BN take over PERAK

PUTRAJAYA 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.

Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.

Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi.

Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.

Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu. - Utusan

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

BN MUKA TAK MALU.... HEIIII LAKNAT PUNYA ORANG ENGKAU NI TAK KIRA DOSA PAHALA DAH MENIPU RAKYAT IKUT SUKA HANGPA AJE SEDAR LE SIKIT KUBUR KATA MARI RUMAH KATA PERGI DOK GILA KUASA SANGAT NAPE. ENGKAU ORANG NI GILA KUASA DAN DUIT AJE BUKAN BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT PI MAMPUS LAH NAJIB DAN KRONI KRONI NYA.... ASKAR MARAH. LAKNAT NAJIB

askar marah berkata...