Datuk Bollywood Pertama



Dipetik dari Blog Kulatlapok

Boleh dikatakan kebanyakan blog yang aku terokai pagi ini semua mengisahkan kemurahan kerajaan negeri Melaka menganugerahkan 'Datuk' kepada pelakon bolywood terkenal. Dahulu isu penganugerahan ini menjadi topik panas bilamana Melaka merupakan negeri yang melambakan anugerah Datuk paling banyak selepas Datuk Ali dipilih menjadi Naib Presiden UMNO. Kali ini seperti ada 'udang disebalik batu' apabila anugerah kepada pelakon tersebut ada kaitannya dengan jawatan yang bakal ditandinginya pada pemilihan UMNO Mac depan.

Alasan pengiktirafan tersebut, menurut kenyataan Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, En. Saadun Basirun (Akhbar Sinar Harian - 11 oktober - N13) : "IALAH KERANA KEMASYHURAN NAMA DAN POPULARITINYA DI KALANGAN PEMINAT DI NEGARA INI DAN USAHA KOMITEDNYA MEMARTABATKAN SENI DI MATA DUNIA"
Sila baca kenyataan dari SUKJ di bawah ini mungkin ada kebenaranya:
Alasan yang diberikan oleh pemerintah kerajaan negeri Melaka diatas penganugerahan Datuk ini tentunya berbeza dengan persepsi rakyat kebanyakan. Manakala bagi seorang 'Blogger 3rd Class' seperti saya ini sudah tentu mempunyai penilaian dan persepsi yang lebih kehadapan dari rakyat biasa. Persepsi dan penilaian saya adalah seperti berikut:
1) Melaka memang telah dikenali sebagai negeri 'pemurah dan pemudah' untuk anugerah Datuk. Ini kerana Gabnornya terdiri dari pemimpin-pemimpin UMNO.
2) Walaupun Shah Rukh dikurniakan Datuk tetapi beliau tidak hadir pada hari ini. Ini bermakna sudah tentu satu tarikh khas dan satu majlis khas akan diatur untuk anugerah kepada Shah Rukh Khan. Bila agaknya..?
3) Bila agaknya mungkin Datuk Ali Rustam lebih tahu tarikh tersebut.
4) Tidak dinafikan Datin Seri Rosmah Mansor isteri Najib memang minat sangat dengan pelakon-pelakon Hindi yang terkenal.
5) Jadi kehadiran Shah Rukh memang dirancang khas dimana akan ada majlis khas tertentu yang akan dihadiri oleh Datin Seri Rosmah Mansor.
6) Kesimpulannya, jika pemimpin dan bekas pemimpin UMNO di Melaka mahu 'membodek' Datuk Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri, maka UMNO Melaka perlulah menjaga hati Datin Seri Rosmah Mansor.

Kulat: Sependapat dengan SUKJ. Kita lihat dimana rasionalnya anugerah ini diberikan kepada pelakon bolywood ini. Apa jasa-jasanya yang telah dicurahkan untuk pembangunan dan kemajuan negeri Melaka? Apa cabang seni yang telah dia 'martabatkan'? Dondang sayang? Nazam? Joget? Ghazal? Adalah lebih baik ianya diberikan kepada artis2 di negara kita yang telah berjasa dan menaikan imej negara. Apapun kita tunggu dan lihat apa kenyataan dari pemimpin2 UMNO. Kalau di Melaka sudah tentu menyokong tanpa berbelah bagi.

1 comments:

Fazrulls berkata...

Salam Tuan,

Harap selepas ini boleh lah kita bagi pulak gelaran datuk pada perlumba F1, moto GP dll.. sebab depa pun masyur juga di kalangan peminat di Malaysia dan serata dunia..