Jumaat, 20 Jun 2008

KUALA TERENGGANU: Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor semalam bersumpah atas nama Allah SWT dan Rasul akan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri kerana ‘prinsip seorang Muslim”.

Ezam yang berceramah di sini, semalam dilaporkan berkata, beliau sedia untuk ‘all-out’ bagi menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri ‘atas sebab-sebab tertentu’.

“Saya bukan jenis orang yang suka mengaibkan orang lain, tapi jangan cabar saya,” kata Ezam di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini.

Dalam ceramah bertajuk ‘Mempertahankan Perjuangan Pengasas Bangsa’ itu, Ezam menjelaskan politik cara Anwar Ibrahim akan menghancurkan kestabilan negara dari segi keselamatan dan ekonomi.

Dalam ceramah sulung di pentas UMNO itu, Ezam yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Anwar berkata, tindakan beliau meninggalkan bekas boss nya itu semata-mata atas dasar prinsip.

Menurut beliau, biarpun ada dakwaan kononnya beliau disogok jutaan ringgit serta jawatan tertentu oleh UMNO, namun hakikat sebenarnya adalah beliau hilang kepercayaan pada perjuangan PKR.

“Dengan nama ALLAH saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun,” kata Ezam.

Jelas Ezam, sejak mengumumkan menyertai UMNO, beliau menjadi mangsa fitnah pihak tertentu.

Katanya, beliau tidak gentar sama sekali dengan fitnah-fitnah tersebut bahkan beliau memberi amaran bahawa kesabarannya ada batas.

“Saya tidak suka aibkan orang, tapi kalau terus memfitnah saya akan gempur habis-habisan,” katanya.

Turut hadir dalam ceramah tersebut adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid Wan Salleh.

http://klpos.com/v2

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

SALAM KUDA TROJAN,

PIIIRRRAAAAAAAHHHHHHHH.............
CAKAP BANYAK LAWA JE. PRINSIP ISLAM MACAMMANE YANG KAU PERJUANGKAN? BUKANKAH DIA YANG ADA BERKOTAK-KOTAK FAIL RAHSIA DAN SULIT PEMIMPIN2 KANAN UMNO UNTUK DIDEDAHKAN? SEMUA RAKYAT MALAYSIA CABARRRRRRR...BELIAU DEDAHKAN?

KIRANYA TIDAKK???? BENAR BAGAI DIKATA DIALAH PEMBAWA FITNAHH YANG LEBIH BESAR DARI DSAI. PRINSIP ISLAM APA YANG DITEGAKAN???????
PERJUANGAN DUNIAAWIIII. MEMANG MATI HIDUP SEMULA KAU TAK AKAN KUTERIMA SEBAGAI PERJUANG BANGSA.

CAKAP LAWA BOLEHLAH UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN. PIRRRRRRRAHHHHHHHHHHHHH.....!!!!!
PERGI JAHAHAMLAH DENGAN PERINSIP
KAU.

PS*BIAWAK MEMANG DIJADIKAN OLEH ALLAH SWT LIDAH BERCABANG.

www.kulatlapok.blogspot.com

melayuangkat berkata...

Salam Kuda-Trojan,

Kalau dah bersumpah dengan Demi Allah tu berat sedikit. Berilah dia peluang dan tunggulah sedikit masa lagi, pasti terselah siapa yang benar dan siapa yang bohong.

KUDA TROJAN berkata...

Untuk Cendawanlapok,

Banyakkan bersabar, Insya Allah Kuda Trojan saya akan dedahkan fail2 tersebut, tunggu masa yang sesuai.

Untuk Melayuangkat,

Saya amat bersetuju dengan saudara, berilah peluang dan masa kepada Kuda Trojan saya. Sam-samalah kita doakannya.