Terkini, Kuda Trojan saya bersedia untuk bertanding dalam pilihanraya kecil di Bandar Tun Razak sekiranya diberi peluang oleh pucuk pimpinan BN.

PETALING JAYA 28 Julai - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor bersedia bertanding melawan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Bandar Tun Razak.

Ezam berkata, beliau tidak gentar untuk menghadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekiranya dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi BN untuk bertanding. - Utusan

4 comments:

kulatlapok berkata...

salam KUDA TROJAN,

Perasaan semangat BONGKAK mula meresapi jiwa KUDA Trojan. "Sabar anak Muda jangan diikutkan hati yang sedang membara, kalau iapun Kuda Trojan hendak membalas dendam jangan terlalu ANGKUH sedemikian rupa...

Masih ingat dengan kenyataan Ustaz UMNO yang hendak menentang Datuk Seri Wan Azizah..??

Apa katanya..??? Kata Ustaz tersebut: "Saya tidak bimbang bertanding di Permatang Pauh, tetapi apa yang saya bimbangkan kalau2 Wan Azizah tidak bertanding pada pilihanraya kali ini.."

Akibat kebongkakkan Ustaz tersebut maka beliau telah kalah dengan majoriti 2x ganda lebih dari undi yang dibanggakan pada PRU11...

PS* Allah benci kepada hambanya yang bongkak....Wallahualam

KUDA TROJAN berkata...

Terima kasih di atas nasihat Kulatlapok, nanti saya sampaikan pada Kuda Trojan saya.

Saya pun masih menunggu bila agaknya Kuda Trojan saya bongkarkan 6 kotak peti rahsia. Sama-samalah kita tunggu

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri berkata...

Salam, saya berminat bertukar link dengan blog ini. Jentayuabaka.blogspot.com turut membincangkan isu politik tanah air.

KUDA TROJAN berkata...

OK, tiada masalah tu.