Kuda Trojan Kembali Bersuara

Setelah sekian lama kita merindui suara dan komen Raja Sesumpah Ezam Mohd Noor, kini beliau muncul kembali tanpa rasa segan dan silu. Semenjak berakhirnya Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi dengan majoriti besar oleh DS Anwar, kita tidak mendengar lagi suara Raja Sesumpah ini dan dikatakan membawa diri ke luar negara. Ezam Mohd Noor sebenarnya telah gagal di dalam misi beliau di Permatang Pauh sekaligus membuktikan kepada ahli-ahli UMNO bahawa kemasukannya ke dalam UMNO ibarat `ada tidak menambah, tiada tidak mengurang'.

Siapakah ahli atau pemimpin UMNO yang percaya dengan Ezam ini? Beliau diterima masuk ke dalam UMNO bukan kerana kepercayaan pimpinan UMNO kepadanya jauh sekali kerana ketokohannya, tetapi adalah kerana untuk melihat sendiri bagaimana `pencak silat' Ezam ini apabila berhadapan dengan gurunya DS Anwar Ibrahim.

Ternyata di Permatang Pauh, pencak silat Ezam tidak keruan lakunya dan teramat sumbang gayanya. Usahkan untuk berhadapan dengan DS Anwar, jika begitulah persembahan pencak silat Ezam untuk berhadapan dengan Chekgu Bard (Badrulhisham) pun belum layak.

Akibat dari tari silat yang sumbang di Permatang Pauh, Ezam telah dimalukan sehinggakan membuat beliau terkedu sekian lama. Beliau cuma berharap kepada regu silatnya iaitu Nallakarupan, tetapi siapa lah Dato Nalla yang mahu diajak oleh Ezam berpencak berdepan dengan DS Anwar?

Tiba-tiba Raja Sesumpah ini muncul kembali, mungkin di dalam misi yang lain iaitu untuk menyelamatkan Pak Lah yang kini `nazak' dalam kerjaya politiknya. Tanpa rasa serik, malu dan segan, Ezam terus menjadikan DS Anwar sasarannya. Beliau terlupa atau buat-buat lupa bahawa ketika beliau sibuk menghentam DS Anwar, indeks rasuah negara ini semakin meningkat.

Bukankah Ezam ini sinonim dengan isu rasuah, tetapi terkedu sekarang dari membicarakan soal itu kerana musuh beliau sekarang cuma satu iaitu DS Anwar. Di dalam akhbar baru-baru ini beliau menyuarakan rasa syukurnya kerana Pak Lah tidak melayan `gertakan' DS Anwar untuk berjumpa.

Betul kah Pak Lah tidak melayan? Kenapa mesti ada rombongan sertamerta MP Parlimen ke Taiwan menjelang 16 Sept? Bukankah Ezam selalu berkata, berani kerana benar, tetapi kenapa Pak Lah tidak berani berjumpa DS Anwar dan tidak berani memanggil sidang Parlimen? Sepatutnya Ezam menasihatkan Pak Lah, "LAWAN TETAP LAWAN". Dan katakan lagi pada Pak Lah, "JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN KALAU TAKUT HADAPI RISIKO".

Atau, Ezam boleh menasihati Pak Lah untuk mengadakan `Sumpah' pula mengatakan DS Anwar berbohong.

Mungkin ramai di antara kita sendiri sebenarnya tidak tahu benar atau tidak DS Anwar berjaya mendapatkan sokongan MP Parlimen untuk menyertai Pakatan Rakyat. Sebab itulah kita berharap Pak Lah berani bersua muka dengan DS Anwar untuk mengetahui kebenaran dakwaan DS Anwar. Pada kita, sasaran mesti ada tetapi jika melampau sasaran tarikh yang ditetapkan bukan bererti kita berhenti setakat itu. Sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin memuncak sekarang berikutan tingkah laku Pak Lah sekarang. Semua yang dilakukan oleh Pak Lah sekarang serba tidak kena dan huru hara, maka terbentuklah kaedah `suka sama suka' di dalam menukar jawatan kabinet baru-baru ini. Memang benar kata orang, di zaman Pak Lah menjadi PM, banyak yang pelik-pelik berlaku. Apa pun yang Pak Lah akan kata dan lakukan, sudah tentu Ezam akan mengangguk bagaikan burung belatuk.

Bersamalah kita lihat selepas ini, apakah misi Ezam akan berjaya setelah misi beliau di Permatang Pauh kecundang. Janji Ezam untuk menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak menjelang 31 Ogos juga kecundang. Misi beliau masih banyak, mungkin di antaranya menentukan Khairy memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO yang bakal ditandingi nanti. Soal rasuah, lupakan sahaja wahai Ezam.

WFAUZDIN NS

1 comments:

Unknown berkata...

salam

sempena hari lembaran akan akan menjelang tiba, izinkan saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri , diharap kemaaafan yang dipohon akan mengeratkan lagi perpaduan supaya kita akan menjadi satu rumpun bangsa yang utuh dan harmoni kerana jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan
kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

Keikhlasan yang dipohon ,keikhlasan jua diberi walaupun keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEKELUARGA DAN SAYA SEKALI LAGI
MEMOHOF SERIBU KEMAAAFAN

Carcoon
0126179717