Kuda Trojan : Kehebatan Umar bin Abdul Aziz


Hari ini Kuda Trojan malas nak ambil tahu dengan isu kenaikan minyak, marilah kita lupakan isu tersebut buat sementara waktu dan kita dengan Kehebatan Umar bin Abd Aziz yang telah ceritakan oleh Mufti Perlis. Sama-sama kita renungi dan ambil ikhtibar dengan apa yang berlaku pada hari ini. Kepada sesiapa yang dah jadi pemimpin tu, ingatlah akan tanggungjawab dan amanah yang kita pikul. Apa yang Kuda Trojan saya kagum dengan zaman pemerintahan beliau adalah tiada seorang pun yang layak untuk menerima zakat, kaya sangat ke kerajaannya? Padahal pada zaman tersebut, Kerajaan Umar bin Abdul Aziz bukanlah sebuah kerajaan pengeluar dan pengekspot minyak. Ya lah, pada masa itu bukannya ada kenderaan yang pakai minyak, yang ada pun unta, keldai dan kuda sahaja.

Apa apa pun, mari kita layan dulu video tentang kehebatan Umar bin Abdul Aziz. Tak lupa juga 'credit' kepada Hamba Allah yang sudi berkongsi video ini.






6 comments:

Desperado berkata...

Sejuk hati mengunjungi blog SAUDARA..izinkan saya menambah link blog saudara ke blog saya...

www.pilihananda08.blogspot.com

kulatlapok berkata...

Salam kuda-trojan.

Memang tidak dinafikn Allah jadikan sejarah untuk orang-orang selepasnya menilai dan menteladaninya.

Kehebatan Umar bin Abd Aziz dari segi kekukuhan ekonomi tidak boleh disangkal sehinggakan Lim Guan Heng menjadikan ianya contoh dalam satu ucapanya di Pulau Pinang. Mengkagumkan kalu bangsa lain mempelajari kebijaksanaan pemimpin islam ini untuk dijadikan contoh.

Tapi malangnya pemimpin Islam yang kata AdaHad AdaHari yang diperkenalkan oleh Malaysia sebuah negara Islam teerlupa untuk menjadikan pemimpin Islam itu sebagai contoh terbaik.

Wallahualam.
http://www.kulatlapok.blogspot.com

melayuangkat berkata...

Salam,

Terima Kasih atas info mengenai buku ini. Mak Cik memang kumpul buku buku tokoh besar Islam. InsyaAllah akan bila bila ke MPH nanti.

Terdetik hati bila mengenangkan pengorbanan mereka SEMUA yang menyebabkan kita semua Islam sekarang. Hanya Allah swt yang boleh membalas segala kebaikan mereka.

KUDA TROJAN berkata...

Utk desparado, tak jadi masalah silakan.

Kepada Rakan Bloger,

Kita sebagai muslim ini tunaikanlah tanggungjawab kita terhadap Allah S.W.T. Marilah sama2 kita mengimarahkan masjid, kerana dari masjid akan wujud perpaduan di antara kita. Kita mesti tunjukkan yang Islam merupakan yang terbaik di dunia ini.

Sekarang ini kita masih dibelenggu masalah Islam in Practise, itulah cabaran kita semua. Kita masih jauh lagi utk bercakap dalam sudut ketuhanan dengan agama yang lain.

Man In Black berkata...

Salam sejahtera,

Kuda trojan dan Umar Al Aziz.. menunjukkan saudara seorg yg cenderung menghayati sejarah dan mengambil iktibar. Harap terus memberi sokongan dan saya juga akan terus menyokong.

Sekian,

Che: Nasihat Che dlm isu minyak ini; tak ada debat rasional, semuanya ikut hati sahaja. Jadi lebih baik jgn cakap shj.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

salam...

zaman umar abdul aziz orang pakai unta. masa itu pakai minyak tanah dalam pentadbiran kerajaan.. dan ada banyak perbezaan...andaikata kita tidak pakai petrol dan diesel sudah tentu kos hidup kita bukan sesuah kini dan kita tidak akan berkata BN tidak boleh urus negara. Tetapi realiti kini kita tidak bolehg lari jauh. HIDUP MESTI DITERUSKAN...

abe MIE banyak buat resource dalam study in master (opsyen) dan kisah pentadbiran beliau menjadi rujukan. banyak perkara baik dalam pentadbirannya terutama dalam 'kebajikan, berkhidmat untuk rakyat, wang rakyat bukan wang sendiri, amanat rakyat=amanah Allah, Berjimat dalam semua perkara'...

pkrpasdap.blogspot.com