ANAK bongsu mangsa, Puteri Akila (tengah) ditenangkan ayahnya, Mohd. Yusof Abdul
sewaktu menunggu keputusan bedah siasat di HTAR, Klang semalam.
--------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Hajat satu keluarga untuk bersahur bersama tidak kesampaian apabila rumah mereka yang baru diduduki kurang dua minggu di Seksyen 13 di sini dipecah masuk oleh sekumpulan penyamun warga Indonesia awal pagi semalam.
Lebih malang, seorang ibu kepada dua orang anak, Raja Noriana Raja Ahmad, 41, (gambar) yang dijadikan tebusan dalam kejadian sekitar pukul 3 pagi itu turut terbunuh.
Raja Noriana yang juga seorang ahli perniagaan sebuah ejen pelancongan meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi di Pusat Perubatan Selangor di sini akibat cedera parah selepas ditikam di leher, belakang serta dikelar di rusuk kiri.
Difahamkan, ketika keadaan kelam-kabut tersebut anak perempuan mangsa sempat membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan kejadian tersebut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis menerima laporan mengenai kes samun itu kira-kira pukul 4.45 pagi.
"Ketika polis dari IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Selangor dan IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Shah Alam sampai di tempat kejadian, kita dapati ada dua lelaki sedang cuba memecah masuk rumah dan kedua-duanya berjaya diberkas.
"Bagaimanapun, selepas itu kita sedar ada dua lagi penyamun berada di dalam rumah dan mereka menjadikan isteri kepada pemilik rumah sebagai tebusan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
"Penyamun menuntut kita (polis) sediakan sebuah kereta dengan dipandu salah seorang daripada dua rakannya yang ditahan polis untuk membawa mereka keluar dari situ bersama tebusan.
"Bagaimanapun, kita tidak menuruti kehendak penyamun itu dan rundingan berlangsung selama hampir tiga jam iaitu dari pukul 5.30 pagi hingga 8.20 pagi," ujarnya.
Kata Khalid, polis terpaksa menyerbu masuk rumah berkenaan apabila menyedari penyamun bertindak ganas mencederakan tebusan.
"Kita telah menembak mati dua penjenayah, sementara tebusan yang ketika itu cedera parah akibat dikelar dikejarkan ke Pusat Perubatan Selangor, Shah Alam," jelasnya yang memaklumkan Raja Noriana meninggal dunia selepas dimasukkan ke pusat perubatan tersebut.
Jenazah kemudiannya dibedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Khalid memberitahu, suami mangsa, bekas pegawai polis dan dua anak perempuannya yang diikat tangan dan ditutup mulut berjaya melarikan diri ketika polis menyerbu masuk.
"Anak sulung mereka yang berusia 20 tahun melarikan diri dengan terjun dari tingkap biliknya menyebabkan kakinya patah," katanya.
Seorang daripada penjenayah itu mempunyai pasport Indonesia yang tamat tempoh pas lawatan, manakala seorang lagi memiliki kad pengenalan negara berkenaan.
Sementara itu, seorang pengawal keselamatan tapak perumahan berkenaan, Man Bahadur, 22, seorang rakyat Nepal turut ditahan kumpulan penjenayah terbabit.
Dia yang baru menamatkan tugas, diikat kedua kaki, tangan dan mulutsebelum diselamatkan polis.
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu
Sehari yang lalu
2 comments:
Selamat? Ye ke?
Aman? Ye ke?
Makmur? Sejak bila?
poket depa yg makmur
Catat Ulasan