HUDUD: HATI-HATI MENITIP BICARA

Di petik dari blog http://khairulnizambakeri.wordpress.com

Masalah paling klise di Malaysia ialah hampir semua perkara perlu jadi politik sensasi.

Termasuklah hudud.

Khairy Jamaluddin umpan Husam Musa dalam dialog tentang hudud. Dia tanya PAS mahu laksana hudud atau tidak jika Pakatan Rakyat jadi kerajaan.

Tentulah Husam jawab ya. Dialog itu pun buat di Kelantan. And he is one of PAS veeps.

Tentulah media panjangkan soalan itu pada DAP. Parti yang jelas pendirian mereka tentang hudud. In Karpal’s words - over my dead body.

Tentulah Guan Eng melenting. Katanya mahu adu pada Sheikh Anwar.

Tentulah media arus perdana jadi tukang laga. “DAP sanggah keras”. “Tarian PR semakin sumbang”. “Krisis PR semakin serius”.

Tentulah Najib tukang tambah. Katanya hudud hanya slogan. Kalau benar mahu buat - laksanakan di Kelantan terlebih dahulu.

Tapi ini bukan soal pelan tenaga. Bukan pelan kesihatan. Atau RM5 billion dari KWSP ke Valuecap.

Ini hudud. Bak kata Nik Aziz, ini hukum Allah. Bukan hukum PAS. Bukan PAS yang suruh buat hudud.

Maka, adalah janggal dan hodoh apabila sesama Muslim saling cabar-mencabar tentang pelaksanaan hukum Allah.

Lebih sayu apabila pihak bukan Muslim menentang secara semberono tanpa pemahaman jelas tentang konsep hudud sebenar.

PIHAK 1: PAS
Orang-orang PAS jangan cepat melatah. Takkan kena cucuk dengan KJ sudah naik berang?

Apabila sudah sebumbung dengan DAP, maka ambillah peluang ini untuk menerangkan tentang konsep hudud. Jelaskan posisi masyarakat bukan Islam dalam hal ini.

Nik Aziz selalu buat perkara ini di Kelantan. Mengapa tidak lebarkan dengan rakan politik lain?

PIHAK 2: DAP
Hormati struktur agama lain sepertimana kalian mahu agama kalian dihormati. Tidak kiralah sama ada Buddha, Kristian, Hindu atau lain-lain agama.

Kenyataan hudud tidak sesuai dilaksanakan sememangnya mengguris hati orang Islam, tambahan pula regu kalian - PAS, yang jelas menjadikan Islam sebagai teras perjuangan.

Benda dalam kelambu, kalau sudah dibongkar selak - malunya sukar dielak.

PIHAK 3: UMNO
Jangan biadap dengan hukum Tuhan.

Walau apapun beza UMNO dengan PAS - jangan samakan hudud dengan slogan. That is an insult, Pak Jib.

Sekalipun PAS ingin menjadikan hukum Allah menjadi slogan atau teras perjuangan, maka di manakah salahnya?

Lebih hina apabila mencabar rakan seagama menjalankan hudud di negeri mereka terlebih dahulu.

Habis kalian ini agama apa? Berbezakah Islam yang kalian anuti? Tidak ada hudud? Hanya Hadhari?

Panjang sikit aku membebel. Hehe. Terima kasih pada yang baca hingga barisan ini.

1 comments:

ketam berkata...

Aku hairan bila HUSAM kata syabas kepada UMNO kerana terang-terang tolak HUDUD.. aku ingat kepala mamat ni dah biol kot.. bila masa kawan-kawan aku dalam UMNO tolak HUDUD??

Asyik salahkan UMNO tp apabila KUASA MAHKAMAH SYARIAH di pertikaikan oleh DAP dan harbi-harbi TAK PULAK PAS nak pertahankan.. yg asas pun tak berani nak pertahankan ini kan pula yg HUDUD..

Sila beritahu kepada semua wakil kamu UMNO teranglah perkara yg sebenarnya.. nampaknya sesetengah pemimpin PAS sekarang dah memang dah lari prinsip perjuangannya... kesian PAS