Ezam :Kuda Kepang atau Kuda Trojan?

Oleh Al-Husseyn

Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor yang sebelum ini mendakwa menerima pelawaan beberapa parti politik, membayangkan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum akan datang.
"Ada beberapa parti yang mempelawa saya... saya sudah berbincang dengan aktivis Gerak dan mereka mahu saya terus berkecuali. Saya tidak akan bertanding di bawah mana-mana parti. Saya akan bertanding sebagai calon bebas," “Saya akan bertanding sebagai calon bebas," Demikian penegasan yang dibuat oleh Ezam. Sebelum ini Ezam ada membuat kenyataan untuk meninggalkan politik dan berjuang dengan cara lain - menubuhkan GERAK ; satu badan NGO. Tetapi kini tiba-tiba-tiba Ezam mahu bertanding dalam pilihanraya ? Adakah Ezam akan menjadikan ‘Gerak’ suatu pertubuhan NGO menjadi badan politik? Langkah yang diambil oleh Ezam ini mungkin kerana beliau terlalu yakin terhadap kemampuannya secara ‘solo’ untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.Sikap demikian menjadikan dirinya umpama siKuda Kepang -- yang hanya menjadi penglipur kepada audien yang ramai dan akhirnya longlai terkulai diakhir persembahan. Siapakah yang akan ditandinginya nanti? Kalau beliau bercadang untuk menentang Umno atau Barisan Nasional, satu pertubuhan gergasi,mampukah Ezam secara solo berhadapan dengan mereka? Ezam tentunya sedar bahawa untuk menentang satu pertubuhan gergasi seperti Umno atau BN , dia memerlukan satu pertubuhan juga. Ezam juga harus sedar bahawa selama ini aktiviti Gerak mendapat simpati dan kerjasama parti Alternatif terutamanya dari parti PAS. Adakah parti Alternatif akan memberikan laluan mudah kepada Ezam untuk bertanding secara bebas? Sedangkan sesama mereka yang bermuafakat dalam parti Alternatif pun agak liat dalam perundingan pembahagian kerusi. Ezam sudah tentunya tidak akan melobi kawasan pertandingan DAP kerana kawasan majoriti Cina. Beliau tentunya akan melobi dikawasan majoriti Melayu.Tidak ada jalan lain melainkan melobi PAS atau PKR untuk mendapatkan persetujuan mereka memberikan tempat untuknya bertanding secara solo. Dia sudah berkerat rotan berpatah arang dengan PKR. Beliau sangat marah kalau cuba dikaitkan dengan PKR. Tidak mungkin beliau sedia berunding dengan PKR. Beliau hanya ada satu sahaja pilihan – mendapat laluan daripada PAS. Apakah PAS sanggup memberi laluan kepada Ezam? Sedangkan PAS merupakan satu pertubuhan dan bergerak atas prinsip berjemaah. Kalau begitu, faktor Ezam akan menjadikan perlawanan tiga penjuru. Adakah ini akan membantu Barisan Alternatif atau BN kelak? Tidak salah kalau kita katakan bahawa Ezam merupakan ‘Kuda Trojan’?

0 comments: