Ezam Mohd Nor lahir 24 April 1967 di Klang, Selangor. Beliau merupakan ahli politik Malaysia bermula dari UMNO. Dia keluar dari parti pada 1998 dan kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat, namun keluar dari parti itu pada 2007 dan memohon menyertai semula parti UMNO pada 28 Mei 2008.

Pendidikan

Beliau pernah bersekolah di Victoria Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1980 sehingga 1984. Beliau menyambung pelajaran beliau di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan ekonomi dari tahun 1987 hingga 1991.

Penglibatan politik

Beliau menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Selangor pada 1993 sehingga 1996 kemudian menjadi Setiausaha UMNO Negeri Selangor dari 1996 sehingga 1998. Kemudian beliau menjadi Naib Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan dari 1998 sehingga 1999.

Ezam adalah bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK) dari 1999 sehingga 2005. Beliau pernah menjadi Setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan teks ucapan, perancangan politik dan sebagainya. Beliau juga pernah menulis teks ucapan untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2 September 1998, beliau bersama lain-lain pemimpin turut keluar dan mengadakan demonstrasi jalanan di ibu kota Kuala Lumpur. Kehadiran beliau di pentas politik mampu menarik kehadiran ramai penyokong dan penonton.

Ketika Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh, beliau antara yang tetap setia mempertahankan Anwar.

Beliau merupakan bekas pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), sebuah badan yang ditubuhkannya tidak lama selepas beliau bebas dari tahanan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA). Pada tahun 2001 Ezam telah didakwa di bawah OSA kerana memiliki fail kes rasuah Rafidah Aziz. Pada tahun 2002, Ezam telah dijatuhkan dua tahun penjara. Ezam pernah mendakwa memiliki enam kotak dokumen sulit kerajaan.

Merajuk

Beliau dikatakan tidak dapat bekerjasama dengan Mohamed Azmin Ali kerana berlainan cara perjuangan. Baginya Anwar Ibrahim telah menyimpang jauh dari arus perjuangan suatu ketika dahulu.

Pada 28 Mei, Ezam memohon menyertai semula parti UMNO setelah menyerahkan borang keahlian dan yuran sebanyak RM100 untuk menjadi ahli seumur hidup kepada Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

7 comments:

Harimau-Menaip berkata...

Mamat ni ke calon BN?

KUDA TROJAN berkata...

Rasanya macam tulah. Kita tunggu keputusannya.

Faisal Tehrani berkata...

Calonnya Saiful Bukhari. Kerana ia bukan pilihanraya tapi pilihan persepsi.

ayor lemuju berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ayor lemuju berkata...

Layout yg cantik. Kalau ada jalur gemilang di sidebar takkan mencacatkan. Mari kibarkan bendera sempena bulan Merdeka ini

Desressurection berkata...

Salam Tuan...

Blog saya WWW.PILIHANANDA08 telah DICEROBOH! Saya sekarang sedang mengemaskinikan tapak baru blog saya,

www.pilihan-anda.blogspot.com

Harap Maklum terima kasih

Pemerhati Dunia berkata...

KALAU EZAM ADA, BOLEHLAH DIA PECAHKAN RAHSIA ANWAR AL-JUBRI WAL LIWATI SI SAIFUL BUKHARI!!!

Jemput ke blog saya, http://lolongansejati.blogspot.com/