Pada pandangan Kuda Trojan saya, isu kenaikan harga minyak sebenarnya dah mulai reda pada hari ini, walaubagaimana pun isu kenaikan harga minyak ini akan kembali hangat diperkatakan semula sekiranya Menteri Penerangan gagal dalam menerangkan strategi kerajaan menaikan harga minyak dalam debat malam ini.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Menteri Penerangan kerana berani dan ikhlas dalam memperjuangkan strategi jangka panjang kerajaan dalam menangani isu tersebut. Walaubagaimana pun, Kuda Trojan saya juga terharu dengan kesanggupan Menteri Penerangan menyerahkan kepada PM tentang kedudukan jawatan beliau sekiranya beliau gagal pada malam ini. Kuda Trojan saya juga mencadangkan kepada Menteri Penerangan supaya beliau meletak jawatan saja sekiranya gagal. Maka peluang Kuda Trojan saya untuk dilantik sebagai senator dan seterusnya memegang jawatan Menteri Penerangan.
Walau apa pun, syabas diucapkan kepada Menteri Penerangan kerana membuka lembaran baru ke arah negara demokrasi yang lebih telus. Sama-samalah kita mengikuti rancangan debat pada malam ini.
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu
Sehari yang lalu
7 comments:
Memang tak dinafikan DSAI mmg seorang pemidato yang hebat. Beliau banyak mengutarakan fact and figure.
Menteri Penerangan pula nampak tak berapa profesional, banyak menyentuh hal peribadi. Setakat nak sentuh hal peribadi, aku rasa beliau boleh menggunakan ruang yang ada, apa nak risau Menteri Penerangan.
Nasib baik debat ini 1 jam termasuk iklan, kalau tak makin merapu lagi Menteri Penerangan.
Walaubagaimana pun, aku ucapkan tahniah kepada Menteri Penerangan merupakan seorang yang berani.
Den ucapkan tahniah pado Mad Shabery pasal berani merapu samo Dato Seri Anwar....
betul kudatrojan. Jangan semua benda nak dipolitikkan. Ada benda perlu didebat secara sihat dan berilmu. Assistant Datuk Shabery lagi parah.
Salam Kuda Trojan,
Mak Cik rasa Sabery Chik "did well". Orang muda yang baru menyandang jawatan Menteri nak lawan kaki pemidato hebat dan season macam Anwar Ibrahim.
Dia jawab dengan fakta walau pun Mak Cik setuju dengan serangan peribadinya atas Anwar. (setuju). Memang patut.
Anyway, seperti yang dijangkan Anwar akan main sentimen emosi menggunakan 'kepentingan rakyat". Mengaburi fakta dan melepasi apa pun kononnya untuk rakyat.
Dia sanggup janji apa sahaja. (Samalah dengan Khalid Ibrahim di Selangor ni, janji apa sahaja). Pada halnya bukan untuk rakyat tapi untuk dia jadi PM. Waiyazubillah...
Do you honestly want this guy to be your PM???
salam KUDA tROJAN
rATA2 SEMUA BLOG YANG KU INTAI BERKISARKAN debat yang memalukan orang suruhan PakLah,
esok mari kita tengok akhbar/media kerajaan VS media pembangkang, masing -masing mengatakan pemimpin mereka yang terbaik, dah tentu sokong pemimpin mereka.
apapun debat tadi menjadi sejarah negara bilamana pemimpin pembangkang diberi ruang oleh Menteri Penerangan Muda ini.
Ulasan:
1. Syabas kepada Datuk Shabery yang menjadi pemimpin UMNO yang berani dari pemimpin UMNO yang lain seperti Naib Presidennya dan yang lain2 yang lebih banyak cakap dari jauh.
2. Lebih terbuka dari Bekas Menteri Penerangan terdahulu terutama Mydeen yang penakut lebih banyak serang peribadi DSAI melalui TV RTM dengan propragndanya yang akhirnya terlokop jahanam kalah dalah PRU12.
3. Boleh dikatankan Ahmad Shabery lah yang sebenarnya mengangkat martabat kepimpinan UMNO darilain-lain pemimpin yg senior yang lain hampeeh habok pun tarak..
4. DSAI lebih tenang dari Shabery yang agak gugup dan tercari2 jawapan yang pasti dan akhirnya untuk menutup kelemahannya itu , beliau menyelitkan serangan pribadi DSAI.
5. Penyokong Shabery (wak kardy)menyoal soalan yang berniat jahat tetapi cepat ditangkis oleh DSAI dan termalu sendiri.
6. Penyokong DSAI menyoal shabery dan shabery tidak menjawab soalan zulkifli.
7. Sebenarnya secara hakikatnya semua MP kerajaan terlebih dahulu telah diberi openerangan tentang PETRONAS, namun mereka terpaksa akur dengan bersetuju kerana dibawah kepimpinan kerajaan.
8. DSAI lebih banyak fakta berkaitan dengan INFLASI namun Shabery lebih berpusing-pusing menghentan DSAI.
9. Moderator, Johan Jaafar juga cuba memerangkap DSAI dengan memberi nasihat kepada nya jangan jadi PM.
10. Akhirnyanya yang paling memalukan ialah apabila DSAI menempelak Shabery BAHAWA BELIAU SENGAJA TIDAK MEMBALAS SERANGAN SHABERY WALAUPUN MENTERI MANTAN 46 ITU SECARA TERANGAN MENYERANGNYA KERANA FAHAM BAHAWA FORUM ATAU DEBAT MALAM INI ADALAH BERKISAR TAJUK DAN FAKTA.
10. SEPETUTNYA LEBIH BAIK BAWA KUDA TROJAN YG DISERAHKAN PADA UMNO TU
DIAKHIR MAJLIS SHABERY SEOLAH2SEPERTI TERPAKU SEHINGGA SDAI YANG DATANG BERSALAM DENGANNYA
Saya amat bersetuju dengan kulatlapok, orang yang layak menggantikan Menteri Penerangan yang ada sekarang adalah KUDA TROJAN saya.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menurunkan margin simpanan (reserve margin) bekalan tenaga elektrik negara daripada 41 peratus kepada 25 peratus menjelang 2014 bagi menjimatkan perbelanjaan sehingga RM1.5 bilion setahun yang ditanggung kerajaan dalam industri tenaga.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata proses untuk menurunkan margin itu memerlukan tempoh masa lama kerana banyak perkara perlu diambil kira seperti komponen bekalan tenaga elektrik, daya harap tenaga dan perkembangan ekonomi negara.
"Dalam usaha menurunkan margin simpanan, kerajaan bercadang menghentikan operasi stesen janakuasa hidroelektrik yang sudah lama beroperasi iaitu melebihi 20 tahun kerana sumbangannya tidak banyak membantu menghasilkan tenaga elektrik.
"Stesen janakuasa lama seperti di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor antara penyumbang kepada peningkatan margin simpanan yang terpaksa ditanggung berikutan kos operasi di stesen janakuasa itu," katanya di pejabat kementeriannya di Parlimen, semalam.
Beliau berkata, usaha menghentikan operasi stesen janakuasa yang lama itu boleh dilakukan kerana bekalan tenaga elektrik negara yang menggunakan stesen janakuasa hidro bukan dalam peratusan yang besar.
"Buat masa ini, gas menjadi sumber paling besar yang menyumbang kepa-da bekalan elektrik negara iaitu 60 peratus, mana-kala arang batu 29 peratus dan elektrik daripa-da tenaga hidro antara lapan hingga 10 peratus saja.
"Bagaimanapun, perancangan bergantung kepada pelan induk yang dirangka kementerian dan dijangka siap pada September ini. Jika kerajaan berjaya menurunkan margin simpanan itu, ia bakal memberikan penjimatan kepada negara yang dianggarkan berjumlah RM1.5 bilion setahun.
Ditanya rundingan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) bagi merundingkan semula perjanjian pembelian tenaga (PPA), Shaziman berkata, kementerian menyerahkan kepada TNB membuat rundingan itu.
"Kita bagi mereka masa buat rundingan dan sekiranya dalam masa dua atau tiga bulan masih tidak berjaya, kita akan minta Suruhanjaya Tenaga memberikan bantuan," katanya.
Mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa negeri itu tidak dibekalkan tenaga elektrik yang cukup, Shaziman berkata, ia tidak benar kerana Pulau Pinang adalah antara negeri yang menerima margin simpanan tinggi iaitu 50 peratus.
"Sebanyak tujuh kabel dari Semenanjung disambung ke negeri itu untuk membekalkan tenaga elektrik mencukupi. Itu jelas Pulau Pinang dapat bekalan cukup," katanya. – Berita Harian Online
AKU MALU LA SEBAB KERAJAAN GUNAPAKAI IDEA ANUAR.
APA TAK DA KE IDEA LAIN.
INI MENUNJUKKAN KELEMAHAN KITA
Catat Ulasan