Minyak Tenggelamkan Kuda Trojan

Salam rakan bloger semua,

Nampaknya isu kenaikan minyak telah tenggelamkan kehebatan Kuda Trojan saya pada minggu ini. Akhirnya, Kuda Trojan saya telah menerima hakikat tentang keperluan minyak dan ianya merupakan keperluan asas masyarakat di dunia ini. Nampaknya rancangan Kuda Trojan saya untuk membuat 'Road Show' terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu. Apa yang Kuda Trojan saya risau, kebelakangan ini rakyat semakin berani keluar ke jalan raya untuk menyertai perhimpunan haram. Harap-harap kerajaan kita dapat bertahan dan tak akan dijatuhkan sebagaimana kejatuhan kerajaan Shah Iran semasa zaman revolusi di Iran. Sedarlah rakan bloger semua, dunia dah nak kiamat dan kembalilah ke jalan Allah. Tengoklah semasa malam kenaikan harga minyak baru-baru ini. Justeru itu, sama-samalah kita menghayati lagu di bawah ini.


2 comments:

kulatlapok berkata...

Salam Kuda Trojan,

Kuda Torjan sememangnya menerima hakikat yang kuda tak perlukan minyak. Yang perlukan minyak ialah Kereta penarik kuda (macam treler lah nak bawak kuda pi rest).

Tapi kalu strategi kuda trojan rasanya ianya menjadi iaitu BN bakal tumbang seperti Shah Iran. Pak Lah kali ini buat srattegi paling tidak popular dan isu yang paling tidak digemari oleh rakyat.

harap Kuda Trojan perlu menggunakan minyak agar ianya boleh bergerak laju sedikit seiring dengan perubahan global.

http://www.kulatlapok.blogspot.com

Harimau-Menaip berkata...

kudatrojan;

pangisian yang jauh lebih hebat dari blog harimau. Harap kita kan menjadi sahabat.

Teruskan menulis sahabat.