Apa beza Teresa Kok & Rafidah Aziz

Dulu

Kini






Al-quran merupakan pegangan hidupnya, setiap kali persidangan kitab suci Al-Quran akan diletakkan dihadapan beliau.

Dan ini pula laporan Utusan Malaysia,

Teresa kurang sopan pakai skirt di masjid

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa menegur Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim kerana tidak berpakaian sopan ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.

Beliau berkata, pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid.

Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian.

"Memang nampak kurang manis kerana dia seharusnya memakai pakaian yang elok sedikit dan perlu menghormati masjid. Mungkin juga pembantunya terlepas pandang.

"Mungkin juga Teresa baru balik dari majlis lain dan singgah sebentar ke masjid itu untuk memenuhi jemputan berbuka,'' katanya kepada Mingguan Malaysia ketika majlis khatam al-Quran dan penyampaian sumbangan hari raya di Masjid Al-Imam Al-Tirmizi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai gambar Teresa dalam laman blognya yang memaparkan beliau hanya memakai skirt dan tidak menutup aurat semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.

Tambah Zakariah, pihak pengurusan masjid tu juga seharusnya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap pengunjung bukan Islam.

Katanya, jubah seharusnya disediakan untuk mengelakkan pengunjung bukan Islam masuk ke dalam masjid dalam keadaan tidak sopan.

7 comments:

kulatlapok berkata...

salam Bro:

Bezanya dari
1.Anutanya;
2.Bangsa;
3.Berpakaian;
4.Petuturan;

YG TIDAK ADA BEZANYA;
Sama je namapak bila tidak BERTUDUNG..!!

Tanpa Nama berkata...

::

Assalammualaikum
Warrahmatullahi Wabarakatuh

Saudara Kuda Trojan

Kiranya ada tersilap bicara,
Maaf ku pohon tidak terkira,
Dihari mulia, kita beraya,
Sudilah singgah teratak saya,

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin.

Salam dari saya, dengan lafas
Assalammualaikum buat saudara
dan seluruh keluarga saudara.

Wassalam

::

Harimau-Menaip berkata...

Selamat Hari Raya Tuan. Hati-hati bila main mercun.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

bezanya teresa kok atau pok makan babi dan bela anjing....tak mengucap dll... janganlah dek dah sok samakan orang islam dengan si harbi pulak.

selamat hari raya

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

http://aberamly.wordpress.com

silalah

edikemas berkata...

maaf terlebih dahulu dibulan mulia ini,saya nak tanya kuda trojen ini melayu islam kah atau islam tapi bukan melayu.kalau saudara melayu islam saudara telah jauh dari perjuangan asal,apakah patuk kita sama kan saudara seislam,bangsa melayu dengan cina kafir.janganlah bila musuh islam menghina saudar islam kita sokong kerana kepentingan politik kita.saya doakan agar saudara dimasukkan iman jangan bila kita bersalahan pendapat sesama islam kita boleh bersetuju dengan kafir yang terang musuh kita.

Tanpa Nama berkata...

Kata-kata mufti memang betul.
Sepatutnya Teresa lebih bersopan.
Yang salah tetap salah.

Janganlah kerana Teresa di pihak yang sama dengan saudara, saudara nak nafikan kesalahan dia.