Salam Rakan Bloger Semua,
Minggu ini kita dihidangkan dengan isu muzakarah di antara UMNO dan PAS, tetapi Kuda Trojan saya malas mengulas ttg isu ini kerana boleh dianggap sebagai sudah lapok.
Walaubagaimana pun Kuda Trojan saya amat tertarik dengan keberanian Menteri Penerangan berdebat dengan DSAI pada mingu lepas. Sungguhpun beliau mendapat kritikan yg hebat oleh kebanyakan bloger, namun Kuda Trojan saya tetap memuji perubahan yang dilakukan oleh beliau, ianya merupakan satu detik sejarah dalam demokrasi negara kita.
Program debat ini sepatutnya diteruskan dari masa ke semasa, ianya sebagai hidangan kepada rakyat dan biarlah rakyat menilai sendiri berdasarkan hujah-hujah yang diberikan.
Untuk debat yang akan datang, Kuda Trojan saya mencadangkan debat di antara PM dengan MB Kelantan, cadangan tajuk debat adalah Islam vs Sekular atau mana-mana tajuk yang sesuai dengan mereka. Bagi merealisasikan debat ini, Kuda Trojan saya menyeru rakan bloger semua agar mendesak Menteri Penerangan mengadakan debat ini dengan cara membuat posting berhubung debat tersebut dalam blog masing-masing. Macam mana, setuju tak?
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu
Sehari yang lalu
4 comments:
aku secara am yer setuju gak dgn cadangan kuda trojan..
tetapi berani kah pak lah tue???
Kita sebagai bloger, bagilah moral support kat PM kita tu, debat sebenarnya bukannya utk mencari pemenang. Eloklah program debat diteruskan, aku tgk program kat TV banyak yang merapu sangat.
Sokong. Baru yang gelap jadi terang.
Orang paham ke loghat Kelantan?
aku lagi sokong muzakarah dari debat..kalo perdebatan masing2 akan mempertahankan hujah masing2..kalo muzakarah..lebih bertoleransi dan lebih aman damai..masing2 akan lebih berbincang utk mendapatkan penyelesaian dari berdebat mempertahankan hujah..bukanker memikirkan penyelesaian lebih baik daripada mempertahankan hujah..dan dalam islam pon takder halangan utk menyampaikan dakwah pada sesiapa sahaja dan bukankah perjuangan Pas Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
jika pemimpin islam menjadikan politik ini sebagai landasan utk memperkembangkan islam di Malaysia,maka jawatan dan parti bukanlah perkara pokok kan..
Jika malam nie UMNO tukar dasar sepenuhnya kepada ISLAM..Esok pagi boleh tak PAS dibubarkan?
Catat Ulasan