Setiap hari media massa khasnya TV3 akan menyiarkan kenyataan dan sedutan ucapan Ezam Mohd Noor. Seolah-olah Ezam berjawatan penting dalam UMNO atau memegang jawatan dalam kabinet kerajaan maka setiap yang keluar dari mulutnya akan ditonjolkan.
Bagi saya tak usahlah percaya lagi temberang si Ezam ini. Semasa dalam keAdilan dulu dia sudah temberang semua orang kononnya ada 6 kotak bukti rasuah dan penyelewengan pemimpin UMNO/BN. Tapi sampai dia masuk semula UMNO isi kandungan kotak langsung tidak didedahkan.
Bukankah itu temberang namanya?
Kalau benarlah dia seorang yang mengagungkan integriti tentu sahaja selepas keluar PKR dan bergerak cergas dalam GERAK sepatutnya dia berjuang habis-habisan untuk mendedahkan 6 kotak bukti rasuah dan penyelewengan pemimpin UMNO/BN. Barulah anak jantan namanya apabila seorang demi seorang pemimpin UMNO/BN dibawa ke muka pengadilan. Alih-alih dia pulak terjun semula ke dalam tong taik UMNO dan bergomol-gomolan semula dengan semua pemimpin UMNO/BN yang beliau tuduh sebagai penyeleweng dan kaki rasuah itu.
Bukankah itu temberang namanya?
Sekarang dia nak buka temberang baru kononnya ada rahsia besar tentang PKR yang akan didedahkan jika sekiranya beliau terus-terusan ”diserang” akibat kemasukannya semula ke dalam UMNO. Sebenarnya dia kepanasan kerana tidak menyangka bahawa terlalu banyak tekanan yang dihadapinya bukan sahaja daripada rakyat malah tentangan dari dalam UMNO/BN sendiri khasnya daripada parti bukan Melayu kerana Ezam membawa semula slogan ketuanan Melayu. Sedangkan situasi politik sekarang sudah menolak dasar politik perkauman. Maka MCA, MIC dan Gerakan semakin menjauhkan diri daripada UMNO sebab kalau politik perkauman terus ditiupkan oleh Ezam, peluang UMNO/BN untuk meraih semula sokongan rakyat akan hanya tinggal mimpi. Dulu bukankah dia juga yang memperjuangkan politik pelbagai kaum maka sering beriringan dengan Tian Chua dan Gobalakrishnan.
Bukankah itu temberang namanya?
Kalaulah benar ada rahsia besar PKR, apa ditunggu lagi. Dedahkanlah sekarang supaya dengan pendedahan itu akan terus menutup mulut DSAI. Bukankah itu misi utama dia masuk semula ke dalam UMNO iaitu untuk menghalang DSAI menjadi Perdana Menteri dan menumbangkan kerajaan PR terutama sekali Selangor.
Bukankah itu temberang namanya?
Ezam kata dia akan dedahkan rahsia besar itu apabila keluar dari mulut DSAI atau Wan Azizah sendiri yang mengatakan bahawa beliaulah punca konspirasi liwat yang terbaru. Kenapa dia berkata begitU? Sebab rahsia itu sebenarnya tak wujud. Ini kerana dia tahu bahawa DSAI dan Wan Azizah bukan sahaja belum malah tidak akan menuduh bahawa dialah punca konspirasi. Maka dengan ini tak perlulah dia mendedahkan apa-apa rahsia kerana DSAI dan Wan Azizah tidak menuduh dia.
Bukankah itu temberang namanya?
Oleh itu, mulai saat ini janganlah kita semua percaya akan kata-kata Ezam munafik ini. Hidup dia sekarang sangat tertekan kerana sumpah keramat yang dilafazkan dulu sedang memakan dirinya sendiri. Kononnya bersumpah untuk mendedahkan rasuah dan penyelewengan pemimpin UMNO/BN tetapi sekarang dia pula yang bersekongkol dengan UMNO/BN. Adakah anda semua melihat walaupun seorang pemimpin UMNO/BN yang didakwa ke mahkamah hasil pendedahan 6 kotak rahsia milik Ezam? Tak ada kan?.
Bukankah itu temberang namanya?
Termasuklah laporannnya yang terakhir tentang menteri kanan yang menyeleweng kononnnya dia ada bukti dan telahpun menyerahkan bukti itu kepada PM. Adakah anda semua masih ingat lagi tempoh yang Ezam berikan kepada PM untuk mengambil tindakan terhadap Menteri terbabit. Bukankah 2 minggu? Selepas 2 minggu jika PM tidak ambil tindakan, Ezam sendiri akan dedahkan nama Menteri tersebut. Selepas 2 minggu apabila PM tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Menteri terbabit adakah Ezam umumkan nama Menteri tersebut. Tidak, bukan?
Bukankah itu temberang namanya?
Yang sudah tu sudahlah. Tak usahlah dilayan si Ezam tu. Sebelum ini saya begitu kagum dengan semangat dia menentang kezaliman UMNO/BN. Saya begitu menyanjungi beliau kerana sanggup masuk penjara demi menentang rasuah dan penyelewengan. Apa dah jadi sekarang? Rafidah Aziz sihat walafiat tak kena apa-apa pun tindakan sebaliknya Ezam melutut semula ke kaki Rafidah kerana Rafidah adalah Ketua Wanita UMNO Malaysia, statusnya lebih tinggi daripada Ezam yang bertaraf barua dan sekarang menjadi kutu berahak serta sanggup bersengkang mata setiap malam untuk mengagungkan semula parti UMNO yang penuh dengan pemimpin yang rasuah dan menyeleweng. Jadi, apa pendapat anda tentang Ezam sekarang? Boleh percaya ke tidak?
Bukankah itu temberang namanya?
Siapa yang temberang = EZAM MOHD. NOOR.
E ngkau gadai maruah diri
Z alimi pemimpin yang pernah engkau sanjungi
A gongkan semula parti yang rakyat benci
M asa menentukan sumpahmu memakan diri
Berhati-hatilah Ezam bahawa Allah sedang melihat perbuatanmu.
Dipetik dari TranungKiteOnline
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu
Sehari yang lalu
1 comments:
benar. Saya tidak ada masalah dengan kudatrojan saudara. Tetapi, kudatrojan saudara yang beria-ia nak kongsi masalah dia dengan semua.
Masa kecik dulu, orang panggil golongan macam ni sebagai batu api.
Catat Ulasan