Salam Rakan Bloger Semua, hari ini Kuda Trojan saya malas nak ulas pasal minyak, kita jengok Kerajaan Kelantan pula, nampak rileks sakan aje sekarang ini. Jom mari kita baca!


Di antara 5 negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat saya tengok Kelantan paling rileks sekali selepas PRU-12. Adilkan dunia ini, dulu bukan main teruk lagi kena belasah dengan media massa dan sekutu-sekutunya. Ingat lagi pada mula-mula Kerajaan Pas memerintah Kelantan bermacam-macam kritikan. Ada yang meramalkan Kerajaan Kelantan paling lama bertahan pun hanya 3 bulan sahaja, tetapi Alhamdulillah pejam celik-pejam celik dah masuk penggal ke 5 dah.


Laporan Audit Negara, salah guna harta benda kerajaan dan skandal salah laku moral hampir tidak kedengaran sama sekali di negeri yang dikenali sebagai Serambi Mekah. Malah baru-baru ini TGNA telah dianugerah AMANAH GERAK 2008 oleh Kuda Trojan saya. TGNA merupakan satu-satunya Menteri Besar paling bersih di negara ini kerana tidak terdapat sebarang laporan rasuah terhadap diri dan keluarganya. Di samping itu juga TGNA mempamerkan sikap sederhana sehingga dapat bertahan dalam tempoh 18 tahun mentadbir Kelantan, kalau tak percaya tanya Kuda Trojan saya.


Kuda Trojan saya tengok banyak langkah-langkah Kerajaan Kelantan yang menjadi ikutan oleh negeri-negeri lain. Hari ini kita boleh lihat banyak negeri-negeri yang lain memotong elaun Menteri dan Exco masing-masing. Kalau nak senaraikan di sini langkah-langkah Kerajaan Kelantan banyak sangat, justeru itu hayatilah sajak yang diklamasikan oleh saudara Dinsman.



Apa yang ingin Kuda Trojan saya bangkitkan adalah tentang perlaksanaan hudud di Kelantan. Sebagaimana kita sedia akur bahawa Hudud merupakan salah satu undang-undang “uqubah” Islam yang wajib dilaksanakan di sesuatu tempat yang dikuasai oleh umat Islam. Perlaksanaannya telah diwajibkan oleh Allah SWT dan Nabi SAW disamping dikuatkan melalui ijmak ulama.


Firman Allah;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Maksudnya;
“Dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir”

(Surah Al-Maidah : 44)

Juga firman Allah lagi;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya;
“sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim”

(Surah Al-Maidah : 45)

Juga firman Allah;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya;
“sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang fasik”

(Surah Al-Maidah : 47)


Seingat Kuda Trojan saya, semasa enekmen rang undang-undang hudud nak mula dibentangkan ramai yang menentang, sampai ada yang mempersendakan Kerajaan Kelantan dengan mengatakan Hudud PAS. Kalau nak makan sup tangan boleh lah pergi Kelantan. Itu cerita dahulu, tetapi hari ini Kuda Trojan saya merasakan masa yang sesuai adalah sekarang, apa kata TGNA? Sama-sama kita buktikan bahawa dengan Hukum Allah sahajalah, kadar jenayah dapat dikurangkan. Di samping itu, kita bolehlah menguji keikhlasan Pakatan Rakyat menerima asas perjuangan PAS.

So, bilakah agaknya Kerajaan Kelantan mahu melaksanakan rang undang-undang tersebut di negeri Serambi Mekah? Sebagaimana sedia maklum, setelah percubaan pertama perlaksanaannya dinafikan oleh pihak kerajaan pusat sewaktu zaman TDM dulu, apa kata kita buat percubaan kali kedua, Insya Allah berjaya. Hari ini dah terang lagi bersuluh bahawa parti yang memperjuangkan bangsa dah mula menggali kuburnya sendiri. Betapa hebatnya kekuasaan Allah. Kuda Trojan saya sekadar bertanya?


Diperhatikan pada hari ini, Orang Baju Merah Petak-Petak sibuk memperlekehkan negeri-negeri yang meniru Kerajaan Kelantan, apa masalahnya kalau benda elok kita ikut, eloklah dok diam-diam. Nasihat untuk Orang Baju Merah Petak-Petak, tak payah lah dok sibuk! Tolong buat homework sikit untuk dibentangkan di parlimen pada sessi yang akan datang atau pun selepas 16 Sep kot.


Apa yang Kuda Trojan saya harap, agar enekmen rang undang-undang hudud yang diimpikan oleh setiap manusia yang mengucap dua kahlimah syahadah dapat dijalankan di Kelantan sebelum TGNA menutup mata beliau, Itulah harapan TGNA yang sebenarnya.




11 comments:

melayuangkat berkata...

Salam Kuda-Trojan,

Memang Mak Cik sokong penuh Hukum Hudud dan menunggu pelaksanaan sepenuhnya Hukum Hudud di Kelantan dan tidak seperti dinegeri lain yang mengamalkan hukum Takzir.

Sama sama kita sokong dan tunggu.

Mak Cik sebenarnya kuatir kalau kita asyik main tukar tukar kerajaan negeri nanti kalau 'terlepas' ke tangan Cha ya nun alif, melopong sampai bila bila itu saja.. Mereka ini licik, tunggu peluang saja nak ngap. Yang Melayu pulak asyik bercakaran sahaja..entahlah. Berdoalah semuga kita semua bersatu, INsyaAllah.
Tak tahu bila tapi InsyaAllah lah.

WaAllahuAlam dan maaf.

Man In Black berkata...

Saudara,

Saya tak takut sangat dgn hukum Hudud ini sebab:

1. Saya tak buat jenayah; cari makan secara halal buat apa nak takut?

2. Masalah org ini kadang-kala terlalu stereotype; kita kena baca mengenai agama org baru kita tahu dan faham apa yg disarankan agama org? Tetapi, di Malaysia, terlalu byk syak wasangkan antara agama. Lebih baik org yg beragama drpd yg tak ada fahaman agama dan tak takut langsung pd Tuhan..

3. Sebab itu hukum Hudud pun dia org komplen; yg Hadari pun kena hentam.. Sebab tak pernah nak faham..

Che: Selepas Tok Guru; adakah boleh guarantee kepimpinan berjiwa rakyat seperti beliau? Sebab yg lain-2 ini dah flamboyant sangat. Walaupun bergelar ahli PAS..

mn berkata...

A.kum Trojan,

1. Sokong jika hudud 'on'.

2. Cuba try keatas pencuri kabel telekom dulu. Kelantan serius masalah ini.

3. Dapat tangkap, potong tgn terus.

4. Aku percaya ia akan berjaya. Masalah curi kabel selesai.

kulatlapok berkata...

BA TA WAU LAM (BETUL),

SEJAK SELEPAS PRU12 NI KELANTAN LANGSUNG TAK ADA KELIHATAN DALAM MEDIA. MUNGKIN REPOTER PUN DAH NAIK MALAS DIBUATNYA. ASYIK KONDEM KELANTAN JE TAPI DEMO MENANG JUGA. MALAH MAKIN BERTAMBAH KEYAKINAN RAKYATNYA SENDIRI. (KECUALI ABE MIE).

DARI KONDEM PEMIMPIN KELANTAN LEBIH BAIK LAPOR PEMIMPIN YANG ADAHAD ADAHARI. SEKARNG NI MASING-MASING BEREBUT-REBUT NAK KAN TEMPAT DALAM BARISAN UMNO.

SETIAP HARI PASTI ADE CERITA AHLI UMNO. TAK PASAL KELUAR PARTI MESTI PASAL MASUK PARTI.

PS* YANG LAIN ADA MASYUUKKK....!!

http://www.kulatlapok.blogspot.com

azlishukri berkata...

Hudud ini jalan terbaik membanteras jenayah, tetapi bukan semudah yang disangka untuk melaksanakannya.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

salam...

nak buat hudud macam mana. sekarang ularMAK PAS kena kongsi dengan mujahid kafir (sebab buka keahlian PAS kepada india dan cina)....

lim guang eng nak buat hudud kat penang dulu sebab itulah dia kata dirinya umar abdul aziz... bukannya kata shih huan ti (pengasas tembok besar China).

macam member di atas kata, hudud dalam manisfesto PAS lepas tiada. Negara kebajikan ada. Mungkin hudud 'bukan kebajikan' kot.

abe MIE cadangkan hudud buat test kat Pendatang asing tanpa izin dulu... dia rompak ekonomi kita..

pkrpasdap.blogspot.com

kulatlapok berkata...

salam abie Mie,

Hudud terang dan jelas hukum Allah SWT. Kenapa petikaikan. Jangan sesekali sentuh hukum yang telah Allah sediakan. Klau tak tahu lebih baik kita diam kerana itu lenih baik dari kita terus mempertikaikan (takut jatuh syirik tanpa kita sedari).

Pas buka keahlian dengan bangsa asing, apakena mengena dengan hukum hudud? Hukum tetap hukum. Kalau ada bangsa lain dalam parti Pas yang lebih Islamiknya sekurang-kurangnya mereka dapat memahami apa itu Islam. Jangan Fobiakan mereka macam abi Mie ni.

Sepatutnya sebagai muslim sokong untuk keagungan Agama Islam itu sendiri. Sudahlah kita ni ilmu agama kurang tapi bincang macam menyokong membawa rebah. Maka rebah lah Agama suci Allah SWT.

Ada satu hadis mengatakan "Sekiranya kita sesama umat Islam membincang atau hanya berbual-bual bercita-cita untuk memertabatkan Agamanya, itu lebih baik daripada dia sembayang sunat 1000 rakaat". Wallahualam.

ps*Tak kira Pas/UMNO bangsa Islam itu adalah saudaraku.

http://www.kulatlapok.blogspot.com

KUDA TROJAN berkata...

Salam Abg Mie dan Rakan Bloger Semua,

Sebenarnya rang enakmen hudud telah pun diluluskan di DUN Kelantan tetapi telah dinafikan di Dewan Rakyat pada awal 90an di zaman TDM.

Persoalannya sekarang, mengapa ianya tidak dibawa semula ke Dewan Rakyat utk diluluskan semula. Lagi pun ini merupakan masa terbaik. Pada masa yang sama juga kita boleh menguji kesepakatan PR samada mereka boleh menerima hudud dijalankan di Kelantan.

Mr Joker berkata...

PENTING!!! SILA AMBIL PERHATIAN & TINDAKAN!TOLONG SEBARKAN!!!

http://perisikrakyat.blogspot.com/2008/06/cadangan-bodoh-rally-10-juta.html

Mr Joker berkata...

http://perisikrakyat.blogspot.com/2008/06/lawan-atau-beri-laluan.html

Tanpa Nama berkata...

New Cabinet:



Prime Minister - Anwar

Deputy Prime Minister - Lim Kit Siang

Agriculture Minister -

Community Minister -

Culture Minister - Farish Noor

Defence Minister - Azmin Ali

Education Minister - Nga Kor Ming

Environment Minister - Teresa Kok

Finance Minister - Tony Pua

Foreign Minister - Ramasamy

Health Minister - Tan Seng Giaw

Home Minister -

Information Minister - Jeff Ooi

Law Minister - Teng Chang Khim

Manpower Minister -

Sports Minister -

Technology Minister - Nizar

Trade Minister - Khalid

Transport Minister - Liew Chin Tong

Tourism Minister -