Rakyat di permainkan



Sila renungkan berita tersebut....


Petrol mungkin kembali RM1.92 seliter

JOHOR BAHRU 10 Okt. – Dengan harga minyak dunia kini turun kepada AS$82 (RM287) setong, kerajaan membayangkan harga petrol di negara ini dapat kembali dijual pada harga RM1.92 seliter seperti dua tahun lepas jika harga minyak global jatuh di bawah AS$72 (RM252) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, fenomena itu dijangka berlaku jika permintaan minyak mentah di pasaran dunia menurun dan tercetus kemelesetan ekonomi dunia.

“Kalau kita mahu menikmati semula harga petrol RM1.92 seliter, maka harga minyak dunia perlu turun mencecah AS$72 setong.

“Harga minyak dunia semakin menurun dan penurunan harga boleh berlaku sekiranya kurang permintaan di negara maju seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat (AS),” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan penaiktarafan kilang zip, YKK (M) Sdn. Bhd., yang bernilai RM6.4 juta di Larkin di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan YKK, Sakato Nagasaki.

Penurunan kali terakhir harga petrol dan diesel di negara ini ialah pada 24 September lalu dengan harga minyak petrol jenis RON 97 turun kepada RM2.45 seliter, RON 92 kepada RM2.30 seliter, manakala diesel kepada RM2.40 seliter.

Sebelum itu, harga petrol ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Menurut Shahrir, penurunan harga minyak oleh kerajaan dibuat berpandukan fakta mengikut kadar pertukaran ringgit dengan dolar AS.

Jelasnya, jika nilai ringgit meningkat berbanding dolar maka harga minyak akan dapat diturunkan ke paras yang lebih rendah.

Katanya, keputusan mengenai penurunan harga minyak akan diketahui pada mesyuarat kabinet akhir bulan ini.

Sementara itu, Shahrir memberitahu, bukan kesemua barang keperluan di negara ini dapat dikawal harganya kerana ketiadaan mekanisme harga.

Contoh, terbaik, katanya, ialah santan kelapa.

“Santan tidak boleh dikawal kerana kita tidak tahu sukatan kepekatannya. Ada permintaan santan pekat dan santan cair, ini perkara logik yang harus difahami pengguna,” katanya.

Bagaimanapun, jelas beliau, kerajaan mengawal harga kelapa parut yang termasuk dalam 17 barangan kawalan pada musim perayaan.

Menurutnya, sebanyak 600,000 biji kelapa dari Indonesia telah diimport menerusi FAMA pada musim Hari Raya Aidilfitri lalu bagi membantu mengawal harga santan.

Shahrir menjangkakan tiada masalah permintaan akan berlaku pada perayaan Deepavali hujung bulan ini.


Dan ini kenyataan dari menteri yang sama.


Penurunan harga minyak tak melebihi 15 sen

JOHOR BAHRU: Penurunan harga minyak runcit tempatan yang dijangka berlaku akhir bulan ini tidak akan melebihi 15 sen.

Perkara itu dinyatakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, di sini, hari ini.

Ni kenyataan tentang harga minyak semasa

Petrol turun 15 sen lagi?

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Ekoran harga minyak mentah global turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini, kerajaan membayangkan akan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel pada akhir bulan ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengulas penurunan harga minyak mentah dunia sehingga AS$62 (RM221.34) setong kelmarin.

Dalam pada itu, para penganalisis meramalkan fenomena penurunan harga minyak itu akan berterusan.

Mereka menjangkakan harga minyak mentah bagi pasaran Amerika Syarikat akan turun sehingga AS$50 (RM178.50) setong tahun depan.
Harga minyak mentah dunia tiga bulan lalu ialah AS$147 (RM524.79) setong, iaitu paras tertinggi dalam sejarah


Nampak gaya nya penyakit flip-flop ni dah menular ke semua menteri. Ingatkan ketua saja yang ada penyakit ni, rupa-rupanya anak buah pun dah terkena.. Macam aku cakap la, terjun dalam politik sama macam terjun dalam lubang taik! apa yang diorang cakap semua tak boleh percaya.

Aku bukanlah penyokong PKR yang gila isim nak jadi PM tu, konon2 utk ketuanan rakyat la, ape la.. taik jer semua tu, tak payah nak tipu la.. Korang pun sebenar nya gilakan kuasa juga. Kalau korang ada kuasa, korang akan buat perkara yang sama, jangan cakap la korang bergegar-gegar semua ni untuk membela nasib rakyat! piiiraahhh... Banyak perkara yang boleh berlaku jika DSAI jadi PM, mungkin kawan-kawan muhibbah nya yang paling gembira dengan semua ni.

Pun begitu, menyokong KERAjaan bukanlah penyelesaian yang baik, kalau di lihat sekarang pun, ada manusia yang nak menongkat langit, selagi tak mati, selagi tu lah nak duduk kat kerusi tu. Signal dah banyak dah rakyat bagi, PRU-12, P44, Peralihan kuasa, dll. tapi itu pun tak sedar. tak tau la sama ada dia tak sedar atau buat-buat tak sedar.

Melihat kepada keadaan UMNO yang semakin tenat, makin gila kuasa. La ni, trend menipu terang-terangan pula. Apa kejadah semua ni? Rakyat pilih korang semua untuk menyenangkan rakyat, bukannya nak menyusahkan rakyat!!! kalau rasa-rasa tak reti kerja, turun la mangkok!!!!

Sudahlah, Apa yang aku tau, undi aku masa PRU13 nanti aku taknak pangkah mana-mana, baik PKR ataupun UMNO/BN. conteng jer kertas undi tu lagi baik! Tu tanda protes aku. Biar sama-sama tak dapat.

kalau macam ni la, aku doakan penggal ni adalah penggal last diorang pegang kuasa, lepas ni TAKKAN dapat dah kat korang. UMNO sekarang dah tak macam UMNO dulu, tapi apa boleh buat?? diorang sendiri yang pilih jalan yang macam ni.

3 comments:

broooo... berkata...

ello broo... lu tau ka brapa ramai pengusaha minyak d malaysia? nih aku nk bagitau.... ada lbhkurng 27 juta org semuanya, tu le sbb nya dia orang jaga kuat sngat.. kalu x mcm mana depa boleh mng PRU12 dulu & terus dpt mandat (kononnya) memerintah... ada betoi ka broo... lu pikir la sendiri!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

27 juta pengusaha minyak..??? hehehe.. lawaknyaa... stesen baru ada 3,200 buah.. cam mana nak dapat pengusaha berjuta-juta?

Sarfarizmal Saad berkata...

Salam Blogger,

Semoga terus mengekalkan penulisan HEBAT Tuan ini dalam dunia politik yang serba mungkin ini.

Saya sentiasa akan melawat blog Tuan dari semasa ke semasa.

Semoga hubungan blogger ini akan berkekalan dalam mencambahkan lagi pengetahuan, sokongan dan pengajaran.

Salam ziarah blog anda yang HEBAT ini.


Ikhlas,

Sarfarizmal Saad
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com