Dipetik dari blog SUARA SUKJ,
Jika TV3 telah dirasuk syaitan, adakah kini Ezam Mohd Noor pula terkena penyakit Sawan?
Ada sesetengah orang memanggil penyakit sawan ini dengan nama penyakit 'Gila Bab...?
Seperti mana yang selalu saya sebut sebelum ini, bila berlangsungnya PRU atau PRK saya menonton TV3 bukan untuk melihat berita tetapi mahu melihat Propaganda.
Sebentar tadi dalam Buletin Utama TV3, kita dapat saksikan bagaimana bekas orang kuat PKR Saudara Ezam Mohd Noor berkempen dengan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara yang paling saya tertarik sekali ialah melihat Ezam berucap dengan penuh emosi hinggakan dirinya seolah-olah sudah terkena penyakit sawan atau gila bab...?
Saya ingin bertanya:
1) Kitab apa yang Ezam baca...nak kutuk Anwar Ibrahim tetapi pada masa yang sama cuba mengikut 100% 'style' atau gaya Anwar Ibrahim berucap?
2) Sekolah mana Ezam belajar...nak kutuk Anwar Ibrahim tetapi pada masa yang sama cuba nak ikut 100% 'intonasi' Anwar Ibrahim berucap?
3) Dimana letaknya 6 kotak yang beliau laung-laungkan sebelum ini? Adakah kota-kotak itu telah disandarkan di 'Pajak Gadai'...?
Bagi saya jika nak berucap dengan tujuan nak kutuk orang atau nak hentam orang, gunakanlah identiti sendiri kenapa pula perlu meniru gaya Anwar Ibrahim kemudian pada masa yang sama anda sendiri telah taksub 100% dengan gaya Anwar Ibrahim berucap.
Apa yang membanggakan saya ialah kebetulan selepas TV3 menyiarkan ucapan Ezam, ia disusuli pula ucapan oleh Ahli Parlimen Rembau iaitu YB Khairy Jamaluddin. Jelas kita semua dapat saksikan KJ memang ada identiti tersendiri...gaya tersendiri...serta intonasi yang tersendiri bila beliau berucap dalam kempen berkenaan.
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu
Sehari yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan