Kenali Kuda Trojan

Sejarah pasukan elit ini bermula dengan penggunaan peperangan bukan konvensional melalui helah Trojan Horse atau Kuda Trojan oleh tentera negara Greek suatu ketika dahulu. Kemunculan pasukan elit termoden mula digunakan secara meluas oleh kedua-dua buah negara Berikat dan juga Bersekutu semasa Perang Dunia Kedua. Tentera Nazi Jerman pimpinan Adolf Hitler dipercayai mempunyai pasukan elitnya yang dikenali sebagai Brandenburgers yang diletakkan dibawah seliaan unit perisikan khas infantri bagi menjalankan operasi sabotaj di Poland pada tahun 1939 yang menjadi permulaan kepada Perang Dunia Kedua dan menjadi faktor kejayaan konsep Blitzkreg. Tentera Bersekutu khasnya Britain dan Amerika Syarikat juga mempunyai pasukan elit mereka tersendiri seperti Special Air Service British dan Underwater Demolition Team Amerika. Penggunaan pasukan elit semasa peperangan tersebut telah mendatangkan kematangan konsep penggunaan pasukan itu di dalam minda penganalisis ketenteraan. Para penganalisis menilai penggunaan anggota-anggota khas yang terlatih ini dalam menjalankan pelaksanaan setiap operasi yang dianggap sukar dan mustahil untuk dilaksanakan oleh pasukan penggempur biasa.

Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, pasukan elit negara bersekutu mahupun kuasa paksi ini juga dikecilkan kerana terdapat bantahan dari para pemimipin tentera yang majoritinya dari ketenteraan konvensional. British SAS telah dibubarkan selain satu batalion simpanan iaitu 21st SAS. Kemunculan insurgensi komunisme serta faktor keganasan moden disekitar tahun 1950an hingga 60an telah mewujudkan semula pasukan elit yang mempunyai keupayaan menangani situasi berkenaan. Antaranya SAS telah menubuhkan Malayan Scout atau Perisikan Malaya bagi membantu Malaya menghancurkan kegiatan pengganas komunis semasa Darurat Pertama pada tahun 1950 serta menubuhkan Pasukan Polis Hutan atau Jungle Squad (kini Pasukan Gerakan Am) dan unit Senoi Praaq.

Untuk maklumat lanjut tentang Kuda Trojan, silalah tengok filem Troy yang dibintangi oleh Brad Pitt sebagai Archiles. Berbalik pasal nama dan watak yang dimainkan oleh Kuda Trojan, namanya memang popular, sampaikan sabun pun ada yang dinamakan Trojan. Betapa hebatnya Trojan ini dan memang tiada tandingannya.

Berbalik dengan salasila nama Kuda Trojan. Kuda Trojan atau Trojan Horse mendapat nama daripada cerita Greek dimana tentera Greek sukar untuk menawan sebuah negara yang dinamakan Troy. Setelah berkali-kali mereka mencuba namun tidak juga berhasil, ini kerana di sekeliling Bandar Troy, mereka mempunyai tembok penghalang yang sangat kukuh.

Oleh itu, mereka telah merancang suatu strategi atau taktik. Taktik yang mereka gunakan adalah dengan menyerah kalah dan memberikan hadiah berupa kuda kayu yang besar kepada raja mereka. Kuda adalah binatang yang dianggap sebagai suci oleh kaum Trojan. Tanpa puak Troy ketahui di dalam Kuda Kayu yang besar itu terdapat askar-askar Greek yang bersembunyi. Pada malam hari askar-askar ini keluar daripada Kuda Kayu mereka dan membuka pintu gerbang dari dalam. Ini membolehkan askar-askar greek yang telah menunggu diluar masuk dan seterusnya menawan Bandar Troy. Begitulah sejarah Kuda Trojan yang telah diadaptasikan dalam klimaks filem TROY.

Sejak daripada itu apa-apa yang diberi yang mempunyai maksud lain selain daripada yang kita lihat dinamakan Trojan Horse atau Kuda Trojan. Di dalam peribahasa Melayu mungkin ada udang di sebalik batu.

Di dalam konteks virus, kuda trojan ini datang dalam bentuk email, di mana email akan memberitahu yang ada berita menarik yang mungkin perlu kita baca. Manakala dalam konteks politik tanah air kita, belum tahu lagi. Tunggu dan lihat, hanya takdir yang akan menentukan. Walaubagaimana pun, saya amat meminati dan mengagumi Kuda Trojan.

Petikan dari filem Troy


0 comments: