Salam Rakan Bloger Semua,

Sedarkan anda semua bahawa pemberian subsidi minyak umpama memberi candu kepada rakyat, Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Senator Datuk Gooi Hoe Hin semalam dalam Buletin Utama (Sila Klik pada gambar Buletin Utama di atas). Patutlah rakyat Malaysia hari ini bila kerajaan tarik subsidi minyak mulalah ketagih, rupanya kita telah diberi candu oleh kerajaan rupanya. Sedarlah wahai rakyat Malaysia semua, jangan risau, ulat dalam batu boleh hidup, inikan kita manusia yang dikurniakan akal fikiran. Hidup kalau tak ada cabaran, bukannya nama hidup. Berani untuk berubah!

5 comments:

KUDA TROJAN berkata...

Komen dari Mat Pening n Sedih

haha,btulla tu kate Dato Gooi.subsidi ni mcm candu.dah xdapat,mulela xtentu arah cari candu.jgnla sempitkan tndakan krajaan smp dorg xleh buat tndakan spatutnye.kalu kite nak idup lagi 10-20tahun je bolehla,tp lepastu anak cucu kamu makan pasir jela nampaknye.kalu btul kamu penegak keadilan,tu sykt bas yg naekkan harge sesuke ati,nape kamu xbakar je bas2 die?bangunla baby2 yg dah tua bangka,ni bukan zaman dibuai mimpi lagi!!jgn asik harapkan bantuan jek..

Unknown berkata...

salam saudara..
saudara dah memutarbelitkan hakikat kehidupan skrg..
Pendapat aku..tak kisah kalau kerajaan naikkan harga minyak tapi biarlah selaras dgn kenaikan gaji terutama kakitangan kerajaan!!

melayuangkat berkata...

Salam Kuda Trojan,

Mak Cik pasti kalau boleh Pak Lah akan beri kita semua petrol percuma. Tapi hakikatnya memang satu dunia pun menghadapi isu berat ini.

Mak Cik pun rasa Kerajaan mesti naikkan gaji kakitangan awam terutamanya Polis dan Tentera. Dan memastikan pihak swasta pun berbuat demikian. Ini selaras dengan kenaikan kos sara hidup kita.

WaAllahuAlam.

Letting the time pass me by berkata...

Mungkin ini ujian Allah... dulu kita diuji oleh pemimpin bernama Dr. Mahathir yang dikatakan zalim tetapi tak pernah nak naikkan harga minayk yang drastik.

Sekarang kita diuji oleh Imam Hadhari yang mencari Al-Ghazali dan As-Shafie, tetapi nampaknya terlupa kesusahan rakyat....

azhar berkata...

SALAM..

masalah candu atau tidak bukan soalnya.Kenaikan harga minyak boleh menyebabkan kenaikan harga barangan pengguna.Kenaikan ini menandakan kenaikan inflasi.Kenaikan inflasi melahirkan lebih ramai lagi warga marhain yg miskin.

Soalnya sekarang:
Apakah pelan kerajaan kearah megurangkan beban warga marhain yg jatuh miskin ini..?