menyertai semula parti itu.

Tanpa menaruh sebarang syak wasangka terhadap penyertaan dalam UMNO itu, beliau bagaimanapun berkata, keputusan sama ada permohonan pemimpin-pemimpin itu diterima sebagai ahli hanya akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi (MT) yang akan bersidang.

"Bagi saya, istilah 'hadiah kuda Trojan' hanyalah sejarah Roman suatu ketika dahulu namun semua ahli dan pemimpin parti perlu berwaspada agar ia tidak berlaku dalam UMNO.

"Permohonan beberapa pemimpin pembangkang untuk masuk UMNO semula bagi saya tidak menimbulkan kesangsian, namun mereka yang mempunyai rekod dalam parti perlu melalui proses biasa iaitu dibincangkan (dalam MT) sebelum diterima semula," katanya di sini hari ini.

Kuda Trojan bermaksud muslihat tentera Greek menghadiahkan kuda kayu Trojan berisi tentera yang akhirnya menawan bandar Troy.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ditanya mengenai tindakan beberapa pemimpin PKR termasuk bekas Ketua Angkatan Mudanya, Mohamad Ezam Mohd. Noor yang memohon untuk menyertai semula parti itu, baru-baru ini.

Menurut Muhyiddin, beliau sendiri ditanya oleh ahli-ahli UMNO mengapa parti itu begitu mudah menerima semula kemasukan bekas pemimpin parti pembangkang terbabit.

Katanya, ahli-ahli juga bertanya kenapa Mohamad Ezam diberi keistimewaan untuk menyerahkan sendiri borang keahlian kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Ramai ahli UMNO yang memberikan reaksi berbeza berhubung isu ini, ada yang setuju, ada yang tidak setuju dan menyifatkan kita seperti sebuah pasar. Bagi saya, biarlah MT yang buat keputusan," katanya.

Kenali Kuda Trojan

Sejarah pasukan elit ini bermula dengan penggunaan peperangan bukan konvensional melalui helah Trojan Horse atau Kuda Trojan oleh tentera negara Greek suatu ketika dahulu. Kemunculan pasukan elit termoden mula digunakan secara meluas oleh kedua-dua buah negara Berikat dan juga Bersekutu semasa Perang Dunia Kedua. Tentera Nazi Jerman pimpinan Adolf Hitler dipercayai mempunyai pasukan elitnya yang dikenali sebagai Brandenburgers yang diletakkan dibawah seliaan unit perisikan khas infantri bagi menjalankan operasi sabotaj di Poland pada tahun 1939 yang menjadi permulaan kepada Perang Dunia Kedua dan menjadi faktor kejayaan konsep Blitzkreg. Tentera Bersekutu khasnya Britain dan Amerika Syarikat juga mempunyai pasukan elit mereka tersendiri seperti Special Air Service British dan Underwater Demolition Team Amerika. Penggunaan pasukan elit semasa peperangan tersebut telah mendatangkan kematangan konsep penggunaan pasukan itu di dalam minda penganalisis ketenteraan. Para penganalisis menilai penggunaan anggota-anggota khas yang terlatih ini dalam menjalankan pelaksanaan setiap operasi yang dianggap sukar dan mustahil untuk dilaksanakan oleh pasukan penggempur biasa.

Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, pasukan elit negara bersekutu mahupun kuasa paksi ini juga dikecilkan kerana terdapat bantahan dari para pemimipin tentera yang majoritinya dari ketenteraan konvensional. British SAS telah dibubarkan selain satu batalion simpanan iaitu 21st SAS. Kemunculan insurgensi komunisme serta faktor keganasan moden disekitar tahun 1950an hingga 60an telah mewujudkan semula pasukan elit yang mempunyai keupayaan menangani situasi berkenaan. Antaranya SAS telah menubuhkan Malayan Scout atau Perisikan Malaya bagi membantu Malaya menghancurkan kegiatan pengganas komunis semasa Darurat Pertama pada tahun 1950 serta menubuhkan Pasukan Polis Hutan atau Jungle Squad (kini Pasukan Gerakan Am) dan unit Senoi Praaq.

Untuk maklumat lanjut tentang Kuda Trojan, silalah tengok filem Troy yang dibintangi oleh Brad Pitt sebagai Archiles. Berbalik pasal nama dan watak yang dimainkan oleh Kuda Trojan, namanya memang popular, sampaikan sabun pun ada yang dinamakan Trojan. Betapa hebatnya Trojan ini dan memang tiada tandingannya.

Berbalik dengan salasila nama Kuda Trojan. Kuda Trojan atau Trojan Horse mendapat nama daripada cerita Greek dimana tentera Greek sukar untuk menawan sebuah negara yang dinamakan Troy. Setelah berkali-kali mereka mencuba namun tidak juga berhasil, ini kerana di sekeliling Bandar Troy, mereka mempunyai tembok penghalang yang sangat kukuh.

Oleh itu, mereka telah merancang suatu strategi atau taktik. Taktik yang mereka gunakan adalah dengan menyerah kalah dan memberikan hadiah berupa kuda kayu yang besar kepada raja mereka. Kuda adalah binatang yang dianggap sebagai suci oleh kaum Trojan. Tanpa puak Troy ketahui di dalam Kuda Kayu yang besar itu terdapat askar-askar Greek yang bersembunyi. Pada malam hari askar-askar ini keluar daripada Kuda Kayu mereka dan membuka pintu gerbang dari dalam. Ini membolehkan askar-askar greek yang telah menunggu diluar masuk dan seterusnya menawan Bandar Troy. Begitulah sejarah Kuda Trojan yang telah diadaptasikan dalam klimaks filem TROY.

Sejak daripada itu apa-apa yang diberi yang mempunyai maksud lain selain daripada yang kita lihat dinamakan Trojan Horse atau Kuda Trojan. Di dalam peribahasa Melayu mungkin ada udang di sebalik batu.

Di dalam konteks virus, kuda trojan ini datang dalam bentuk email, di mana email akan memberitahu yang ada berita menarik yang mungkin perlu kita baca. Manakala dalam konteks politik tanah air kita, belum tahu lagi. Tunggu dan lihat, hanya takdir yang akan menentukan. Walaubagaimana pun, saya amat meminati dan mengagumi Kuda Trojan.

Petikan dari filem Troy


video